Thursday, November 1, 2012

Selamat Hadir, Cinta Baru!

Assalammualaikum dan Salamat menemui cinta, peeps!

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha/Haji/Qurban" kepada semua umat Islam di dunia. Dulu masa kat sekolah aku belajar pengertian Qurban bererti menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada TERNAKAN yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr/Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrud kepada Allah (amek ko ayat buku terus aku bagi).

Mesti masa kowg baca tajuk entri kowg cakap aku ni playgirl kan! Don't judge the blogger by it's entry (hiks). Seumur hidup, aku tak pernah permainkan hati-hati lelaki walaupun wanita, oopss! Kalau tak nak lebih-lebih dalam satu perhubungan, aku shoot terus terang say that, "I'm waiting for the true owner of my ribs, if it is confirmed you are the owner of my ribs, get my approval from my parent, supaya aku halal untuk mu"(sebagai contoh je setelah aku olah2 sikit typikal ayat aku). Haha, ada bran cakap camtuh


Sebenarnya memang aku temui cinta baru aku. It happens last week masa aku dapat last minute call tolong ganti ngajar kat tempat tusyen di Kajang. Tak payah nak buat muka terkejut sangat okay. Yup, aku adalah guru tusyen dan private tutor juga (partime je, cari duit lebih, student kan). Then, before masuk kelas, aku terserempak ngan dua lelaki kitten yang super cute tengah main kat pintu masuk tempat tusyen aku tuh. Walaupun tengah kejar masa tapi sempat lagi aku belek kitten tuh. Kepantangan sungguh aku kalau tengok benda-benda cute ni. Saja je 2 kitten tu menggoda aku untuk touch dowg, suka la tuh! Lately ni memang aku pantang tengok kucing sbb masih berkira-kira nak membela dowg kat bilik aku di kolej yang super kecik, kata bilik bujang.

Then, after tusyen tengok2 da same 2 little kittens men kat area kereta Mr. G parking. Memandangkan ada 2 ekor, masing-masing terkam sowg satu, x pyh nak berebut. Pastu datang idea gila Mr. G, dia suruh adopt dowg 2-2 ekor skali. Aku ingat dia yang nak adopt sebab kucing dia si Yam dah beralih tuan (hehehhe-gelak evil). Rupa-rupanya dia swuh aku jaga sebab aku pun kan tengah usha2 kucing gak. Pelik, anak kucing yang cute camtuh pon tak bertuan? Bulu die fluffy cam harimau belang siberia yang kelabu putih tu, plus bersih dan tak berbau. Memandangkan kriteria sudah memadai sekadar dowg bersih, kteowg dengan excited kidnap dowg masuk dalam kereta. Kteowg assume yang dowg ni tak bertuan sbb Mr. G cakap dia selalu nampak dowg merayau, main2 kat area tu. So, x salah la kteowg adopt dia kan (sambil angguk2 tanda setuju)!

Punyalah excited kan sampai aku tak terfikir consequences aku jaga dowg dengan tidak berbekalkan pengalaman jaga kucing di dalam bilik sekangkang kera itu, tanpa apa-apa persediaan peralatan dan makanan dowg like cage and sand crystal. Belum kira lagi dari segi persediaan mental menjaga 2 mahluk yang bakal menjadi peneman setia aku di kala senang or susah. Tu yang dikatakan jodoh, it happens in a speed of light. Belum sempat aku nak letakkan nama untuk bebudak ni stripey ke, streakey ke (sbb fur dowg stripes), Mr. G lebih pantas memanggil mereka Joshua and Dottie since dowg sepasang jantan betina sempena nickname nama kereta kteowg. Pasrah jek la sbb dia pon ada share in kidnapping those little kittens. But seem they like their names, so stick with that.

Tiba jek di kolej mulalah misi mencari makanan kucing. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sebab floormates kebanyakan memang suka kucing. So, dowg mmg dah ada makanan spare to feed the kucing 'gelendangan' yang datang kat floor ktewog. Ada jugak member memang adopt 4 anak kucing same age like Joshua  and Dottie species bulu panjang. Mereka sangat membantu dalam penjagaan dan pendapat untuk urusan2 adopt kucing ni. Excited punya pasal sampai Mr. G called 6 times pun tak perasan, al-maklumlah  mode silent kan. Daripada orang tak tahu aku baru adopt kucing malam tuh, semua member2 aku jadi tahu gara-gara Mr.G la ni oleh sebab dia tak dpr reached aku by my phone, dia contact insan sejagat yang rapat ngan aku. Spoilt the suprise tul la pakcik ni. Risau sangat kalau aku tak handle dowg la tuh. "Ni M la" :p 

Dipendekkan cerita, bermulalah kehidupan aku bersama 2 Cinta Baru yang baru hadir dalam hidup aku pada 10 lebih, 22hb Oct 2012. "Selamat hadir Cinta Baru, Joshua dan Dottie"(leh wat telemovie kalau ada yang nak sponsor, contact me, okay). Ingat senang ke nak jaga 2 little kittens ni. Kena jaga and belai mcm anak kembar tahu. Luckily, aku dan biasa jaga sepupu aku yang kecik-kecik since aku menengah rendah lagi. So, should not be a problem to handle and manage both of them. Bezanya, kehendak baby lebih senang difahami compare dengan kehendak anak kucing sebab aku adalah manusia, so aku paham body language and gestures manusia. And of course pengalaman dulu dan baru mengajar kita sesuatu. Dalam hidup we can't stop learning, indeed! Stop learning means you stop growing!

