Assalammualaikum, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.
Aku terbaca sesuatu artikel yang ditulis Hamka (Kereta Mayat) di FB tentang suatu kisah yang nk aku kongsikan pada sahabat2 sekalian.
Artikelnya seperti di bawah:
Tahukah korang? Dalam hadis bagitahu, jika orang islam tak jaga solat maka dia akan senasib dengan Firaun,Haman dan Ubay bin Khalaf.
Firaun rasanya semua kenal, raja gila kuasa yang mengaku dirinya Tuhan dan mati lemas dalam laut sewaktu kejar Nabi Musa,
Haman pulak menteri kerja raya firaun, beliau yang bina menara tinggi untuk Firaun bunuh Tuhan selain dirinya, bila menara dah siap, Firaun terus naik atas menara tu bawak lembing dan tombak langit sehingga berdarah dan mengaku pada rakyatnya telah bunuh Tuhan Nabi Musa.
Elok sangat Firaun dan Haman masuk neraka akibat perbuatan jahat mereka, tapi Ubay bin Khalaf ni siapa? Korang kenal tak?
Nanti Pak mertua petik nama Ubay dalam dialog sewaktu makan, korang boleh bulak cerita tentang e-bay apa kejadah?
Jadi hari ni aku nak cerita tentang siapa Ubay bin Khalaf dan apa yang dia buat sehingga di ahkirat nanti beliau akan senasib dengan firaun dan haman.
Ubay ni tidak sezaman dengan firaun, beliau sezaman dengan Nabi Muhammad SAW,
Ubay orang kafir yang kaya dan sombong,
Alkisahnya, Sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, Ubai bin Khalaf awal awal dah berniat nak bunuh Nabi lalu berkata kepada Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan kata kata yang seratus peratus berunsur Syirik:
"Aku ada memelihara seekor kuda yang aku beri makan dengan cukup. Aku akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti”
Semua kata katanya penuh dengan syirik!
"Aku (Syirik!) ada (Syirik!) memelihara seekor kuda yang aku beri makan (Syirik!) dengan cukup (Syirik!). Aku akan (Syirik!) membunuh kamu (Syirik!) dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti. (Syirik!)"
Semua tu ayat ayat ahli neraka!
Tapi kita tengok jawapan Nabi bila bercakap dengan orang syirik, jawab Nabi:
"Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."
Bila ada perkataan “Insyaallah” maka tiada langsung unsur Sririk dalam kata kata Nabi.
Dipendekkan cerita, dalam peperangan Uhud, si Ubay ni berkeliaran di medan perang mencari Rasullullah s.a.w sambil berkata,
"Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku."
Lalu dia pun mara ke arah Nabi s.a.w dengan niat membunuh. Para sahabat dah tak sabar nak pergi pancung kepada ubay, tapi Nabi cakap:
"Biarkan dia datang."
Bermakna Nabi nak lawan dengan Ubay ni satu lawan satu, lalu bila Si Ubay ni memecut dengan kuda bersama pedang terhununs, dan bila dah nak hampir dengan Nabi, terus Nabi ambil lembing dan baling ke arahnya, Lembing itu terkena sikit pada tepi leher Ubay dan adalah kesan terguris sedikit.
Terus Ubay bin Khalaf jatuh tergolek dari kudanya dan lari lintang-pukang sambil menjerit!
"Muhammad telah membunuh aku!"
"Muhammad telah membunuh aku!"
"Muhammad telah membunuh aku!"
Lepas tu Ubay bin Khalaf memekik kesakitan macam lembu jantan kena sembelih. Abu Sufian ketua orang kafir siap perli Ubay bin Khalaf sebab beraksi macam pondan, luka sikit jer tapi menjerit macam lembu.
Tapi jawab Ubay bin Khalaf: "Tahukah kamu siapa yang lukakan aku? Ini adalah perbuatan Muhammad, Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku akan mati di tangannya. Malahan aku yakin, jika setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pasti aku akan mati."
Lepas tu Ubay bin Khalaf sambung meraung, dan mati dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah.
Pengajaran dari cerita ini adalah: Bagaimana Ubay bin Khalaf seorang kafir yang selalu bercakap syirik tapi cukup yakin dengan kata kata Nabi dan percaya bahawa Nabi bercakap benar tapi bila mati masuk neraka walau yakin dengan kata kata Nabi.
Macam mana tu?
Sebenarnya yakin Ubay bin Khalaf kepada Nabi adalah “Yakin melalui pengalaman” kerana menyaksikan sendiri bahawa Nabi tidak pernah bercakap bohong, dan melihat sendiri beberapa peristiwa mukjizat di Mekah. Yakin begini tak bernilai dalam Islam sebab dah tengok baru percaya.
Dalam Islam, yakin adalah kepada yang Ghaib, Beriman kepada yang Ghaib, jika nampak baru percaya itu sama macam orang kafir di neraka yang nak kembali ke dunia sebab dah nampak azab semua, jadi yakin melalui pengalaman tak bernilai di sisi Allah. Yang bernilai di sisi Allah adalah “Yakin melalui pengorbanan”.
Macam contoh peristiwa Israk mikraj, orang kafir yang percaya Nabi tak pernah cakap bohong sehingga di gelar sebagai Al amin, tapi bila Nabi bagitahu baru balik dari langit jumpa Allah, Abu jahal terus tak percaya, sebab abu jahal “Yakin melalui pengalaman”
Tapi Abu bakar, dan semua umat islam terus percaya sebab “Yakin melalui pengorbanan”.
Jadi, pesan ulamak, semakin banyak kita korban untuk agama, maka semakin banyak yakin akan datang dalam hati, akam semakin kuat iman, dan akan semakin tinggi kefahaman agama.
Insya-Allah.
Jadi, berhati hatilah agar iman kita bukan setakat “Yakin melalui pengalaman” tapi “Yakin melalui pengorbanan”.
Now you know!
Akhir kata, Semoga Allah beri kepada kita semua kefahaman agama yang baik.
Sekian.
Ps: Orang yang faham agama, amalan sunnat menjadi macam wajib baginya, amalan wajib apatah lagi? Tapi orang yang tak faham agama, amalan wajib pun sambil lewa, sunat tak payah cakap, terutamanya solat, sebab itulah kot di neraka nanti, akan senasib dengan Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf. Nauzubillah!
(sumber: keretamayat blogspot)
Masya Allah, sama-sama kita tilik keyakinan kita pada Islam dan Allah tu pada tahap yang bagaimana? Semoga keyakinan kita berupakan pengorbanan yang mungkin imbalannya kita tidak terima 'cash' di dunia. Dalam Al-Quran pun Allah ada menyatakan bahawa sesuatu yang baik dijanjikan untuk orang2 yang bertakwa dan bersabar. Insya Allah! Indahnya keyakinan terhadap kecintaan terhadap Allah dan Islam itu.
Dalam surah Yasin ayat 58 bermaksud, " 'Salam' sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang". Sungguh aku dambakan pertemuan dengan penciptaku si Syurga nanti.
Harap sabahat2 kalian sabar dan mengambil pengajaran daripada artikel saudara Hamka kat atas tu tadi. Selamat berusaha ke arah kebaikan niat semata2 kerana Allah Taala.
No comments:
Post a Comment