Sunday, October 23, 2016

Rose

Assalammualaikum and Happy Sunday, peeps!

Hari ni last class mengajar tuition kat centre untuk tahun ni! Sedih pulak. Bukan apa, dah terbiasa hujung minggu sibuk dengan mengajar, jadi dah kena plan what should do during weekend minggu2 akan datang sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan jika masih berkesempatan. Pagi ni terlambat sedikit disebabkan last minute student aku bgtau dia jadi dtg, so lewat la ak 15 minit tiba. Hamek ko!

Naseb baik, jalan tak jammed. On the way passed by pintu masuk UPM, ternampak banyak gerai jual bunga dan belon. Lupe, bermula semalam hari konvokesyen UPM yang ke-40. So mmg dah jadi kebiasaan tepi jalan penuh dengan jualan bunga. Aku mmg suka dengan bunga and benda2 cantik ni. Walupun dah terlewat sempat juga la ushar sekejap kebetulan tengahari nnti dan esok ada buddies yang konvo! Wow, rambang mata dibuat nyer sebab semua beautiful and colorful. Aku ada baca, walupun kita suka bunga, tapi jangan petik! Let it be in its place, its stalk! Ironic sangat. Macam quote kat bawah:

"Love is not about possession,
Love is about appreciation"

Tapi kalau kita beli tanpa petik boleh kan? 

Teringat aku drama korea yang sempat aku tengok awal2 pagi tadi, Shopping King Louie. Hahaha, jangan judged! Ok, ada la part si hero ni belikan bunga untuk perempuan yang dia anggap sebagai first love. Si hero ni kaya tp suka sebab dia jenis yang innnocent and straighforward dengan perasaan dia. Ni kualiti yang ssh nak dapat kat lelaki zaman sekarang. Aku faham, bukan ego yang menjadi taruhan untuk mereka mulakan langkah dalam perhubungan tetapi disebabkan mentaliti dan keadaan sekarang ni menyebabkan kebanyakan step back and lebih baik keep their feeling unknown. Fear of rejection and insecurities. Tu persepsi yang aku lihat pada sudut pandangan pihak lelaki, belum lagi aku ulaskan persepsi bagi pihak perempuan. Persepi always make things complicated though. 

Ok, back to the story tadi, dia beli single orange rose flower pada si heroin tu. Orange rose according dalam drama tu bermaksud first love. Seronoknya lahai dapat orange flower pastu tup tup dia plak ditakdirkan dialah the other half aku, i am so blessed. Dengan izin Allah, insha allah. Kenapa aku rasa macam nak dapat bouquetof flower dalam masa terdekat ni, hehehe! 


Tanpa sengaja aku google, aku jumpa ni! Mostly sama. Terpikir gak aku siapa yang mengeluarkan definisi warna bunga rose ni?

Dan aku jumpa maksud bilangan rose ni jugak ada maksud tertentu. Macam aku, aku main taram jek beli bunga untuk konvokesyen and hadiah utk insan2 teristimewa dalam hidup aku tanpa spesifikasi and maksud tertentu as defined as those in pictures. Masalahnya ada orang ambil pusing ke tahu benda alah ni?

Seingat aku ada banyak kali jugak aku terima bunga masa birthday dan konvokesyen dari kawan2 dan family serta dedication day masa sekolah dulu, dari secret admire (biasalah zaman muda mudi). And ada dua kali aku terima sekuntum bunga rose merah dari kawan lelaki aku. Since kteowg rapat so aku terima as friendship, walupun dgn malu2 bagu tapi dowg tak ckp pape so aku anggap hadiah friendship. I don't know that they really meant something ttg pemberian bunga tu atau just seperti yang aku anggap as gift of friendship. But, baru aku tahu salah sowg dari teman tu rupanya mmg ad menaruh hari kat aku, tu pun aku tahu setelah sekian lama (dia dah kahwin pun😊) .  Bukan jodoh, nampak macam mana Allah aturkan kehidupan manusia. Unknown and mystery. Dan yang sowg ni aku masih lagi menjalinkan hubungan persahabatan, and still counting! And the meaning of the flower still unknown. Well, i'm still looking forward to it while having fun with my life. Apa pun jadi pada masa depan, just enjoy the moment and jangan ada regret.

Ok, sebagai ganjaran, aku bagi edisi terhad selfi aku. Jangan muntah! 
Peace you all ✌🏻️

Saturday, October 22, 2016

Kisah buku kelepet

Tahu x kelepet tu apa?

Tu yang aku define as kelepet.

Tapi maksuf sebenar kelepet ialah..

So, boleh la aku apply kan perkataan kelepet tu di buku atas kertas ye.

