Ada tak sesiapa yang kowg kenali jenis yang mudah terhibur, dengan kata lebih mudah ialah mudah tergelak? Aku ada termasuk la aku sendiri. Ramai yang mengandaikan bahawa orang mudah terhibur ni adalah orang yang selalu memendam kesedihan dalam diri. Lalu yang demikian, beliau mudah untuk mengekspresikan ketawa untuk menutup kesedihan yang dialami beliau daripada disedari orang lain.
Aku kurang bersetuju dengan pandangan tersebut. Walaubagaimana, sememangnya ketawa merupakan salah satu terapi merawat kesedihan. Aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa orang yang mudah terhibur ni adalah orang yang yang sangat sensitif. Sensitif terhadap perubahan yang kecil dan skop nya meliputi keadaan sekeliling, jiwa serta perasaan. Disebabkan sifat sensitif inilah buat mereka mudah lebih bertindak balas lebih cepat dalam mengekspresikan perasaan mereka tatkala itu termasuklah ketawa berbanding mereka yang kurang sensitif terhadap perubahan. Kebanyakan orang yang mudah terhibur ni mudah menangis, ya itu merupakan tindakbalas perasaan mereka. Oleh yang demikian mereka selalu disalah ertikan dengan orang yang sensitif (lebih kepada sifat negatif iaitu beremosi). Tetapi sifat yang mudah beremosi bergantung pada individu mudah terhibur tersebut untuk menangani perasaan negatif tersebut. Tidak semua yang jenis mudah terhibur ini jenis yang selalu beremosi menangis dan sebagainya.
Apa jua jenis kawan2 anda, anda perlu berterima kasih atas kehadiran kawan2 anda yang mudah terhibur ini. Disebabkan kewujudan merekalah hari2 anda ceria dan bermakna. Ketiadaan mereka menyebabkan anda kesunyian.
Aku sangat appreciate dengan apa jua kawan2 senang dan susah aku tak kira apa jua mereka daripada jenis yang mudah terhibur atau tidak. Mereka adalah sebahagian daripada hidup aku.
Rajin2 la click vid kat bawah, vid aku dan kawan2 aku yang mudah terhibur 😍😍
Vid candid xperasan tengah rolling
Vid first take untuk dedicated buat seorang sahabat yang jenis kurang terhibur yang tak boleh join vacation kami
Vid second take.
Siapa dan apa jua kelemahan dan kelebihan kita, kehadiran sahabat tu sentiasa melengkapi kehadiran masing2 😊
No comments:
Post a Comment