Showing posts with label Student and Me. Show all posts
Showing posts with label Student and Me. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

Bye kids

It has been 3 month as a teacher in taska already. And 30 of dec 2016 will be the last friday in 2016 the kids in my toddler's class with me before they entering the 3 years old class. Going to miss the kids. It was sad to have them parted but it is great to see them growing up. Though every single kid has his/her own fad, but all of them are cute and lovely plus so much innocence that will melt your heart. I think this is just a quarter how parent see their children. Time flies fast, to most parent their kids always stay though they have become adults. They will always miss every moment of the growth stage of their kids. Thus, love your parent 😘😘


Gonna miss you kids, let's growing up together!

Monday, December 26, 2016

Best Jadi Teacher Taska #4

#4 Happening and Sporting Teamworks

Dalam taska aku tu banyak kelas. Kelas baby (5-setahun lebih yang belum pandai jalan), Kelas Toddler (setahun lebih dah pandai jalan-2tahun), Kelas 3 tahun and Kelas 4 tahun.

Kelas yang happening mesti la kelas aku, Kelas Toddler sebab ada aku, muahahha.

Meh aku perkenalkan rakan2 satu kelas aku tu.
 
Ni bebudak panggil Mama Zai. Dia plg senior dlm bilik ni. Pengalaman lebih 10 thn jaga budak2. So, memang otai dah ni. Pernah tanya kenapa tak nak bukak taska sendiri je sebab dia dah ada pon sijil, dia cakap leceh nak berhutang. Memang jenis simple orangnya. Dah ada 4 anak tapi dah lama bercerai, jodoh tak panjang. Bakal bertunang akhir bulan Januari tahun dpn. Risau katanya takut jadi macam pengalaman yang lps, aku cakap doa yang terbaik sebab jadi atau tak bukan urusan kita, bersangka baik dengan Allah. 

Next...

 
Yang plg kiri tu Jyha dan Aimi. Pic ni snap
masa tunggu emak Naufal datang pick up dia, dah kul 6.15pm xdtg2 lg huhuhu. Jyha tu bff cousin aku, and Aimi tu kawan sekolah dia. Bagus budak2 ni, peramah dan pandai layan budak. Kalau budak degil2 tu, dowg berdua la yang akan naik suara, high pitch weh. Aku xreti nak marah, so aku pass kat dowg. Senang buat kerja satu kepala. Since semua cikgu2 dalam kelas ni sekepala mmg happening la tapi yang tak best nyer ada cikgu2 dari kelas lain yang mula irihati keakraban kiteowg. Mula lah ada nak pisahkan kiteowg utk ke kelas lain.πŸ˜₯

Dan lagi yang tak bestnya bila semua 4 cikgu ni takut ngan lipas.

 
Tak kisah la lipas jenis apa pon yang kecik ke besar ke amerika ke kalau namanya lipas, bila nampak jek masing2 mesti histeria. Sudahnya
aku jugak la terpaksa berteguh hati membunuh lipas tu sambil menjerit2. Kacau bilau suasana sampai cikgu2 kat sebelah wonder apa yang berlaku. Hilang sebentar coolness aku 🀣🀣. 

Ok, best ke tidak?
Cerita aku mestilah best pada aku. πŸ€—

Friday, December 16, 2016

Best Jadi Teacher Taska #3

#3 Free Gifts and Foods

Setiap minggu mesti dapat benda free sama ada berupa barang atau makanan. Mostly makanan la. Bila parents gi travel dowg belikan sekali souvenirs utk teachers yang jaga anak dowg tanda appreciation jaga anak dowg. Suweet kan parents yang antar anak2 kat sini. Kadang belanja sarapan, belikan kek, tudung2, keropok lekor, dan yang selalu dapat adalah cokelat.

