Sunday, November 18, 2012

4-hrs reporter @ Larian Jom Kitar Semula dan Habitat 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera all good citizens!

Hari ini, aku dengan sukarela menawarkan diri untuk jadi camera-girl+reporter Mr. G and member aku, Wan join Larian Jom Kitar Semula dan Habitat (LJKSH) 2012 di Putrajaya. Tak pernah dengar? Memandangkan aku dah re-charged balik energy, aku dengan baik hati menaip info serba sikit pasal  LJKSH ni (macam aku pulak kan yang lari, hahaha). 

Program ni dah jadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) bermula tahun 2011. Pada tahun ini, program ini akan diadakan di seluruh negeri (kecuali Perak, Selangor dan Pulau Pinang) secara serentak perlepasannya. Contohnya, sesiapa yang tinggal di Wilayah Persekutuan atau berhampiran akan mengambil tempat di Laman 1 Malaysia, Putrajaya. 

Bagi sesiapa yang kurang pasti, ini lah Laman 1 Malaysia, Putrajaya. And this is the starting point for this running event!

Program ni terbuka untuk semua warganegara Malaysia sahaja. Kalau berminat boleh la register secara online melalui www.ppsppa.gov.my atau walk-in jek kat semua Ibu Pejabat PPSPPA seluruh Malaysia. Syaratnya mudah dimana setiap penyertaan kena bersertakan barangan kitar semula beserta emel perakuan pendaftaran (yang kowg dah buat secara online tu) then, hantar je barang2 tu di Ibu Pejabat PPSPPA. Peringatan, jangan hantar last minute okay, konfem sesak (learn from experience, hehehe). Bagi yang blur2 barangan kitar semula yang leh hantar, here is a basic guidelines:

1) Surat Khabar (min 5 naskhah)
2) Botol Plastik bersama penutup, mana-mana saiz (min 10 botol)
3) Tetrapek/kotak minuman (min 10 botol)
4) Tin Aluminium (min 10 tin)

Kategori yang kowg leh join adalah seperti berikut:

A- Murid Sekolah Lelaki (7-12 tahun) jarak 3km
B- Murid Sekolah Perempuan (7-12 tahun) jarak 3km
C- Remaja Lelaki (13-18 tahun) jarak 5km
D- Remaja Perempuan (13-18 tahun) jarak 5km----> thought this category I should be in, hiks!
E- Lelaki Dewasa (19-39 tahun) jarak 10km---->Mr. G dan Wan join this category
F- Perempuan Dewasa (19-39 tahun) jarak 10km----->This category I should be join next year (IF, hehe)
G- Lelaki Veteran (>40 tahun) jarak 5km
H- Wanita Veteran (>40 tahun) jarak 5km----> Kalau join this category, confirm leh menang, hukhuk
I- Fun Run (terbuka)
J- VVIP (terbuka)

Hadiah akan diberikan pada pemenang berupa wang tunai (patut la tadi ramai budak2 beria-ria berlelah lari sebab nak menang duit, good motivation though). Bagi yang tak menang tu tak payah nak sedih sangat, kowg akan terima T-shirt dan sijil penyertaan (okay kan sebab penyertaan kowg pon free kan). Acara yang paling best ialah cabutan bertuah, grand prize dia berupa motosikal (untunglah bro cina tu, dengan anak buah dia dapat lucky draw). Bagi sesiapa yang tak ambil bahagian, kowg leh visit booth-booth yang dowg buka and kowg akan disajikan dengan persembahan nyanyian dari live-band. 

Okay, seterusnya biarlah gambar yang menceritakan situasinya:

Preparation untuk perlepasan serentak bg 9 lokasi untuk kategori C,D, E dan F.

Semangat tul mamat 2 orang ni dengar briefing dari juru acara. Aik, Wan (long sleeve tight biru) pakai baju terbalik. Fesyen baru ke Wan? hehehe

Dan MCnyer adalah FBI (abg botak atas stage tu). Masih memberi briefing kat peserta2 untuk masuk line.

Maskot LJKSH 2012 iaitu Mr and Mrs. Litterbug. Sangat chomel okay, jalan terkedek-kedek dengan bontot tertinggal kat belakang. Sure lemas orang yang pakai maskot tu kan

Krew-krew yang berbaju kuning gigih memantau dan membantu supaya acara berjalan dengan lancar. Patut aku join krew sekali


Perlepasan untuk kategori A dan B

Semangat ibu yang bawa 2 anak kecik dia patut dicontohi oleh parent lain untuk beri exposure tentang kesihatan pada kanak-kanak kecil sekalian

Perlepasan kategori VVIP

Di sini adalah finishing line larian dimana semua peserta kena tamatkan larian mengikut kategori masing-masing. Dalam masa 15 minit, peserta kategori Budak sekolah lelaki dan perempuan (3km) berjaya menamatkan larian masing-masing. Awesome!

Kagum dengan semangat dan pemfokusan adik-adik kita berlari, aku dulu kecik-kecik tak der pon nak join acara sebegini. Dulu-dulu, kurang acara-acara kesedaran seperti ni. Huhuhu

 Sudah banyak peserta yang berjaya ke finishing line. Still waiting for the Adult men and women category to finish their run, it's already 20 minutes passed.

Sementara menunggu Mr. G dan Wan tiba ke finishing line, aku sempat ushar dan interbiu sowg adik ni. Ingat dia join kategori budak sekolah tapi dia cakap, "tak cukup umur lagi la kak, saya baru sekolah tadika. Tunggu tahun depan, nanti akak tengok la saya naik stage amek hadiah!". Huiyo, goal dia punyalah jitu. Dia join kategori Fun Run, masih tunggu parent dia tamatkan larian. Biasalah, dik stamina orang-orang tua ni mencungap sikit. Hahaha

Finally, Mr. G completed his running within 45 minutes. Good accomplishment for his 2 days endurance training. Pancit katanya. Congratz, though! Sampai je ke finishing line terus cari toilet. Lolz!

Wan pulak berjaya completed his running 20 minutes after Mr. G. Aku bangga dengan semangat kowg berdua! Thumbs up ~_^

Selangor ni kecik jek kan. Boleh terjumpa pulak dengan senior UPM, Kak Ja and her officemates. Lepak lepas larian. 

Wan ditemuramah oleh reporter News at 8 channel 8TV. Glamor la Pak Wan kita :p

Some of the pictures of Mr. G after the running events while waiting for the call-ups for the winner of each category and the lucky draw. Fatigue and exhausted and yet satisfied after completed his running although he didn't manage to get in top 3 and win the lucky draw (target for next year ~_^). Proud of u! 

And here, some of Wan's action being captured. Congratulate to him too for his courage to join this programme!


And this entry was fully reported and images captured by: 
the owner of this zerohiddensoul blog
M

I hope that for the next year, I will be join them running and started to train myself for the long distance jogging. 

Okay peeps, stay healthy and fit!

Peace yah!

p/s: Tolong doakan kesejahteraan dan keselamatan sahabat-sahabat muslim kita di Gaza dari serangan zionis Israel. May Allah give them protection and blessings! Amin

No comments:

Post a Comment