Dalam urusan mendidik, arwah ibu berperanan lebih daripada ayah. Oleh sebab demikian, kami adik beradik rapat dengan arwah ibu walupun arwah jenis tegas dan kuat membebel. Aku masih ingat macam mana arwah ibu didik kami adik beradik, penuh disiplin. Tanpa rotan, hanya jelingan mata tu dah tahu dia bagi alarm kata 'no' and jangan buat. Kalau buat jugak konfem kena tadah telinga kena bebel. Bebel adalah 'last resort' yang paling kami adik beradik nk tempuhi. Berjela dan lps tu semua kena tembak padahal asalnya silap seorang. Adil dan saksama cara didikan arwah ibu. Dengan secara tak langsung kami adik akan ingat mengingati antara satu sama lain. Dan dalam adik beradik aku yang paling dgr cakap, sebab ak x sangggup nk dengar bebelan arwah ibu.

Pasal kelepet ni, arwah ibu mmg kepantangan dia nmpak buku kami sekolah kami kelepet. Beliau seorang yang cermat, kemas dan teratur maka serba serbu mesti tampak kemas pada pemerhatian beliau lebih2 lagi keadaan buku sekolah. Dah menjadi kebiasaan beliau akan cek schoolbag kami dan selak helai by helaian buku sekolah kami masa darjah 1-3 if ad homework or tak. Of course kalau buku kelepet sikit dia akan bising, selekeh katanya. 

Jadi menjadi tabiat aku kalau nampak buku kelepet2 ni akan nmpak ia sebagai sesuatu yang annoying dan akan akan luruskan helaian tersebut. 

Tapi ada sesuatu kejadian yang walupun aku nmapk kelepet ni annoying tapi aku tak betulkan. Kejadian dia happen waktu aku sekolah agama (darjah 2), guru kelas bercuti maka kami terpaksa join kelas lain. So aku duduk la sebelah seorang kakak ni. Kakak ni dia budak kelas khas sekolah rendah aku, dia jenis 'slow' jadi sekolah agama kalau tak lulus dia kena stay darjah yg sama. Bila time nak buat latihan masing2 keluarkan buku tulis yang warna coklat tu, then aku nampak dia nyer kelepet punyalah byk, setiap helaian kot. Pastu aku tengok kembang semacam jek pages yang kelepet tu, then aku observed jek dr ekor mata aku, rupanya dia suka hisap buku dia. No wonder seat sebelah dua kosong, orang geli kot duduk sebelah dia. Terus aku tak jd nak betulkan helain buku kertas dia. Tak pelah, dia x sesihat kita. Mungkin itu kebahagiaan dia. Dia nmpak normal, suka jek sengih. Berbual pon lambat sikit la dia nak paham. Tapi ak enjoy jek companing orang macam dia. Dengan pendekatan macam ni kita akan cuba memahami keadaan dia.

Tapi kalau orang normal tak reti jaga buku dia.. Kelepet sana sini mmg aku bising. Mana2 student aku kalau buku ad kelepet, ak suruh dia betulkan time tu jugak. Annoying tahu! Hehehhe

Susah kalau ada OCD ni 😅😅

Wednesday, October 19, 2016

Hantu Air

Arwah ibu pernah cakap,
Orang selalu suka mandi atau pergi bilik air tu 'hantu air'..
Tapi masa tu kecik lagi so aku tak tau, ibu maksudkan hantu tu sangat suka air atau orang tu kena rasuk ngan hantu air.
Tapi aku rasa arwah ibu saja bagi momokan,
Aku bukan nk referkan diri sendiri hantu air,
Tapi setiap kali ak berurusan ngan air,
Selalunya baju atau seluar atau kedua dua skali mesti basah kuyup.
Masa dah siap urusan dengan air baru aku sedar aku basah kuyup.
Tapi pelik, aku rasa kepuasan.
Walupun tubuh aku kesejukan,
Betul kot aku 'hantu air'

Hehhehe


Basah kuyup seluar jeans tu lepas siram pokok, dengan penuh konfiden berjalan ke pasar malam pulak tu.
(Eleh, jeans gelap berani la cuba baju yang mmg terang tang tang nampak basah kena air, nak jalan dua langkah depan orang pon kau malu kan, hihihi)

Tuesday, October 18, 2016

Single and clever, are you?



Pagi tadi, aku terbaca status member aku  artikel pasal kat atas ni, "why clever people find it difficult to fall in love". Mula2 aku ingat ada scientific explanation or proven based on statistical data. So, artikel ni tarik minat aku untuk baca sebelum aku rasa it deserve my 'like' button. Bagi aku, aku tak akan simply baca tajuk untuk 'like', aku akan go through the contents sbb untuk karang even sebaris ayat perlukan effort, so please appreciate to read till the end of the content, then it's up to you la nak share or like or give any comments about it. Ni rata2 baca tajuk dah gelebah konon tau cerita sebenar. What the fish!! Dont judge the book by its cover, thus dont simply judge if you dont know the whole strory (sadly it is happening to many people nowadays, that's is why i just love to write in my blog compared to my IG or FB).

