Syawal kali kedua sambut tanpa arwah ibu. Sememangnya ketiadaan beliau amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga yang dekat atau yang jauh kerana beliau penyambung ukhwah keluarga, tetapi kehidupan perlu diteruskan bagi yang masih hidup dan apa yang arwah ibu buat perlu diteruskan demi kebaikan semua. Al-fatihah buat arwah ibu dan ahli keluarga yang telah pergi meninggal kita.
Raya ke-empat baru dapat bergambar semua ada kecuali abg ipar
Ayah, sibs and anak2 buah
Wefie ngan ayah skali
Theme Raya 2017
"Complete the incomplete"
Notes: There is so many things that I finally realized that happening around what it takes to make things work especially for Raya celebration. It is like a small piece but definitely complete the jigsaw puzzles. I will tell briefly in other entry, Insha Allah 😊✌🏻.
Alhamdulillah, kehidupan aku dari semasa ke semasa baik, tenang dan bermakna. Aku sangat bersyukur bertanamkan niat untuk mencari cinta yang hakiki terhadap yang satu dipermudahkan jalannya. Didampingi dengan orang-orang yang banyak ilmu dan baik pegangan agamanya serta berkongsi pengalaman dan pendapat sesama mereka adalah satu kelebihan buat diri aku. Memang aku akui susah untuk melakukan perubahan lebih-lebih lagi untuk ke arah kebaikan. Yang penting niat bersertakan usaha dan istiqamah walaupun prosesnya lambat.
Memandangkan sekarang musim orang menunaikan umrah, jadi ada beberapa kenalan yang berkesempatan menjadi tetamu Allah di sana. Pemergian mereka selama 2 minggu lebih memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan berharga untuk mereka jadikan titipan kongsian bersama. Bercerita sejarah, keadaan dan pengalaman mereka di sana sudah boleh menghibakan perasaan, apatah lagi jika benar-benar berada di sana yang lagi betul-betul dekat denganmu, Ya Allah. Subhannallah!
Insha Allah, dengan rezeki dan keizinan dariMu, persiapkanlah aku untuk menjadi tetamumu, Ya Allah! Bukan lagi negara Korea yang menjadi destinasi impian dalam list aku.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah secara spesifik dan peribadi telah mendoakan aku di Jabal Rahmah (tempat pertemuan antara Nabi Adam A.S. dan Hawa selepas diturunkan ke dunia dari Syurga) untuk permudahkan jodoh aku. Aku amat terharu! Semoga doa kalian memberi satu kekuatan lagi terhadap kehidupan aku. Amin!
Alhamdulillah! Here again, we have been given an opportunity to meet another new Muharram 1434H. Thus, to all muslims I wish may Allah grant us serenity. health, wealth and wisdom to continue our mission and vision to be a better muslim. Insyaallah.
Sometimes...
Allah tested our spirit to save our soul,
He breaks our heart to make us whole,
He sends us pain,
So we can be stronger.
He sends us failure,
So we can be humble.
He sends us illness,
So we can take care and value more of ourselves.
Somestimes...
Allah takes everything away from us,
So we are more in appreciated and valued everything!
Everything Allah did to us for a reason.
He did cause He Loves us!
Indeed His LOVE is ETERNAL and TRUE.
Let's us start with this prayer, may our steps in our life, Allah will make it ease!
Not forgotten, I want to take this chances to wish all Hindus, Happy Diwali!
Assalammualaikum dan Salam Ceria, rakan-rakan maya!
Wah, masing-masing sibuk buat persiapan hari raya. Rakan-rakan di FB, Twitter dan Watsapp tak kurang sibuknya meng"update status" bershopping raya, balik kampung dan tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. So, pada kesempatan masa yang singkat ini (huhuhu, sempat lagi update entry sebelum nak bergerak balik kampung, hehehehe) aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 sebagai tanda kemenangan kita sebulan berpuasa dengan ucapan:
1) Minta maaf atas kekhilafan diri, kekasaran bahasa atau tindakan yang sengaja atau tidak disengajakan mengguris hati dan perasaan kowg. Seseungguhnya aku insan biasa (habis dramatik dah ayat ni). Halalkan juga makan minum yea!
2) Yang pulang berhari raya ke kampung tu, rancang perjalanan kowg. Pandu cermat, jiwa selamat, Insyallah orang yang tersayang pun selamat! Latih diri bersifat sabar sebab mmg konfem jammed sana sini.
3) Beraya tu biarlah bersederhana, elakkan pembaziran. Ingatlah masih ada yang kurang bernasib baik tidak dapat berhari raya seperti kita.