Pada awalnya memang agak sukar la sebab dulu aku dah biasa uruskan diri aku je dan tentunya mudah untuk uruskan diri sendiri. Kini, once u have adopted those kittens meaning tanggungjawab and komitmen pon dah berubah, need a huge adjustment on that. Memandangkan aku prefer dowg freely moved tanpa cage, so memang konfem la time kowg tidur akan terganggu sedikit sebab ada yang menjilat and cium ko waktu tidur dan bunyi barang2 kowg jatuh. Tu yang kowg perlu adjust susun atur barang2 kowg that fit your and their NEEDS and SAFETY.


Here, I am proudly introduced you my new loves, Joshua and Dottie!

Dottie (the upper one), at first was mistakenly taken as a male. Ciri-ciri:
1) Sangat aktif dan takut dengan orang
2) Kalau dia dah selesa dia sangat manja. Suka tidur atas katil pada waktu tengahari and malam. Suka mengigit, cium and patchy aku.
3) Playful
4) Independent and suka beralah dengan Joshua dari segi berebut makanan
5) Belum pandai mengiau
6) Bahaya kalau terlepas keluar sebab dia akan lari and sprint selaju-lajunya (semput woo nak kejar dia)
7) Bersaiz kecil berbanding Joshua dan bulu dia lebih pendek sedikit. Stripe hitam dia kelihatan obvious
8) Lebih dengar kata when I said "NO"

Joshua (the below one), at first was mistakenly taken as female. Ciri-ciri:
1) Super manja and tak takut dengan orang. Bahaya sikit kalau biarkan dia sowg2, semua orang dia nak ikut. Kena kasi ajaran "Don't talk and follow the stranger"
2) Act like a Diva sikit. Born to be a model kot, jalan pon ada style.
3) Pada awalnya tak reti nak main ngan permainan but now much better
4) Independent tapi inginkan perhatian lebih
5) Lebih dominan mungkin disebabkan saiznya yang agak besar compare to Dottie and bulunya lebih panjang dan halus berbanding Dottie. Stripes hitam tak berapa obvious, thus gray color take over the appearance.
6) Very protective and sayang kat Dottie. Manly sangat la tuh
7) Pandai mengiau tapi agak sumbang bunyinya.
8) Pandai follow owner dia kalau dibiarkan keluar dari bilik.
9) Kurang dengar kata when I said "No". Bak kata Mr. G, suka buat muka sardin kalau marah dia. But now, dah trained dia, dia paham sign kita says NO tu.

Aksi-aksi camera-whore budak-budak ni:

 Personal Picture Joshua jek yang berjaya capture sebab Dottie tak reti duk diam. Huhu. Ada gaya bajet Diva kan..kan..

 Aksi tidur dowg yang terlampau like owner dia jugak. Haru tapi maintain cute!

Sempat bersama 3 hari bersama mereka sebelum wat penyerahan hak milik sementara kepada Mr. G untuk jadi uncle dowg sempena Hari Raya Aidiladha. Aku balik raya naik bus sebab dah kena pangkah ngan my daddy, kalau drive sowg balik naik bus. Haha, kantoi sebab daughter dia drift dari KL ke JB took only 2 hrs and 15 min ngan Viva Elite. Kowg boleh buat? Pets are not allowed naik bus

Walaupun baru bersama 3 hari, sedih nak berpisah dia dasat wooo, mcm nak berpisah ngan family masa nak g boarding skool masa form 4 dulu pon tak mcam ni penangan dia. Hanya Allah tahu kesedihan and kerinduan yang tak tertanggung kat bebudak tu. Tatap gambar hanya dapat merubat kerinduan sementara saja.2 hari sekali je leh tepon Mr.G tanya pasal dowg (bukan sebab aku rindu kat Mr. G okay. Sikit tu adalah :p) Tapi tepon pon, bukan leh cakap kat dowg pun, But at least tau la perkembangan dowg. Ntah2 dowg bukan rindu kat aku pon. Pang!! Tak la membantu sangat pun method menelefon untuk merubat kerinduan aku kat dowg. Hiks!

<Menghitung hari saat-saat nak amek dowg balik>

"Sesungguhnya jodoh pertemuan itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Perasaan cinta, kasih sayang dan rindu juga adalah nikmat yang Allah semaikan antara hamba-hambanNya dengan mahluk-mahlukNya yang lain. Tetapi perasaan cinta, kasih sayang dan kerinduan yang lebih hakiki adalah terhadap Allah. Bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah dan sentiasalah berbuat baik kepada sesama manusia dan mahluk-mahluk yang lain kerana mereka yang menerima kebaikan daripada kita akan mendoakan kita. Setiap kebaikan ada balasan daripada Allah"

Sekian. Happy and peace, mahluk-mahluk sekalian!

Note: Actually entri ni dah lama dalam draft aku since last sunday, 28 Oct 2012. Baru je kemaskini kan.

No comments:

Post a Comment