Sunday, November 25, 2012

Is it a call?

Assalammualaikum dan selamat bermalas-malasan!

Memandangkan bulan ni adalah bulan bahasa, aku harap aku dapat mengemaskinikan sekurang-kurang satu entri aku tentang puisi sebagai sokongan and memertabatkan bahasa kita. In shaa Allah! Lama sungguh aku dah tinggalkan bab menghasilkan nukilan-nukilan untuk pemantapan bahasa Melayu aku yang diakui semakin tercemar keasliannya. Aku akan cuba sedaya upaya menghasilkan satu nukilan puisi tersebut sebelum tamat 30 nov ni. Kalau tak sempat, aku balun pantun 2 kerat pun okay kan, sebagai tanda sokongan aku untuk bulan bahasa ni. Fighting!

Hujung minggu ni aku banyak habiskan masa untuk preparation untuk mengajar kelas intensif matematik tingkatan 2 dan 4 yang start esok sampai 26 dec ni. Opss, kowg tak tahu ke aku ni partime tutor? Baru-baru ni student home tuition aku yang amek UPSR tahun ni call aku dia dapat 5A's. Suatu perasaan yang tak terungkap dengan kata-kata dan terpamerkan oleh perbuatan. Baru aku tahu perasaan cikgu-cikgu and ibu aku (yang merupakan cikgu tusyen juga) bila anak-anak didik dia berjaya! Well, congratulation to all students and teachers for all efforts you have put into this success. This is a beginning of following ups and downs in ur life, dear kids! Don't take it all for granted. Stay low and calm! 

Lepas aku penat mengadap bahan-bahan intensif kelas tu, aku ajak Joshua (kucing aku) kuar jalan-jalan naik kereta kasi rehat sikit mata aku ni. Sejak berlaku insiden kehilangan Joshua yang aku sendiri tak nak recall, aku makin care kat Joshua. Sesungguhnya perasaan kehilangan itu amat menyakitkan. Dan banyak pengajaran yang aku dapat dari insiden itu. Contohnya, kalau kita ditimpa musibah, make sure calm urself. Bila dah bertenang, then you can think and act wise and accordingly. Then, doa dan tawakal. Our prayer being heard. Emotional could bring you nowhere! 
Penghibur dikala senang atau susah, Joshua!

 Joshua yang egoistik! Rasa mcm nak lempang2 manja tau.

 Ni sape yang nak drive ni? 

Pandai pulak merajuk bila kena marah. Alololo, tomei! Oh, 1 more thing I discover pasal Joshua ni, dia lebih paham kalau kita speaking ngan dia. Haha, so funny!

And.... after the incident, I also realized something. Have you guys ever feel that there is one person that you to share your stories with either happy or sad (rather than family and BFFs)? Lately I realized that there is one person that 1st crossed in my mind when having a trouble (like a rescuer or life-saver la). Tapi yang bab sharing citer biasa bukan on the spot la, will be update later on ngan dia. Insiden kehilangan Joshua tu sebenarnya telah menjatuhkan ke'cool'an aku depan dia. Malu sangat okay! Aku bukan senang nak tacink2 ni especially depan lelaki. Ntah macamana, waktu call dia inform yang Joshua hilang, leh plak kantoi meleleh depan dia. Kalau la ada, alat yang boleh erase memory kan, aku nak erase memori time aku tepon dia sambil menangis. Boleh jek aku tahan tapi sebab kehilangan Joshua tu lebih memberi impact dramatik dia, so aku lost to hold the tears. Tetibe aku teringat tag-line dalam filem Pisau Cukur yang bunyi dia ala-ala cam ni la, " kat depan siapa lagi kita nak buat benda-benda bodoh selain depan orang yang kita sayang". Hahaha, sememangnya banyak benda-benda bodoh yang aku buat selalu kantoi depan dia. Hanya, Allah yang tahu betapa malunya aku terhadap dia. Tapi aku tetap kena maintain cool. Adoyaiiiii!!

Kadang-kadang datang naughty thought aku yang mungkin it is the call, and the call is him. I mean, what if dialah pemilik asal tulang rusuk aku? Hehehe, don't want to think further deep. All I know, he is a great friend. Jodoh tu datangnya tak disangka-sangka dan dengan orang yang kita sendiri pon tak sangka. Yang penting penemuan dan rasa cinta bila anda ditemukan dengan jodoh anda itu indah. Kalau dah jodoh, sepayah mana pon kita berlari dan nafikan, dia tetap datang menemui kita. Dan semudah manapun kita mengejar dan mengiakan, kalau dia bukan jodoh kita, ddie tetap bukan untuk kita. Semuanya telah Allah tetapkan. Just wait and pray for the best! 

"Sekiranya engkau telah menciptakan dia untukku dan imam kepadaku nanti, Engkau permudahkanlah jalan kami dan satukanlah hati kami. Semoga penyatuan hati kami membawa keberkatan dalam kehidupan kami. Sekiranya benar dia adalah pemilik asal tulang rusukku yang kau pinjamkan kepadaku, Engkau semaikanlah rasa cinta, rindu dan kasih sayang terhadap kami, Biarlah rasa cinta, rindu dan kasih sayang itu bersandarkan Engkau Ya Allah. Dan sesungguhnya, cinta, rindu dan kasih sayang terhadap Engkau jualah yang satu dan hakiki. Amin"

Stay peace and in love, peeps!

No comments:

Post a Comment