4) Yang berada diperantauan berhari raya tanpa keluarga di sisi disebabkan urusan kerja atau belajar, mungkin agak kesedihan, tetapi bukan bermaksud hubungan kasih sayang terhenti di situ sahaja. Jangan lupa berhubung dan wish Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa kita. Jarak bukan penghalang, teknologikan ada. Yang paling penting saling ingat mengingati adalah faktor penting keharmonian keluarga. Berbuat baikla pada mereka selagi mereka masih ada
5) Jemput beraya di rumah. Untuk kawan-kawan di KL, nanti kita celebrate and konvoi raya sama2
6) Duit raya jangan lupa beri kerana aku masih layak dapat duit raya (masih belajar lagik hehehe)
7) Makan dan minum tu beragak-agak ye. Kesihatan kena jaga. Nanti perut terkejut, 2 hari cirit tak berenti2 terpaksa telan pil cikiteon and air 100 plus
Yang paling aku suka time raya ni sebab leh gather dengan family and
relatives, so leh catch up dengan recent status dowg. Aktivitu yang
paling x leh tinggal, wajib ada cerita-cerita hantu as a bed time story
kiteowg. LOLz! Tak lupa jugak, banyak cerita-cerita movie best kat TV. Teringat kat member aku, "alah, tak yah la tengok Malay movie, time raya nanti konfem keluar kat TV punya". Mula-mula, aku pon tak perasan tapi seriusly from year to year, memang senario ni betul. Sebenarnya, bab-bab entertainment kat TV aku lebih excited nak tengok menjelang raya ialah iklan hari raya. For this year, I found this Iklan Bernas Awesome! Full of hidden massage. Secara tak langsung, adik-adik yang berlakon dalam iklan ni faymes dah, kene interbui sana sini. Rezeki hari raya, kan dik!
Wokay, saudara-saudari sekalian sebelum talian internet sesak (jangan ingat jalan raya jek sesak), Aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf seikhlas hatinya, zahir dan batin. Okay, memandangkan dah lama tak berpantun, terima pantun 2 rangkap di bawah (bab pantun 2 rangkap ni paling aku expert especially waktu yang terlampau limited ni):
Bangun pagi sarapan roti kaya,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya
Budi bahasa budaya terhormat,
Pandu cermat jiwa selamat
Bershoppinh raya di Pasar Bayang,
Raikan hari raya bersama orang-orang yang tersayang
Olimpik di London Pandalela menang pingat,
Makan tu kena beringat
Pagi raya masak masakan baba nyonya,
Jumpa lagi kita dalam entri yang berikutnya
This ads also catching my eyes. So, guys enjoy watching! Terkadang kita terlupa orang-orang sekeliling kita kerana terlalu dek mengajar harta dunia. Full our life with lots of love and share them!
Assalammmualaikum dan selamat pagi yang terakhir Ramadhan 1433H!
Memandangkan hari ni adalah hari terakhir berpuasa tahun ni, so nak tanya, adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik sekalian ni puasa cukup ke tak (sajek x nak mention ladies and women sbb we all dapat cuti berganti okay)? Yang berpuasa cukup, TAHNIAH, yeah! Tapi yang x cukup posa ni, jangan nak melebih-lebih pulak shopping raya sebab kemenangan 1Syawal adalah untuk orang-orang benar memanfaatkan erti dan kelebihan bulan Ramadhan (exceptional bagi yang terpaksa membatalkan puasa atas sebab faktor-faktor kesihatan).
Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Kalau ditilikkan semula, sejauh manakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang penuh kelebihan dan gandaan pahala ini untuk meningkatkan amalan kita terhadap Allah? Cuba ambil masa seminit dua untuk kita muhasabah diri tentang amalan-amalan yang telah kita kerjakan sepanjang bulan ini:
a) Adakah kita hanya sekadar mengejar pahala puasa sahaja tanpa melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti bersedeqah, berselawat, qiammulail, membaca Al-Quran, solat terawih dan lain-lain yang besar ganjaran pahalanya
b) Sejauh manakah kita boleh mengawal nafsu, pandangan mata, kata-kata daripada perkara-perkara yang yang sia-sia sebab kita tahu bulan Ramadan, syaitan diikat. Jadi, pada bulan ini menunjukkan sepnuhnya diri kita yang sebenar tanpa pengaruh dan hasutan syaitan.
c) Bagaimanakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan selama 30 hari ini sebagai platform untuk mengubah tabiat-tabiat yang kurang baik kepada yang lebih baik seperti merokok, bangun pada awal pagi (sahur) dan melakukan solat-solat sunat pada malam hari, kawal diri menjadi orang yang penyabar, menutup aurat dan sebagainya.
Semua persoalan di atas boleh dijadikan kayu ukur supaya kita boleh menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik pada masa akan datang. Bagi pengalaman sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak pengalaman yang mengajar aku tingkatkan kesabaran dan mengawal diri dari nafsu makan, pandangan mata (xleh ushar-ushar orang hensem, kalu terushar "Subhannallah", rezeki ~_^), dan berkata perkara yang kesat dan kurang faedahnya. Tetapi agak terkilan sebab sehari tertinggal solat terawih disebabkan terlajak tidur sebab kepenatan dan tak dapat khatam Al-Quran. Hopefully, apa yang aku kerjakan pada bulan ini diterima Allah, Insyallah!