Ok, back to the main story pasal entri ni, apa yang dijangka tidak tertera. No scientific explanation or proven, just a mere explanation with a little bit psycological proven. Well, not all clever people are single and not all single are single. Hahaha, being single and clever at the same time are only gifted person though. Angkat tangan siapa yang nak being single je sepanjang masa? Pada siapa kita nk share cerita dan perasaan yang kita lalui hari2, layan kerenah kita? Takkan dengan kawan perempuan kita je. I believed that every person dah tercatat perjalanan hidup di Luh Mahfuz, and it will changed only by Allah's will. So, in my point of view, apa2 yang melibatkan masa depan, jodoh, perasaan dan kematian, xda satu formula atau model serta scientifically explain those things. 

Tak payah bg cerita orang lain, dalam hidup aku mmg belum pernah jatuh cinta dengan lelaki. Tapi setakat crush dalam drama and realiti kehidupan tu memang ada (zaman remaja ye) hanya sekadar memenuhi masa2 senggang yang ada untuk benda2 lagha, no hard feeling. Sbb aku rasa bercinta zaman tu is such wasting of time zaman remaja kau, dan obviously aku percaya pada jodoh. Observation aku ttg orang lain bercinta dan disakiti, well lebih byk cons daripada pros. Mental kena kuat, sebab bagi aku pemerhatian ak bagi cinta waktu tu macam perjudian, dimana hati jadi taruhan. Paling aku admired, orang yang senang jatuh cinta walupun disaliti banyak kali. Hati ko mmg diperbuat daripada diamond (the most hard mineral in the world) barangkali. So in that sense, aku cuba elakkan  from any intimate relationship. Bukan xda yang tawarkan diri untuk dekat and kenal lebih intim, it's just me who afraid to be hurt and broken. Yeah, that's so being clever because you know and love yourself better. Yeah, that's written in the article about why clever people find it difficult to fall in love.

Tapi x selamanya dalam peringkat hidup aku cuba mengelak untuk terima orang lain dalam hidup aku. Memandangkan aku ni jenis yang susah nak rapat dengan lelaki, so mmg perlukan masa untuk percaya dengan orang lelaki dan serasi. Dan kawan lelaki yang rapat ngan aku tu mmg boleh dipercayai dan serasi dimana kebanyakannya mmg aku boleh rapat sebab masing2 dan ada pasangan (nampak x betapa secure nya aku terhadap diri sendiri, aku konfiden xkan fall in love punya). Fast forward, macam mana secure perasaan pon kalau dah ditetapkan Allah kau fall in love ngan bestfriend ko sendiri pun tak boleh nak elakkan juga. Yang part ni unik sikit, bukan sebab apa, aku getting close ngan dia pon masa tu pun dia dah ada awek dan mmg konfiden xkan lebih drpd friend zone.  In the middle of our close friendship, dia broke up ngan awek dia dan aku tau detailed jugak la macam mana dia broke up. Ikutkan logik kalau sayang, boleh jek teruskan as long as dua dua pihak agreed to so. Kalau tak masa kan ad quote, cinta tak semesti dimiliki. Well, as I said earlier bila bab perasaan ni belum ada reference, formula atau model yang boleh dirujuk dan ada penerangan yang jeles. Kalau ada pakar atau doktor cinta punya philosophy pon tak boleh apply penyelesaian pada masalah cinta semua orang, depend on situation dan faktor2 lain. 

Something happen in between our close relationship, keluar dari friend zone. Yes, i'm taking risk here and open my heart for this close friend. Tapi decision tu aku ambil mudah, banyak yang aku consider, byk yang aku jadikan reference serta buat solat tahajjud, istikharah and hajat untuk taking step into this non friend zone! Alhamdulillah, dipermudahkan seolah2 he's my other half. As the relationship going on well, something seems missing to me. Something yang aku pon xtau apa, sampai la aku confront him better to stop whatever expectation we had in future and stays as best friend. Actually nothing happen in our relatioship, everything just fine but i had to deal with something yang missing tu. I am glad that i confronted him about the relationship, i found the missing pieces. I just feel bad that I used provocation on him as an excuse that was not supposed to bring out. I really dont meant to hurt him that way, because I already broken to make a decision that way. One fine day, I'll tell him that he did really sepanjang tempoh hubungan tersebut and I want to thankful to him for understanding me as a cracked full of flaw and being a great companion till now. Hahaha, sebab dia pun cracked and banyak flaw gak. Tapi tu la, ada banyak dalam life yang terjadi ni xboleh dijelaskan, it just happen, ada yang just stop there and ada yang get twisted and ada yang akan discover soon. 

