Wednesday, March 29, 2017

We Both Matured Within Time

Assalammualaikum and A very good evening, readers.

Hari ni berkesempatan jumpa seorang lagi sahabat masa degree dulu. Aku ni jenis mudah berkawan, maka masa degree dulu aku ada geng sesemak (lima orang perempuan) dan geng mixture (tiga perempuan dan tiga lelaki yang official). Walupun aku ada geng rapat bukan bermaksud aku tak bersosial dengan yang lain. Bagi aku istilah geng ni, bila ko buat aktiviti senang buat perancangan dengan dowg sebab sekepala walupun masih ketegaq, hahaha. Macam yang aku jumpa hari ni ialah geng mixture aku iaitu, Noor Halizam Mohd Noor dengan nama gelaran Zam Johor/Zam pendek disebabkan ada dua zam dalam course kteowg. Geng2 aku ni setakat gurau2 kasar atau sarkastik tak de masalah, no hard feeling. Dah nama pon geng kan. Setakat panggil Zam Pendek, dia ok jek tp tak sedap la kan sebab percakapan juga adalah doa sebab tu kena cakap benda2 yang baik.

Awal perkenalan dengan zam sebagai coursemate aku bukanlah sesuatu yang memberi good impression pada aku. Mamat ni agak poyo dan skema pada aku. Kalau dalam kelas, bila ada group presentation, adalah sangat tak best kalau dia angkat tangan untuk tanya soalan sebab maklumlah bila jd student ni tak suka nak renyah jawab soalan yang bombastik as long as dapat lepas markah assignment, setel. Mmg annoyed jugak bila nk menjawab soalan dia. Memang kepantangan aku kalau orang poyo tanya aku soalan pastu dia extendkan soalan lagi, maka aku dengan poyo jugak sahut servis lontaran soalan dia macam berbalas hantaran bola tangkis badminton. Oleh yang demikian, orang sering kaitkan kteowg as rival dan sampai satu tahap aku dan dia dikaitkan sebagai skandal disebabkan sering berbalah pendapat. Well, ajaibnya we end up as a good friend sebab perbalahan tu jugak yang menyebabkan aku mula kenali dia dan memahami disebalik kepoyoaan dia. At least he try to be himself and honest about everything. Degree ni adalah platform untuk dia tunjukkan apa yang dia boleh capai yang dimana sebelum ni dia tidak berpeluang, and he graduated dengan beberapa anugerah tertinggi semasa Majlis Konvokesyen UPM tahun 2009, I am proud of you bro.


Ni gambar dia dengan isteri dan puteri beliau semasa beliau terima anugerah khas PTD.Ingat tadi nak berwefie ngan dia takut timbul fitnah plak walupun as a good old time friend.

Tujuan ak berjumpa dengan zam ni adalah untuk bertanya sesuatu berkaitan dengan bidang tugas PTD. Thank you to him, banyak input yang aku dapat walupun dalam kekangan dan kesibukan masa beliau, dia sudi untuk jumpa dengan aku. That's what we called a true friend, walau dalam kesibukan masa dia adakan masa untuk kita juga.  Dia banyak tolong aku dan kawan aku waktu aku praktikal di MPOB Kluang since rumah dia berdekatan, so kenal jugak dengan parent and adik beradik dia. It was sad to hear, kakak dia yang pernah aku dtg rumah dia masa praktikal di Kluang telah kembali ke rahmatullah dua tahun yang lepas. Time flies fast.

Sepatutnya esok tp last minute dia dia lunch date hari ni sebab esok dia kerja di luar kawasan. Sepatutnya, aku puasa 1 Rejab hari ni tapi since dia tukar date hari ni, aku batalkan niat aku. Alangkah terkejutnya bila tiba ditempat yang dijanjikan dia kata dia puasa, it so kay for him if i have my lunch during our discussion. Awal2 lg aku dah rasa dia akan puasa sebab dia jenis faith man tapi since dia request mintak jumpa kat food court so aku ingat dia tak puasa, tapi aku silap sama sekali. Tu yang buat aku salute kat dia sebagai kawan aku. Aku yang rugi sebab tuang puasa 1 Rejab aku.

Memang lama kteowg tak bersua muka, hanya berWhatsapp bila berpeluang tu pon sangat jarang. So dia mmg terkejut bila jumpe aku tadi selama fizikal aku lain katenya and dia kata nampak pompuan sangat dah aku. Maklumlah dulu xsempat nk tunjuk pompuan dah kena masuk ladang pegang cangkul, legam kene terik matahari kan. Bertahun-tahun jugak la aku x bertemu ngan dia, even dia kahwin and housewarming pon x berkesempatan jumpa. Wife dia pon aku kenal masa degree dulu, budak UPM.  

Satu yang aku perasan both of us matang dengan peredaran masa, through different experiences sebab aku dan dia dalam bidang yang berlainan but we have mutual understandings in what happening around us in our life. Padahal dulu selalu berbeza pendapat tapi kini mencapai kata sepakat yang sama. Tak sangka sejam lebih tu pon tak cukup untuk kteowg berborak. I wish that in future we had time berkumpul semula dengan geng mixture yang lain bersama2 anak2, mesti seronok nak reminish zaman2 muda waktu degree dulu. Nasib baik tadi masing2 behave tak keluar perangai waktu degree dulu, ye la kata dah matang kan 😂. Anyway, zam tq for your time and I am still proud of you for what you already accomplished. No matter how different our path but we still had a same mission and vission towards the hereafter. Great job, bro!

No comments:

Post a Comment