 
Kalau lain2 yg berupa makanan, aku masih berkongsi dgn bebudak ni tapi kalau cokelat, ni compromise. (Hahaha, tapi terlepas gak 3 cokelat suap sorok2 kat favourite kids, sorry xsampai hati, lol)

So jangan persalahkan kalau cikgu2 taska ni bahagia dari segi emosi dan fizikal ye sbb kita tak leh tolak pemberian parents. Kan kita jugak ajar kat bebudak ni, tak baik membazir. So cokelat tu mmg dah selamat diproses dalam perut ni tanpa sempat berjimat πŸ˜‚πŸ˜‚

Best Jadi Teacher Taska #2

#2 Mewah Kasih Sayang

Tau tak orang yang mewah kasih sayang ni orang yang bahagia. Biasanya orang bahagia tu kurang stressnya. Belum pernah lagi aku stress bila ngan bebudak ni. Tak sempat nk stress ada jek yang dowg buat cuitkan hati walupun nk melayan macam 1001 perangai dan merenah, tapi bebudak ni buat aku bahagia. May be I should stay longer. But the longer I stayed, the more I get attached to them, the harder the feeling of losing when get separated in future on πŸ˜₯πŸ˜₯. That's the price you have to pay when you love people. 

 
Wif budak suka menggigit, Bansyir, budak yang suka mendominasikan my lap Adelia,
Budak suka membuli budak2 yang tak melawam Aydeen dan budak berkutu serta selalu berhingus Arissa

 
Wif my favourite girl Amelia yang sgt independence and comel and tomok yang super manja

 
Wif my favourite boy Rizqi yang independence dan egoistik tapi manja. Mmg tak boleh tgk dia diam mesti kene buli ngan aku hahhaha

 
Nampak tak Adelia suka mendominasikan lap aku, sian my baby Aqeef terpaksa mengalah. Awal2 masuk Aqeef yang manja dgn aku sebab mommy dia macam aku. Anak hensem kot! Hahahh

Patutla parent walupun stress macam mana pon, balik rumah tgk anak2 hilang stress. Sbb aku walupun xde anak2 lagi, tgk dowg tdo pon leh senyum sowg2. Ok, itu pelik πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday, December 5, 2016

Busy Week As a Part time Teacher

Salam dan selamat ber'monday blues', silent reader!

Aku mmg tak berkesempatan nak monday blues sebab hari weekdays dan weekend aku minggu ni sangat full. Hari ni aku ada kena mengajar kelas intensif cuti sekolah pada sebelah pagi dan ptg pula part time cikgu taska. Nampak x gigih cari duit untuk tampung hidup dengan ekonomi yang xmenentu ni. Yang penting selain dapat duit, aku happy buat apa yang aku buat tu. Mengajar tu dah jadi 'mainan' hidup aku, tambahan lagi aku mmg tak reti nk duduk saja, mesti ada jek aku nak buat untuk full fill masa lapang. 

Dah jadi kebiasaan bila cuti sekolah bulan disember aku mesti join kelas intensif dekat Pusat Tusyen Murid Elit di Saujana Impian, Kajang. Rasanya dah almost 4 tahun aku mengajar kat sana. Bestnya kelas intensif ni sebagai tenaga pengajar kau boleh revised balik semua subjek, share teknik belajar dan pengalaman masa jadi student dulu. Kat situ, ko boleh inspired student ko. Student yang join kelas intensif tu pulak dari latar belakang sekolah yang berbeza. So mmg mencabar skill pengajaran kita sebagai tenaga pengajar bagi memastikan ilmu yang disampaikan tu diterima oleh student sbg input yang jelas difahami. Tapi mmg seronok mengajar kelas intensif berbanding kelas2 malam biasa. 

Seperti biasa, sesi pengenalan aku dengan student aku akan kenal nama, latar blkg sekolah dowg dan result terkini untuk memudahkan aku teknik pembelajaran yang sesuai bg semua student dalam kelas tersebut. Penekanan aku lebih kepada tanamkan minat kepada belajar sesuatu subjek tersebut by learning it in a fun way. Aku cakap kat student yang "no short cut in learning process, u have to learn all the way but when you have master the basics then automatically u will find out the short cut". Paham x, sila hadam satu per satu quote aku tu.

Hari ni aku kena skip kerja taska sebelah petang aku sebab kena cover rakan sekerja aku, dia admmited to hospital. Kerja2 last minute tu mmg orang yang kenal aku percaya boleh pas kat aku. Nasib baik subjek yang aku biasa mengajar. Aku mengajar sains, matematik, biologi, matematik tambahan dan english.  Maka seharian aku mengajar. Mmg x dinafikan mengajar ni penat dan cepat lapar sebab ko mengajar berdiri, ditambahkan lagi nak berfikir dan bercakap at the same time.