Orang macam aku, full of curiousity dalam hidup sangat tahu yang tak semua persoalan tu boleh dijawab oleh mana2 orang bijak pandai atau reference sekali pun. Tapi satu yang aku yakin, Only The Almighty Allah know all answers. To find the missing pieces, aku mesti berusaha lebih mendekati Allah, sandarkan pengharapan, jiwa dan jasad aku pada Allah, so He can answer my curiousity and prayer. Alhamdulillah, I find the peace in my heart, mind and soul. 

Siapa boleh bagitahu aku apa itu cinta? Define Love? I'm sure definisi cinta berbeza pada setiap orang. Sebab cinta adalah persepsi yang punya preference kpd setiap orang. Tapi kat sini aku nak perbetulkan statement, kalau lelaki rasa tulang rusuk bergetar bile nampak perempuan, tu bukan tandanya perempuan tu jodoh ye. Itu peringatan tundukkan pandangan sebab time tu syaitan mainkan peranan cucuk hati kowg. Ni pesanan ustaz. Dan Hawa dijadikan daripada tulang rusuk kiri adam sewaktu tidur pun adalah hadis palsu ya. Dulu belajar hadis pun tak pernah come across dengan hal ni. Correct me if i'm wrong. Perkaitan pasal tulang rusuk dalam Al-Quran pon berkaitan pasal perempuan ni macam tulang rusuk, nak luruskan dia kene patahkan dia. 

As for me, Love is a sacred beautiful thing. Love is not hurtful and make us difficult, Lust is! But all the way to gain love, there is pain because it worth enough to be appreciate by the true person. That's my definition of love and it apply to living and non living thing that I loved. Jadi, urusan jodoh tu it never bother me anymore. Aku sandarkan pada Allah dan improve diri untuk be better from time to time untuk dapatkan keredhaan Allah. Kalau nak terbaik untuk jodoh kau, kau kena be better gak. Itu pun usaha kan. Mungkin jodoh aku mmg dengan my bestfriend, mgkin masanya belum tiba. Mungkin jodoh aku mmg dah dekat dengan cuma tak crossing path lagi sebab belum tiba masa lagi (sebab Jodoh kan tak kemana, dekat la dengam kita). And mungkin jugak jodoh aku di Syurga bukan di dunia ni. Whatever it is, aku sentiasa dia aku nak jadi Ainul Mardhiah di dunia dan akhirat untuk bakal zaujah aku, sehingga ketua bidadari Syurga pun cemburu dengan kecantikan dan segala serbi pada kita, hanya untuk my zaujah je, semoga Allah peliharakan hati dan pandangan mata beliau untuk aku je yang boleh sama2 bimbing aku dan zuriat keturunan ke jalan keredhaan Allah. I lost nothing in this way, kalau letak pengharapan pada Allah. Berharap selain dari Allah selalunya akan kecewa kan. Ingat Allah yang pegang hati kita.

Thus, single atau married, clever or dumb that's not matter. When you’re falling in love, you never notice it until you’ve already hit the ground.

—Terry Mark


Saturday, October 15, 2016

Random Talking about Morning Exercise

Salam ceria, semua!

Pagi Khamis lepas rasa best sangat sebab dah 3 hari berturut-turut bangun pagi konsisten kul 5 pagi, lps tunaikan kewajipan peruntukkan masa dalam 25-40 minit untuk exercise. Dah lama juga, badan ni tak konsisten dengan exercise plg kurang pun seminggu mesti 5 kali. So aku tumpukan pengawalan makanan yang aku ambil untuk maintain brt bdan xmenaik. Memang diakui, pengawalan pengambilan makanan menjamin penurunan berat badan aku tapi aku rasa badan tak 'fit'. 

So, aku bereksperimentasi dengan badan aku mengikut kesesuaian masa yang ada dan jenis senaman yang sesuai. Ak dah mula berjogging 2 minggu lps at least 3 kali seminggu (20-45 min slow jog) tapi disebabkan kekangan masa dan ketiadaan kawan yang boleh teman, jadi ak rasa jogging tak sesuai. Mungkin boleh jadikan 2 kali seminggu pada hujung minggu utk jogging. 

Exercise yang aku pilih kali ni fokus kepada kardio jugak macam sebelum ni tapi yang ni suggested by Kevin Zahri dengan sedikit modifikasi Tabata Workout. Fokus senaman adalah seluruh badan. 

