Friday, November 11, 2016

The ugly truth

Assalammualaikum dan salam jumaat, anda-anda yang diberkati!

Pernah tak kowg expect sesuatu cenggitu tapi yang jadinya cenggini? Yang paling sadis kalau yang expect tu end up dengan something yang lebih negatif? Tu la bahana expectation, mostly end up with dissapointment. 

Aku berjinak2 cari market utk berbisnes, saja nak tambah side income since makanan yang akan org beli walupun harga barang naik because people eat everyday. Permulaan, aku buat sandwich tuna and egg mayo utk test market. The worst aku expect pon, sandwich aku tak laku. So, sebelum aku ke tempat kerja, aku letak bekas sandwich aku tu berserta tempat letak duit (siap prepare duit syiling balance around rm5.00++) kat meja2 berdekatan dewan kuliah student, and kat situ pon byk makanan and makanan lain yg diletakkan kat situ utk dijual. 

Berdebar2 jugak la bila petang dalam kul 4 lebih aku nak ambil bekas sandwich tu, excited sebenarnya! Tapi aku mmg down gila bila tgk, bekas sandwich aku habis kosong tp duit dalam tabung yang aku tinggalkan tu hanya ada syiling je yang berserta duit kertas RM1. Tak sanggup lagi aku nak kira jumlah syiling yang ada sebab lebih sikit dari bilangan yg aku tinggalkan waktu pagi tu. Hanya Allah tahu aku rasa waktu tu. Sedih yang amat!

Aku sedih bukan sebab tak pulang modal, memang aku jual sandwich tu jauh lebih murah dari modal aku. Dengan berbekalkan 2 keping roti potong segitiga utk 1 set aku jual rm1.20 sahaja, sedangkan market lain jual dengan harga rm2.00 atau rm2.50. So, I'm pretty sure bukan aku sedih kerana itu. Mmg aku ada niat nak sedekah melalui makanan sama ada bagi free atau jual murah. Aku pernah jadi student, waktu pagi kdg2 ssh nak bekpes sbb susah nk cari food plus ada jugak yang ada jugak kawan2 yg budget tight terpaksa ikat perut, walhal belajar perlukan energy. So, dengan cara ni boleh sedikit sebanyak bantu kurangkan bebanan pada student. 

Sangkaku, manusia berilmu jujur. Orang yang cari ilmu pentingkan apa yang masuk dalam darah daging mereka. But the ugly truth is, tak semua yang begitu. Aku sentiasa bersangka baik dgn orang. First bila aku knl orang aku always letakkan 50% tanda aras, as the connection going on, semakin berinteraksi tanda aras tu akan berubah ikut pada performance orang tu based on my standard preference, bukan daripada ckp2 org atau preference orang. So, orang yang close dgn aku tu, you guys rock! 

Tapi apa yang aku hadapi ni different level, aku tak boleh observe sowg sowg, sbb tu aku bersangka baik orang jujur. Dan aku tak de hak nak jatuhkan hukuman yang ke atas sesiapa. Aku silap sebab aku aku take for granted, sedangkan aku sendiri sll ingatkan diri jgn take for granted. Kalau x susah nak wujudkan counter measures. Itu yang buat aku betul2 kecewa dan sedih dengan sebab aku dont predict the circumstances, thus aku tak sedia dengan counter measures. Lesson learnt. 

Aku sedih sebab mana letaknya humanity dan kejujuran. Malu tempat sacred pulak tu yang berlaku hal ni. Malu sebab aku daripada golongan ilmuan itu. Belum lagi, bila masuk ttg apa yang dimakan jadi darah daging. Belum masuk hal keberkatan. Ya, desakan hidup. Semua orang terhimpit dengan desakan hidup ekonomi kita. Tapi itu bukan tiket menghalalkan cara. Aku tak sanggup nak fikirkan consequence daripada hal tu, sebab aku dah menyaksikan banyak hal2 berkaitan keberkatan. Keberkatan tu tak nampak, tapi ia boleh dirasai dalam banyak bentuk. Impak dia bukan sehari dua, sepanjang hidup tahu. Nauzubillah. Allah tunjukkan aku sesuatu, aku redha dan halalkan semua. Tak sanggup nnti aku nak tunggu amalan aku utk dihitung kena tunda sebab hal2 macam ni, aku halalkan dan maafkan. Bukan kerja aku nak menghukum. 

 
Bukan rezeki aku, aku percaya sentiasa ada jalan untuk aku.

Aku menulis pun untuk mengingatkan diri sendiri, sedar akan kekurangan diri yg tak lps daripada lakukan dosa. 

Nota kaki: Tq buat shbt sowg ni yang boleh aku redakan sedih dan kekecewaan semalam sampai hp tertinggal kat kereta pun aku tak sedar. Tq for contact me back. Kesedihan tu dpt diatasi secara sementara dengan mengajar math pelajar aku semalam, tq math! Mmg ada movie date shbt sowg ni. Ingat malas nak cerita kat dia. Haha, aku tau kalau aku sedih  or bragging about something pon, aku cerita kat dia pon bukan dia comfortkan aku pon in a good way pon, kasi coklat ke, at least be a good listener ke, zero! Dia punya psiko sampai aku cerita jugak kat dia. Mmg expect dia akan bebel salahkan aku juga. Tapi magiknya, bebelan dia jugak yg leh comfort aku, mmg kurang asam! Sebab tu aku boleh count on him on this. Pelik sungguh cara aku tuh. Tp aku rasa kalau perempuan lain ssh nak terima kot cara camtuh. Hehehe, aku perempuan species upgrade yang unik. Tq, pumpkin! Hubungan dia dgn aku ni satu macam, ssh aku nak describe kan. Kdg2 rasa nak sepak2 dia. Kdg2 rasa nak pamper dia. Hahaha, dia bukan tahu pun aku ngumpat dia kat sini. But kesedihan tu lagi terus terubati bila kita ngadu kat Allah tau 😊. 

No comments:

Post a Comment