 
Pastu feedback pun penting untuk performance pengajaran kowg. Alhamdulillah setakat ni mmg student give positive feedback dgn pengajaran aku, tapi kadang2 sedih gak sebab bila time exam x semua yang performed well πŸ˜₯. Tu baru feedback daripada tenaga pengajar separuh masa, kalau cikgu tu lagi besar pengorbanan dan besar harapan dia pada murid2 yang dia curahkan ilmu tu kan.one thing yang aku respect kat student kelas intensif aku tu, dowg hormat cikgu and very thankful dgn pengajaran yang ko bagi walupun untuk sementara waktu tu. Good attitude!

Ok dah penat menaip. Penat mengajar tadi pon belum hilang sampai berdenyut2 kepala ni sebab ptg td mmg panas jek dalam kelas tu. So, tq having time reading my journey today. Kesian, hari ni ramai cari kita masa mengajar td, tak menang tangan dah reply msg and jawab fon yang tak terjawab tadi. Harap maaf sebab kita mmg busy minggu ni πŸ˜‚πŸ˜‚. 

 
Teacher rindu la dgn budak2 ni, 3 hari x jumpe. Kita jumpa esok ptg ye. Kat taska kita hot teacher, kat tmpt tuition kita jd hot sister sebab orang sll konfius kita kita ni student ke teacher. Lols✌🏻️

Sunday, November 20, 2016

Musim Majlis Graduasi Taska

Kebanyakan parent yang ada anak berumur 4 atau 6 tahun mesti sibuk hadir majlis graduasi anak2. Tak sangka masa sangat pantas meninggalkan kita. Masih ingat aku majlis graduasi tadika abim aku, sijil dia masih dalam simpanan dokumen ayah dan arwah ibu aku. Mungkin sebab itu majlis graduasi pertama aku antara memori yang penting yang mereka mahu simpan bg zaman kanak2 kami. Aku masih ingat, aku pelajar terbaik pada waktu tu **down memory lane**

Sekarang, aku pula yang manage student taska 4 tahun untuk bergraduasi. Walupun aku partimer dan baru sebulan lebih bekerja, pihak taska mahu aku sama2 terlibat dengan aktiviti taska. Since, aku ada kelapangan, aku terima untuk terlibat. 

 
 
Ni muka tak sihat sepenuhnya, demam tak pulih sepenuhnya. Tapi, mental kena strong, tak leh layankan demam sangat. Dah la lewat gerak dari rumah, dalam perjalanan ada road block plak, nasib baik masih ramai cikgu2 pon belum tiba lagi πŸ˜‚

 
Taska aku nama dia Taska De' Sayang. Dia banyak cawangan, owner dia Dato' Amnah binti Daud, dibantu oleh anak dia, Kak Tini. Taska ni banyak cawangan, di Putrajaya ada 3 iaitu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Luar Negeri (KLN). Untung jadi penguasa taska di bawah kementerian woo, ada pembiayaan yang diselenggara di bwh kementerian, sebab tu yuran taska dia pun murah. Taska aku di bawah KKM. 

Tahun ni, tuan rumah majlis graduasi adalah dibawah selenggaraan taska KKM tetapi masih lagi dibantu oleh taska2 yang lain. Tema baju cikgu taska pulak ialah warna royal blue and warna tudung kuning, di mana tudung di sponsor oleh owner dan warnanya dipilih oleh anak beliau. Pemilihan warna tudung mendapat sedikit ketidakpuashatian para guru kerana warna yang yang sedikit pudar. Orang zaman sekarang advanced bab2 matching ni, tapi redha jek bertahan pakai samapi 5-6 jam je. 

 
Ni sebilangan daripada 29 pelajar taska aku yang bergraduasi tahun ni. Beratur sementara menunggu yang lain tiba. Yang comel tgh tgk kamera tu nama dia Fattah. Terus jatuh cinta pandang pertama kat dia lepas kena bagi handle aturkan perjalanan masuk dowg ke pentas waktu persembahan nyanyian nanti.

Budak2 sekarang pantang gak nampak kamera, terus pandai pose. Yang sebelah aku tu, Mia Khaleesya and yang sowg lagi tu Zara. 

 
 Selfie dgn cikgu2 taska aku sementara nak tunggu majlis bermula. Bukan main masing2 make up ye! Ada 12 orang cikgu yang menguruskan taska ni. Semua full timer kecuali aku, hehehe. Semua hantu wefie, tak larat aku nk bergambar sangat.