Setiap cycle: 8 steps (boleh je stp cycle tu nak buat repeatition yang sama atau steps yang berlainan) setiap cycle rest for 1-2 mins before continue next cycle

Setiap set: 20 saat
Rehat antara set: 10 saat

Suggestion steps:
1) Jumping jacks
2) Steps ups
3) Push ups
4) Triceps dips
5) Squats
6) Lunges
7) Butt kicks
8) Russian Twists
9) Crunches
10) Planks
11) Scissors kicks
12) Jumping rope
13) Mummy kicks
14) Downward Dogs
15) Sit ups
16) Burpees
17) Mountain Climbing
18) Upper body circling (front)
19) Upper body circling (reverse)
20) Bridges
21) Side lunges
22) Close feet squats
23) leg lifts
24) Skating

And then, continue buat lifting guna dumbell 2-3 lbs untuk toning hand muscle. 

Cukup la 20-40 mins senaman. Peluh yang keluar tu jadi kepuasan and rasa badan sangay ringan.

Video utk time interval steps kat atas





Ni video untuk lifting.

And ni bonus utk para pembaca, dpt dengar and lihat aku bebel padal exercise and so on



Bagi yang baru buat cardio exercise ni mgkin sedikit penat and muscle sore, jgn stop dan teruskan bru bagi impak. Kowg akan rasa bdn kowg fit, tak delah picit2 lembik sana sini, hehhee.

Actually jangan push to the limit tau, tau had keupayaan bdn. Exercise meant to be fun bukan stress. Brisk walking pon dikira excercise. Naik tangga dan park kereta jauh2 pun salah satu exercise. Yang pntg fun and keep fit, tau. Tapi jgn la lps tu menta darah. Ad masa leh reward diri dengan makanan yang best2 dan high kalori.

Ok, stay healthy and keep fit!

Thursday, October 13, 2016

On paper vs reality

Assalammualaikum and Happy lunch, peeps!

Bagi guru2 PT3 di luar sana mungkin sekarang tengah sibuk and pening kepala dengan soalan2 PT3 kan especially utk Sains dan Matematik. Ruangan Whatsapp tutor2 utk hari selasa dan rabu busy dengan perbincangan terkini pasal soalan2 keluar. Macam aku, aku kurang ambil port, just skroll gak apa soalan yang keluar yang boleh aku jadikan rujukan utk pengajaran tahun depan. Memand dah jadi kebiasaan masa belajar dulu pun lps exam aku tak suka bincang2 jawapan, bukan boleh ubah pun kan. Usaha dah pun dibuat dalam tahap yang baik, seterusnya perlu tawakal.

Memandangkan tutor2 pun boleh pecah kepala  fikirkan penyelesaian, apatah lagi pelajar2 PT3. Tutor pecah kepala bukan sebab tak boleh jawab tapi tak tahu nak terangkan dalam bentuk mudah utk tahap2 PT3 tu. Kadang terpikir jugak aku apa relevennya soalan tu kalau skop pengajaran tingkatan 1-3 kan dah ditetapkan. Tu masalahnya kalau penetapan sistem dan perlaksanaan pembelajaran tak seiring. Kesian pelajar jadi mangsa ketidakberhasilan sistem yang dilaksanakan, guru2 pun turut terbeban. Hurm, apa2 nak bising2 sangat pun tak berhasil, terpaksa adaptasi la dengan keadaan. 

Dah jangan stress2, tak elok utk kesihatan dan emosi. Jom chill2 dengan screenshot kat bawah ni:
Ni antara soalan yang give headache tutor


Maka tutor2 pun bertungkus lumus menjawab soalan yang difikirkan jawapan nya releven


Cuba dan terus mencuba pelbagai kaedah yang mudah difahami oleh pelajar..

Terus buat troll whatsapp mcm ni bile semua dah pening😂😂😂

Kan senang tanya terus!

Soalan on paper vs reality..pelik2 dan menyusahkan macam sistem jugak lahaiii

How I see things

I took another test on FB apps and see the result below:






Couldnt agree more, almost says about myself!

Just for fun


Wednesday, October 12, 2016

I Miss Her

I hate counting days,
Especially when it comes to memories that I cherished,
And hope not to be forgotten,
Although in 1, 10 or 100 years,
I really wish it stays my mind collection,

Roughly,
It has been almost 9 months my mom had left us,
And that 9 months I struggled to adapt life without her by keep myself busy,
But I keep on missing her,
Miss her presence,
Miss her her touch,
Miss her nagging and bragging about something,
Miss to pull her white hairs and armpit hairs, give her massage, trim her nails, put oilment on her skin, rubbing her hand, 
Miss her voice, her greetings, her long messages,
Miss her recital Al-Quran every Suboh while I was half awake sleeping in the dining hall,
Miss her cooking,
Gosh.. I miss everything about her

I wish in my prayer that I could meet her at least in my dream,
But she never appear,
Because I know if Allah granted my wish,
I will asked for more,
And my mom would feel sad about it too
Pictures and videos are the only visuals that I had to cater my longing for her.

