Wednesday, November 30, 2016

Bak Raja Tanpa Baju

 
 
Masa aku pergi cafe berdekatan taska aku kerja part time tu, aku tertarik dengan artikel pasal "Bak Raja Tak Berbaju". Aku sempat beberapa baris ayat berkaitan dengan artikel tersebut seperti di bawah:

Apabila kita mula terasa terlalu ingin dipuji,
Apabila yang kita mahu dengar hanyalah kata yang sedap-sedap sahaja,
Lebih-lebih lagi atas kedudukan kita sebagai pemimpin atau ketua dalam sesuatu organisasi atau masyarakat dan ditambah pula kehadiran pembantu yang kaki ampu, 
Maka ambillah iktibar daripada kisah raja tanpa baju.

Sinopsis artikel ni sangat menarik, buat aku terfikir2 ada ke kisah pasal raja tak berbaju ni? Aku x sempat nak menyelak sebab pakcik cafe tu dah tengok semacam jek. Nak beli, aku bawak duit cukup2 jek. Sudahnya aku terus terlupa sampai dah abes keluaran Majalah Solusi tu. Aku cari di internet tapi tiada carian yang tepat berkaitan dengan kisah tersebut.

Kupasan pasal artikel tu ada bgtau yang ini realiti yang berlaku dalam masyarakat dan negara kita kini. Kisah raja tak berbaju ni dikatakan kisah turun temurun tapi iktibar dia masih lagi relevan bukan sahaja ditujukan pada pemimpin bahkan individu seperti kita juga. Aku berharap berpeluang dapat beli Majalah Solusi edisi untuk meredakan rasa ingun tahu aku tu. Mungkin kowg pon berminat nak tahu, mana tahu boleh bantu kowg brainstorming diri kowg utk lebih baik.

 

Keep on upgrade ur iman and faith, people!

No comments:

Post a Comment