Monday, December 26, 2016

Bera to Kuantan Project Runnaway

 
Seronok dapat peluang keluar dari bumi KL dan Selangor. Finally, trip to Kuantan utk jalan2 cari makan bila dah setel tlg ambil sample daun dkt ldg kelapa sawit Bera. Kali ni berdua jek dgn May, geng senget! Saje teman minah ni ambil sample daun kelapa sawit bg tujuan research kat Felda Tementi, Pahang. Sian dia sowg jek pompuan, bahaya kan. Kebetulan aku pon free, offer diri.

 
Lepas sampling setel, terus lajak ke Kuantan, dah alang2 sejam perjalanan dari Bera ni. Stay kat Hotel UrbanStay di Kuantan, rate pon murah rm68/night public or weekdays. Selesa dan wangi plus perkhidmatan wifi dan tv pon 👌🏻

 
Sementara tunggu mmber aka Mr Tourist Guide dan Mr Driver datang pick up, ktewog sempat cari dessert wajib rasa iaitu Mango Cheesecake kalau datang Kuantan ni. Boleh cari di Azam Roaster atau Kulacake dengan harga rm9/slice. Mmg padu rasa mango dan cheese dia.

 
Dari kiri: aku yang comel, May dan Aizul the Greatliar.
Teman bos cari hp utk hadiahkan pekerja dia kat East Coast Mall sebelum dinner. Wefie dulu testing front camera hp vivo baru dulu.

 
Ingat nak dinner dkt Horizon tapi fully booked, so cari punya cari sudahnya lajak sampai ke Cherating jumpa tempat makan ni. Dah lapar sgt, order penuh semeja dengan harga RM 120, sedap pon boleh tahan.

 
Lps tu Mr driver bawak tour ke kawasan kilang Lynas dia, excited nak tunjukkan kawan dia tmpt kerja dia. Dah la bwak pass by area kawasan gelap tanpa lampu jalan untuk dptkan view cahaya lampu kilang dia dr tepi jalan highway. Mmg cantik view dia, since hp bukan DSLR, mmpu dapat best capture yang ni jek. 

 Esok pagi nyer unexpectedly change plan since tak leh tdo balik after subuh sbb dah terbiasa, so Mr Driver ajak g melawat ladang dia pulak kat Sg Ular. Dia adalah Project Specialist kat Lynas.
 
Safety hat Aizul.

 
Ada gaya macam kontraktor kan. 

 
Naseb ada pangkin bwh pokok besar, takde la buat kejenya tengah2 panas. Kena ikat sample ciput tu jek pon padahal. Sample dh di harvest oleh pekerja Aizul tu.

 
Sesi penyerahan hp Vivo yg kteowg cari semalam pd tuannya. Lupa nama pekerja Aizul tu. Orang rohingya, betul sayang and jaga kebajikan pekerja dia si Aizul ni woo. Tu yg ak request nk jadi pekerja dia 😂. Kena reject sebab dia kata tak mampu nak bayar ada  Phd katanya 😅

Lepas melawat ladang, singgah beli keropok lekor and pergi pantai Cherating sat. Layankan jek pakcik and makcik berdua ni layan udara laut tongah paneh ni.
 

Sempat tu dia request swuh ambil pic dia ngan kereta baru dia sebab dia kata aku pandai ambil pic kononnya. Kata nak best pic, aku suruh dia tarik perut sikit, wawawawa. Dan hasilnya kepoyoaan inilah yg terhasil.
 

 Pastu heading ke ECM utk lunch kat Black Canyon. Lepas belanja lunch pakcik Aizul dia mintak teman dia shopping jap. Naseb shopping tak berjam2, senang mamat ni pilih barang. Siap offer kat aku pilih apa yang aku nak as souvenir, dia bayar. Belanja makan pon dah banyak Aizul oii. Mungkin sebab dia tahu aku bukan jenis ambil kesempatan, tu yang dia offer tu kan. Pang kang! Even dia offer chocolate yang dia tahu aku tak leh resist pon aku tolak dgn baik. Neway tq Aizul for the offer.
 


Ingatkan lps ECM nak berangkat balik tapi mamat ni ajak minum petang hilangkan mengantuk sebelum balik kat kelantan cafe kot, lupe la nama dia. So aku minum coffee choc shake, mmg terang mata sampai ke KL. Mmg ummph sedap.
 