I know the look from my uncles and aunties when they sneeking looked at me,
How they really want me to be around for the family events,
How dissapointed they are when I cant stay any longer for the event, 
Because they really missed my mom too,
I have my mom's look and almost inherited her genes including her character,
I am her junior is all I can say.

I know I cant bragging about how I've been missing my mom, 
I should be thinking my dad's feeling too,
I must stay strong for him,
That's the way will make him moved on and adapt his life without the woman he loves the most, 
He's the one who felt lost the most,
He's the one need to have the most attention this time.
Though our cares towards him cant be compare to my mom,
But at least, he doesnt feel alone without her woman.

This past few weeks,
I always seek for dishes that my mom cooked,
I missed someone cook for me,
Thus, I would feel happy if someone would iffer their homemade cooking for me,
It is not about how the food taste but how the love they put while making food to others,
Make the taste the best,
Mom's cook always the best though!


Me and my late mom
Al-fatihah!

Please, appreciate the moments with your parent and your loved one while they still alive. We dont know when they will be gone. Always be generous to apologize and give forgiveness, dont wait! Afraid that when you realized it's already late for those and you cant bare the regret the rest of your life. Because feeling lost is already unbearable, cant imagine of those regret! 

Urgent meet Up

One thing I love staying in Serdang because it is centre of everything especially when it comes on gathering with your favourite people, an unplanned ad hoc meet up!


I introduced you with some of my favourite people in my life mainly my study journey in UPM. Some of them have completed their masters, some of the almost completed their phD and some of them already qualified to call them "Dr"! There were ups and downs when it came to complete our studies. All of us have face them, and only our circling knew what difficulties we have fought! 

Although it was a very short meet up, a lot of thing and topics we have talked about like the old days. Though every one seems to have different path, we still stayed the same like our youth age. There were so much fun to have this meet up. Actually, we are celebrating our welcoming home party for Elisa (sitting next to blue hijjab lady in the picture), she already completed her doctorate study in Japan and will be flying to Japan back in one week later to continue her postgraduates study for 6 months and Tina (another person who held the cup cakes box) who was a birthday girl in that day. The gathering took place at our favourite dine restaurant, where we would have dine in once a week during our old days, Wong Solo!

There was a moment when we had a chat that reach to the point about life is short. This past few months, we already lost 3 friends that we knew during our degree. Although, we are not closed but we can felt the lost too. It reminded us we are close to dying. So, we need to spend our time wisely. Do what you wanted to do in your life less worrying about what's keeping you stop start doing it, but please make sure that it was worthwhile, so that if we died, we died virtuosly (devout by the name of Allah). 


And here, one of my crime partner to kill time already has kid and one is coming all the way to be born. These favourite and handsome two heroes (Aqil and Hariz) are the prove that woman are strong while studying they still can take care of their children and family. Our second generations will continue our legacy.

Ok, be alive and stay healthy!

Random Morning Greeting Video

Assalammualaikum and Good days, peeps!

Seperti biasa dah menjadi rutin harian mesti nak selfie sebelum sampai tmpt keje depan kamera fon masa memandu utk cek penampilan supaya lebih konfiden dan tampil kemas terutama depan budak-budak. Kalau nak tahu, budak-budak lagi pandai pilih, nak cikgu yang cantik dan comel tau, bukan remaja atau org dewasa jek tau memilih. Lebih2 lagi, budak2 jujur, kalau cantik dowg kata cantik la ko and budak2 ni cepat bosan, so penampilan harian ko pon xboleh sama je. Maksudnya, sehari pakai tudung bawal, hari lain pakai tudung shawl, pastu tdg loose style and the list going on and on.

Apa2 pon dalam etika berketrampilan,  konfiden diri adalah aspek plg penting yang melengkapkan keseluruhan persembahan diri ko depan orang lain terutaman pada perempuan. Seperti kecantikan, konfiden juga adalah subjektif pada perempuan umpamanya, konfiden itu dilihat dari sudut pemakaian, solekan, cara bercakap, berjalan and so on. Tapi macam aku lihat konfiden itu dari aspek yang menyeluruh. Dalam bahasa mudah, orang yang happy and sentiasa positif adalah orang yang konfiden.


Macam ni pon dikira konfiden, sebab rasa diri comel je. Patut budak2 suka (nampak tak ciri2 konfiden di situ)


Ni senonoh dan matang sikit. Matang ke?