Frankly speaking, bila dah usia menginjak suku abad (saja nak mengantoikan umur aku kan), apa yang aku betul-betul nantikan adalah kedatangan bulan puasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Berbeza masa kecik-kecik dulu, kedatangan Hari Raya lah yang paling dinanti-nantikan sebab leh balas dendam makan macam-macam selepas sebulan berpuasa, wat collection duit raya, main bunga api and mercun, pakai baju dan kasut baru (pastu eksyen ngan kawan-kawan sape paling banyak baju raya dan yang paling lawa). Pokok pangkalnya, semuanya bertulangkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Tapi waktu kecik, kita bukan fikir semua tu, yang penting keseronokan. Nostalgia sungguh! Persiapan bulan puasa aku pun melebihi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Adakah disebabkan faktor umur atau sebab aku dah tak dapat duit raya? Hahaha, mungkin. Mungkin, perasaan excited nak menyambut Hari Raya akan berubah sekiranya ada kehadiran orang baru dalam hidup aku kot (boyfriend SUAMI o ANAK-ANAK, hahaha). Looking forward for this though!
Huhuhu, terasa sedih pulak nak bulan Ramadhan nak meninggalkan kita. Hopefully, kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan 1434H tahun depan. Insyallah. Semalam baru lepas dapat berita sedih daripada sahabat bahawa ibunda beliau telah meningal dunia kelmarin semasa mengerjakan umrah di Makkah bersama ayah beliau dan jenazah beliau diuruskan dan ditanam di sana. Semoga, roh ibunda beliau ditempatkan bersama-sama kekasih Allah. Ibunda beliau adalah dikalangan orang-orang yang beruntung sebab meninggal dunia pada bulan Ramadhan dan tanah suci Makkah. Amin!
Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah Ta'ala dari segala bala bencana, hasutan dan penipuan Syaitan dan Jin serta perkara-perkara yang memudaratkan. May Allah blessed us! Stay peace and calm, my dear peeps. ~___^
Just for gag: Walau jauh manapun kita terpisah, kita melihat langit dan bulan yang sama.
Assalammulaikum, muslimin dan muslimah sekalian ~_^!
Yea..yeah! Ramadhan 1433H dah menyapa. Masa sungguh pantas berlalu, rasanya pengalaman berpuasa ramadhan yang lepas pun masih segar dalam ingatan aku. Sememangnya, pengalaman berpuasa aku tiap-tiap tahun berlainan dan ada pembaharuan dari segi kematangan dan peningkatan amalan, Alhamdulillah. Perancangan dan kehangatan nak menyambut puasa kali ni dah terasa dari bulan Rejab lagi. Excited terlebih mungkin disebabkan ada geng nak masak, berbuka dan berterawih sama-sama. Walaubagaimanapun, terasa sedih sebab tak dapat meraikan 1st raya bersama keluarga tercinta, nasib anak perantau! Ibu ayah sori tak dapat sambut 1st puasa sama-sama :'(! "Jiwa kene kental, anak muda".
Bagi sesiapa yang terlepas lintas langsung Pengunguman Puasa bulan Ramadhan 1433H bersamaan tahun 2012 boleh la klik pada video di atas! Boleh naikkan feeling puasa, hehehe :)
(kredit to FB page)
So, bolehlah mula baca niat puasa. Bagi mereka yang selalu terlajak bangun sahur walupun dah kunci 3 jenis jam tak bangun-bangun juga disarankan untuk baca niat puasa sebulan atau sebelum tidur tu rajin-rajinkanlah diri baca niat puasa Esok hari seperti yang tertera di atas. Tak de la lepas ni orang buat alasan tak puasa sebab tak niat puasa. Typical excuse, "It was sooooo lame"!
Berikut adalah amalan-amalan sunat ketika berpuasa:
1) Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu Magrib. Sunat berbuka dengan kurma (atau benda manis) dan segelas air
2) Membaca doa berbuka puasa
3) Melambatkan makan sahur
4) Memperbanyakkan amalan ibadah sepanjang bulan ramadhan kerana Allah Taa'la seperti solat terawih setiap malam diikuti dengan solat Witir
5) Mulai malam 15 Ramadhan sehingga akhir bulan, baca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat Witir
6) Perbanyakkan doa dan zikir
7) Bertadarus sama ada bersendiri atau serkumpulan
8) Beri'ktiqaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan
9) Bersedekah tidak kira wang, makanan, pakaian atau apa-apa. Jika tidak mampu, cukuplah dengan memberi senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah yang paling ringan dan mendatangkan kebahagian pada kita dan orang lain.
10) Menjamu orang berbuka puasa sama ada di rumah ke rumah atau di masjid.
11) Menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah dari Ramadhan-Ramdhan sebelumnya. Insyallah, apa yang kita kerjakan dengan niat kerana Allah Taala supaya kita sama-sama mendapat keredhaan dari-Nya. Amin!
Dengan rendah diri, aku ingin meminta maaf di atas segalan silap salah dan keterlanjuran kata-kata yang boleh mengguris perasaan sesiapa. Sesungguhnya, aku hanya insan yang normal yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Yang baik dari dari Allah dan yang buruk datang dari kita sendiri. So guys, jangan ponteng-ponteng puasa.
SELAMAT BERPUASA!
(Notes for myself: Dah setahun mula menerima kehadiran dia oleh amalannya di bulan Ramadhan..^___^)