Ni antara persembahan pelajar taska aku, nyanyian Jagalah Bumi oleh Boboiboi. Kelakar pun ada. Yang lain, tak sempat snap sebab kena handle budak2 pakai jubah pulak. Tahun ni, taska kteowg semua dapat saguhati jek, dengar kata ada biased sebab judges ada pihak KKM, wallahuawa'lam. Kita happy2 jek.

 
Dan inilah geng2 cikgu pelajar2 toddler (1-2 tahun) yang sekepala. Kak Zai (sebelah kiri tu) dalam 8 tahun bekerja tau kat taska. Budak2 panggil dia mama. Dah semua cikgu2 dalam kelas tu dowg panggil mama. Kak Zai ni walupun dia senior tapi dia tak sombong. Yang lagi 2 org tu kawan cousin aku, sebab dowg la aku tahu situ ada partime, hehhee.

Ok, majlis graduasi ended up smooth. Biasalah ada sedikit cakap2 blkg organiser itu ini kan. Yang penting aku nak balik berehat. Dah la tak sempat grab breakfast, so tak leh telan ubat. Lunch pun lewat πŸ˜…πŸ˜…, nasib baik lunch datuk sponsor nasik berlauk.

Ramai puji aku nyer cutting jubah tu cantik. Tapi dowg tak tahu yang jubah tu aku alter sendiri jahit tangan dengan demam2 yang teruk tu aku menggigil jahit. Bukan sikit2 punya alter tau. Bila bgtau dowg, dowg pon terkejut aku jahit sendiri sebab nak flawless dari luaran. Actually, aku dah hantar alter dengan sowg makcik, dia dah buat seperti yang aku request cuma ukuran dia masih lagi besar. Memang tak berpuas hati bila aku sarung semula. Nak hantar semula tak boleh sebab dia baru admit masuk hospital rabu yang lepas suspected denggi, tak sampai hati nak bragging kat dia. Tak pe, aku dah biasalah dengan last minute task macam ni, resourceful katanya. Lps ni boleh aku buat jubah abaaya sendiri kan 😊😊.

Ok, tahniah bagu semua pelajar yang bergraduasi tahun ni tak kiralah peringkat umur anda. We live once, cheers!

 

Thursday, October 13, 2016

On paper vs reality

Assalammualaikum and Happy lunch, peeps!

Bagi guru2 PT3 di luar sana mungkin sekarang tengah sibuk and pening kepala dengan soalan2 PT3 kan especially utk Sains dan Matematik. Ruangan Whatsapp tutor2 utk hari selasa dan rabu busy dengan perbincangan terkini pasal soalan2 keluar. Macam aku, aku kurang ambil port, just skroll gak apa soalan yang keluar yang boleh aku jadikan rujukan utk pengajaran tahun depan. Memand dah jadi kebiasaan masa belajar dulu pun lps exam aku tak suka bincang2 jawapan, bukan boleh ubah pun kan. Usaha dah pun dibuat dalam tahap yang baik, seterusnya perlu tawakal.

Memandangkan tutor2 pun boleh pecah kepala  fikirkan penyelesaian, apatah lagi pelajar2 PT3. Tutor pecah kepala bukan sebab tak boleh jawab tapi tak tahu nak terangkan dalam bentuk mudah utk tahap2 PT3 tu. Kadang terpikir jugak aku apa relevennya soalan tu kalau skop pengajaran tingkatan 1-3 kan dah ditetapkan. Tu masalahnya kalau penetapan sistem dan perlaksanaan pembelajaran tak seiring. Kesian pelajar jadi mangsa ketidakberhasilan sistem yang dilaksanakan, guru2 pun turut terbeban. Hurm, apa2 nak bising2 sangat pun tak berhasil, terpaksa adaptasi la dengan keadaan. 

Dah jangan stress2, tak elok utk kesihatan dan emosi. Jom chill2 dengan screenshot kat bawah ni:
Ni antara soalan yang give headache tutor


Maka tutor2 pun bertungkus lumus menjawab soalan yang difikirkan jawapan nya releven


Cuba dan terus mencuba pelbagai kaedah yang mudah difahami oleh pelajar..

Terus buat troll whatsapp mcm ni bile semua dah peningπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kan senang tanya terus!

Soalan on paper vs reality..pelik2 dan menyusahkan macam sistem jugak lahaiii