Jadi, kesimpulannya apa jua pemakaian yang kita pakai haruslah kalau boleh pertimbangkan mengikut agenda yang bersesuaian dan tanamkan konfiden dalam diri untuk mendapatkan pakej yang lengkap dalam berketrampilan. Aspek dari saiz yang bersesuaian, warna dan tema tu pon salah satu faktor yang meningkatkan konfiden diri. Macam mana nak build konfiden diri paling praktikal selalu tgk cermin, say " i am beautiful", "i am sweet", "i am brave" and seangkatan dgnnya. Minda kita secara tidak langsung memberi respons utk bdan kita bertindakbalas dengan ransangan tadi. Itu magik yang ramai orang tak tahu. Trust me, it works. Tapi kalau tak berkesan maksudnya, kowg sendiri tak yakin dengan kelebihan yang kowg ada sebab kowg selalu terikat dengan pandangan orang lain terhadap kowg. Give a damn about it, please! Kita tak boleh memuaskan pandangan semua orang. Orang akan terus kritik apa jua yang ko buat (this kind of people biasanya insecure dgn semua benda, so sila abaikan mereka dengan masalah mereka).

Okay memandangkan kowg baca entri line by line sampai habis, aku ada hadiah utk kowg! 

Tara..nah video khas utk pembaca2 misteri entri aku! Amaran keras, sila sediakan plastik atau mangkuk untuk muntah. Have a nice day, peeps!


Sunday, October 9, 2016

What is your Harry Potter Personality type?

There are a few childhood and teenage memories recollection which I cant still moved on like Harry Potter, LOTR, Naruto, One Piece, Shield 46, Slamdunk and plenty more pages to write down. You can say that i love fiction stories, because i love imagine things beyond. 

Though many books, comics and CDs of my childhood collection lost in track due to frequently of moving things around and being ambushed by my cousin who had same interest, but they still intact in my memory lane. Those good time 😍😍😄..

I took an apps test about my harry potter personality abd this is the result..


Yeah absolute true!
When i read the novem and watched the movie, i saw me in hers.


Definitely a Grffindor!!

Ok have to move on !! Heheh

Friday, October 7, 2016

Me defined Perception

Previous entry, I said that the difficult task was remembering the kids name. Today, I deserved compliments that I can called all the kids' names. Not quite a great achievement but other teacher need a  fews to remember their names. I've been given trust to take care a lots of stuff as well for time management for this kids. 



As a phD background, working partime in that kindergarten there will be expected to have a social gap between the teachers and me which I found it really disturbing. Thus, I am the one who need the break the barrier. What I did was I casually getting involved in their discussions. I need a healthy working station and today, we can getting along quite well. 

See, it is you to decide what kind of environment you need in your life living with others. This is what we called perception, it always different among people depends on how the see things to fit their needs or preferences. Which mean, if you find your work is boring and stressful, that coming from how you see things around you that did not fit your need. 

Let's make a better life! Change for better, it is you the pilot of your life journey, dont let others lead instead. You are the main character of your life story, not them!

Yehaaaaaa!! 

Tuesday, October 4, 2016

Di luar Comfort Zone: Aku Guru Taska

Hari ni hari pertama aku sebagai guru taska sambilan dari 7.30 pagi-1ptg di Taska De Sayang, Presint 3, Blok E12, Kementerian Kesihatan Malaysia. Salah satu antara yang aku buat di luar comfort zone aku sepanjang hidup aku. Satu pengalaman baru walaupun sebelum ni aku ada pengalaman babysitting baby and budak2 yang ada pertalian darah dengan aku since aku sekolah menengah rendah lagi. Bukan babysit jek, nursing orang tua pun ada pengalaman. Sebab tu aku pernah cakap, umur bukan ukuran pengalaman yang kowg ada. Thanks to my late mom and my parent, i had this kind of experiences. Mereka didik aku bukan dengan kemewahan, mereka ajarkan "you want something, you need to earn it"!

Mana2 kerja mesti ada risiko, lebih2 lagi bila melibatkan anak2 kecil. Tapi peluang kerja tu aku tak terima bulat2. Penting utk aku kaji dahulu latar belakang taska yang akan aku berkhidmat. Alhamdulillah, taska ni dapat feedback positif daripada parents and antara yang jadi priority list bakal2 parent yang nak hantar anak2 mereka. Kebanyakan anak2 yang dihantar oleh parent pagi td boleh nampak keserasian mereka dengan guru2 kat taska ni.

Aku ditugaskan bagi peringkat umur 1-2 tahun (toddler) seramai 32 orang bersama 3 orang guru taska sepenuh masa yang lain. So hari pertama aku perlu observe, learn and do the chores accordingly. Tak susah sangat since yang ada ramai guru taska yang berpengalaman. They know to handle the kids and the kids respect them well. Hanya ada a few yang nakal2 sikit but manageable. Seriously, setakat hari first ni tak  tense langsung and aku rasa fun handling kids ni. Kalau ko pandai handle dowg, u earned their trust and respect. Aturan kerja pun tak susah: sorting out barang2 kids from their bags, entertaining them for some activities, change diapers, singing, feeds them and put them on sleeping. Just give the instruction and they will independently did those. Well behaved sangat.