So tamat cerita perjalanan yang tak dirancang tu. Tq kat May walupun aku sekadar teman dia buat kerja. Tq byk2 kat Aizul sebab jd tourist guide and belanja makan dan makan dan makan semua. Dalam pengembaraan ni aku jumpa the other side of this friend yang bernama Aizul Azfar Zulkefli. Meh aku cerita sikit pasal kawan aku yang ni.
 
 
 
 
Masa 1st year sampi ke 2nd year aku crush kt dia. Mula2 tu xde la nk suka pun tapi bila member aku cakap mamat ni hensem, bila aku tengok tak der la hensem tp bila hari2 asyik terserempak ntah apa ilmu dia pakai, akhir aku crush kat dia. Tapi bukan gila crush la sampai nak stalk semua pasal dia. Aku siap sedih sebab walupun aku crush kat dia, mmber aku yang lain lebih tahu psl mamat ni dari aku. Tgk betapa tak crush sgt pon aku kat dia. Saje jek buat hiburan tambahan as a student life. Tapi yang aku tak boleh blah first time interact ngan mamat ni masa dia approach aku mintak lecture notes, pergh berdebar tu macam nak pecah jantung tapi cover mmg punya baiklah. Sejak tu ada no dia, tapi tak pernah pun nk msg2 selain hal blaja, nmpak tak profesional sgt. Dipendekkan cerita, life aku mmg secara tak langsung indirectly ada melibatkan dia as a student. Aku pun tak tahu sebab apa aku famous dikalangan budak2 batch course aku baik lelaki atau perempuan. Seboleh2 aku tak nak expose, balik2 aku gak ter'expose' tanpa dipinta. 3rd year mmg dah xcrush ngan dia, mungkin sebab dah knl sgt dgn karekter dia, barangkali aku ter'crush' dgn dia sebab aku nampak aku dalam diri dia. Yup, sedikit sebanyak dia sama ngan aku dalam hal2 tertentu. Our friendship sampai skunk, sambung phD sama2, terer statistik pon sama2 cuma lain guru jek tapi dia dah keje dulu. Masa dia masih kat Serdang, dia lelaki yanb pertama aku contact kalau ada masalah yang melibatkan bantuan lelaki, tapu bila dah ada Gundam (boybestfriend), dia dah jth second.
Walupun dia ni kuat membongak which kdg2 aku yg dah berkawan lama ngan dia pon masih percaya yang penipuan dia, tapi he's a good friend yang boleh aku count on dalam apa2 hal. Aku ngan dia xde la close sgt tapi boleh dikatakan aku membesar almost 11 years old sama2 weh. So aku boleh nampak perubahan dalam diri dia. Orang lain mgkin akan ckp dia jenis yang tak kisah hal orang lain, tak pon dia selalu jek tanya aku update mmber2 lain. Mungkin disebabkan background family yang kaya, member2 lain kurang bergaul ngan dia dan dia selalu disalah anggap. Dulu dia hensem sikit, perut pon tak de, cerah tu yang ramai peminat, tapi skunk kurang hensem pon dia masih ada daya tarikan lain pandai and berkerjaya yang masih boleh buat dia ada tarikan yang tersendiri. Yang plg jelas skunk, skunk dia matang bila berbicara, lebih konfiden, aku nampak ada misi masa depan yang jelas dalam dia. Mungkin benar, lelaki ni akan matang dan konfiden bila dia ada kerjaya tetap. The other side yang aku nampak kat dia masa sepanjang aku kat Kuantan dgn dia, dia sangat caring dengan orang yang dia percaya dan penting dalam kerjaya dia walupun hanya pada seorang pekerja bawahan dia. Sifat penyanyang dan concern yang dia tunjuk mmg tak simpan. Guinuine, sampai aku impressed dgn dia. Great job, Aizul! 

Jangan cepat menilai orang hanya dengan penilaian orang lain sebab penilaian pada mata manusia selalu melibatkan kepentingan pada diri manusia tu sendiri (setiap mana ada preference). Mungkin baik di mata orang tu tak semestinya baik di mata orang lain. See people with your heart, then you can see his or her innerself. 
🤗🤗🤗

Nota kaki: kenapa aku tak jatuh hati pada Aizul? Boleh jek aku and dia nk keluar dari friendzone tapi bukan ketetapanNya macam tu. Satu jawapan, Sebab hati aku milik Allah, dan aku selalu doakan utk aku jatuh cinta pada yang zaujah aku. Andai kata aku jatuh hati pada orang lain sebelum zaujah aku, i let myself to fall in love because Allah says so. Look at the bright side people 😊😊

No comments:

Post a Comment