Thursday, February 28, 2013

Dilemma of Food-lover #1: Choosy over Cravingness food

Assalammualaikum and happy having meal, peepians!

Bayangkan anda berada dalam shopping complex yang semestinya banyak Food and Beverages Outlet and Franchise, sangat syok dan heaven! Tapi adalah sangat malang jika anda berada dalam mode-on-diet-treatment dimana anda perlu berdisiplin tentang food intake yang masuk ke dalam perut anda. Semuanya hanyalah santapan mata anda sahaja. Calories intake perlu dititikberatkan! ~sigh~. Inilah dilema yang biasa dihadapi oleh seseorang yang big-appetite+food-lovers dalam masa yang sama sangat menitikberatkan pemakanan yang seimbang (sambil mata dijuling ke atas, tangan di bahu).

Aku mula choosy terhadap makanan bila dapat tahu nilai sebenar peratusan total fat badan aku. Di situ la timbulnya kesedaran tersebut. Kalau dulu bukan aku kisah sangat tentang makanan yang masuk dalam mulut aku pon selagi tak kena kencing manis & darah tinggi okay la. Time muda-muda ni la nak makan macam-macam, metabolism tinggi lagi and senang nak digest. Disebabkan pemikiran inilah, ramai muda mudi kita ambil mudah tentang perjalanan hidup kita yang akan datang. Kesan pengambilan makanan apa yang kita ambil hari ini bukan boleh nampak on the spot. Kalaulah kita boleh nampak secara transparent isi dalam perut dan usus kita mesti kita tak nak makan banyak2 kan!

Pada kebiasaannya, apa yang masuk lebih daripada yang kita nyahtinjakan dan kita makan lebih daripada keperluan yang badan kita perlukan. Kita kena jumlah kalori yang badan kita perlukan untuk penentuan kalori makanan yang kita nak makan. Kebiasaannya, lelaki memerlukan 2,500 kalori sehari manakala perempuan 2,200 kalori sehari. Walaubagaimanapun, jumlah kalori yang diperlukan bergantung pada jantina, tinggi, berat, umur dan activiti seharian seseorang. Purata bagi perempuan yang hanya melakukan kerja harian seperti biasa tanpa melakukan senaman, dia hanya memerlukan 1,500 kalori sahaja. Ini bermakna setiap orang memerlukan bilangan kalori yang berbeza. 

Berikut adalah pengiraan ringkas bagi mengethaui in-take kalori yang diperlukan oleh badan anda:

Bagi lelaki   = [13.752(berat badan-kg)+5.003(ketinggian-cm)-6.775(umur-tahun)+66.473] x (aktiviti)
Bagi wanita = [9.563(berat badan-kg)+1.849(ketinggian-cm)-4.6756(umur-tahun)+655.10] x (aktiviti)

Aktiviti:
1.2 =senaman yang sedikit atau tidak bersenam langsung
1.375 = bersenam 1-3 hari seminggu
1.55 = bersenam 3-5 hari seminggu
1.725 = bersenam 6-7 hari seminggu
1.9 = bersenam secara ekstrem setiap hari

Jika makanan yang kita ambil sehari melebihi jumlah kalori yang diperlukan oleh badan, komposisi seperti karbohidrat, protein, lemak yang tak digunakan oleh penghasilan kalori sebagai tenaga akan disimpan sebagai lemak dimana lemak ini akan diproses untuk mendapatkan tenaga apabila badan kita memerlukan tenaga simpanan. Sekiranya, kita kurang bersenam lapisan lemak tadi akan bertamabah dan menyebabkan kegemukan.

Jadi, cara yang paling selamat untuk makan tanpa susah hati untuk makan adalah dengan makan Subway. Dengan khasiat yang seimbang (all-in-one), juga membekalkan kalori antara 200-500 kalori bg 6 inch foot long sandwiches.

Tapi takkan nak makan hari2 Subway kan. Kucing pun bosan makan ikan hari-hari, inikan manusia. Sesungguhnya, aku adalah insan yang tipikal yang bisa merasa bosan terhadap makanan yang sama. Jadi, perlu jugak tukar selera portion seperti 1 plate all in dekat Nando's



Happy hunting food, peeps! Makan untuk hidup, okay. Berhenti sebelum kenyang. Nak tau betul2 kenyang, kalau dah sendawa 3 kali tak berhenti-henti tu, nauzubillah! Take care of your health while you still young.

Peace, yo!