Scene lps semua kids dah diberi makan tengah hari seawal 11 lebih tengahari and put them to sleep, then dah boleh relax! 

Based on previous experience, I know to treat kids tapi aku tak nak get attached sangat this time around sebab ye la aku temporary jek.  Nanti bila kids dah selesa ngan aku,  aku berhenti berkhidmat, kesian kat kids tu and diri sendiri. This morning, without effort utk tarik perhatian kids pon, aku dah di kelilingi oleh a few kids. They all behave and manja plus cute sgt! Kids can see the aura the adults have for them to get to you.


Ni yang tidur tu nama dia Afif, dia orang pertama yang cuba grab my attention towards him, manja suka duduk kat pangku ak jek. Since dia comel sangat,  suka layan dia cakap walupun kdg2 tak paham sbb dia cakap tergagap2, sama ada nervous ngan teacher dia atau byk sgt makan pulut (teringat my friend punya statement). Kat taska tu ramai boys, ramai yang hensem2 plak tu, ni salah satunyer. Untung jadi guru taska ni 😅. Terus doa jika diizinkan Allah bertemu zaujah (my other half) kat dunia ni nak nisbah anak lelaki ramai dari perempuan, anak sulung lelaki insha allah rupa dan peribadi penyejuk mata dan hati. 😊

Task paling susah setakat ni adalah kena ingat nama kids. Tapi since mmg ak dah biasa suka ingat nama students dalam kelas, so this is like 'kacang'. Give me seminggu je, insha allah i will remember them.

Dalam pemerhatian aku, ketegasan dan penyayang adalah sifat yang paling utama kena ada pada guru taska atau mana2 pendidik selain sifat tanggungjawab. Dalam usia inilah mudah untuk mendidik untuk pendedahan pada kids tu yang mana boleh dan tak patut buat. Tak semestinya perlu bersuara tinggi, bernada lembut namun ada ketegasan. Banyak yang aku perlu belajar lagi dalam hal mendidik ni daripada orang2 yang berpengalaman dan harus disesuaikan mengikut keadaan.

Setakat ini yang dulu yang dapat aku kongsikan bg pengalaman di luar comfort zone aku sebagai Guru taska sambilan!

Dear peepers nampak tak aura pendidik kat situ? 

Salam, sekian!

Saturday, October 1, 2016

People These Days



People these days,
Sanggup jadi hamba duit,
Sibuk cari kekayaan bekalan sementara sedangkan bekalan yang pasti??


People these days,
Nasib orang yang malang seringkali dijadikan tontonan semata2 bg golongan orang bukan malang, 
Sebagai kebanggaan bahawa mereka lebih bernasib baik dan untuk diperkecil2 kan?


People these days,
Beramal perlukan bukti,
Bukan kah kita diajar buat sesuatu mesti ikhlas?


People these days,
Yang susah semakin ditindas,
Mana letaknya perikemanusian?


People these days,
Liputan melebihi huluran bantuan?


People these days,
Lebih mementingkan hal2 yang tak penting berbanding yang berkepentingan?


People these days,
Suka lakukan kerja yang sia-sia berbanding yang berkeuntungan?


People these days,
Menyanjungi orang yang menikam dia dari belakang?

People these days,
Sentiasa mengambil langkah berjaga- jaga dan mencegah sedangkan bahayanya sudah pasti di depan mata?


People these days,
Sentiasa tidak merasa cukup,
Mana perginya sifat syukur itu?


People these days,
Sentiasa jadikan tahap pendidikan sebagai kayu ukur,
Lantaran dimomokkan jadi jaminan masa depan yang cerah?
Apakah nilai ilmu itu pada buku semata kalau darjatnya letak di kaki?


People these days,
Membantu hanya perlukan tekan "like" dan "😊" sahaja.
Pikirnya pengganti pahala?


People these days,
Buat tanpa guna akal,
Sebab otak di 'brainwashed' atau 'brain washed'? 


People these days,
Kronologi sesuatu peristiswa sering disalah tafsir disebabkan sudut pandangan penceritaan berlainan?


People these days,
Banyak yang dibicarakan lebih sampah dari yang diterima pakai,
Malangnya tempat pelupusan sampah dah hampir pupus, ptt la sampah makin bermaharajalela?


People these days,
Teknologi maju ke depan,
Tamadun mengundur ke belakang,
Bila sesuatu perhubungan retak,
Jari ditundingkan ke arah lain,
Kalaulah kita sedar kita penyebabnya,
Sebab apa?
Jadi hamba teknologi!