Pernah kan dengar pepatah melayu, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Pepatah ni memang diguna pakai oleh orang-orang dulu ajar anak-anak untuk menabung. Mungkin sekarang amalan menabung ni semakin berkurangan dalam masyarakat kita kini memandangkan ibu bapa sekarang lebih suka buat simpanan secara online untuk anak-anak mereka dimana beberapa peratus daripada gaji bulanan mereka telah di'set' untuk simpanan bulanan dalam bank mereka.
Tetapi tidak dinafikan juga ada ibu bapa sekarang yang masih meneruskan amalan menabung dalam tabungan kepada anak-anak mereka, dan tindakan itu patut diberi pujian. Selain daripada melatih anak2 berjimat cermat, mereka juga diberi pendedahan untuk berdikari bagi mencapai kehendak material dan secara tidak langsung dapat mengeratkan perhubungan kekeluargaan melalui interaksi yang sihat diantara ibu bapa dan anak-anak melalui aktiviti sihat ini.
Beberapa bulan yang lepas, amalan menabung ni sangat terkesan dalam diri aku selepas seorang sahabat rapat aku berjaya memenuhkan peti harta karun beliau yang penuh dengan syiling.
Ya betul, aku tak tipu bila ak cakap pasal peti harta karun
Superb kan. Ni kalau Airis (anak buah aku) nampak syiling ni konfem dia ambil syiling tu masuk dlm tabung dia, hehehe.
Sahabat aku tu minta aku simpankan bg pihak dia since dia nak berpindah rumah dan tolong kirakan syiling tersebut utk ditunaikan di bank. Bagi aku ini sangat mengujakan sebab aku xde pengalaman tunaikan syiling di bank. Masa kecil pon syiling2 parent yang tukarkan, kadang2 tak penuh lagi pon dowg bagi tukaran wang kertas sendiri untuk aku beli keperluan yang aku nak. Lima minit terawal excited jugak aku nak mengira jumlah duit syiling tu, pastu aku terpikir mesti ada cara yang lebih mudah tanpa kira kesemua syiling tersebut untuk ditunaikan di bank.Aku googled di internet dan aku dapati ada mesin Coin Deposit Machine (CoDM) di bank-bank tertentu.
Memandangkan pengalaman aku mencari CoDM agak berliku disebabkan pengalaman yang pertama, maka di sini aku bagi sedikit bantuan untuk memudahkan kowg yang berhasrat nak tunaikan syiling tersebut:
Memandangkan pengalaman aku mencari CoDM agak berliku disebabkan pengalaman yang pertama, maka di sini aku bagi sedikit bantuan untuk memudahkan kowg yang berhasrat nak tunaikan syiling tersebut:
- Pastikan syiling tersebut telah diasingkan daripada benda-benda asing seperti klip kertas, butang-butang baju kerana bendasing ini dapat mengganggu keberkesanan mesin itu beroperasi). syiling matawang asing dan RM0.01 sekiranya dapat diasingkan adalah lebih baik walupun mesin ini mampu membuat pengasingan pengiraan syiling kowg.
- Pastikan lokasi CoDM yang berhampiran yang mana kowg ada akaun di bank tersebut sebab selepas tunaikan syiling di CoDM di bank tersebut kowg kena ke kaunter bank untuk serahkan resit yang tertera akaun bank kowg atau mana-mana akaun yang berdaftar di bank tersebut
- Datang awal yang mungkin mengikut masa operasi bank tersebut dan jika boleh hubungi bank cawangan tersebut untuk bertanyakan samada CoDM tersebut berfungsi atau tidak (pihak bank bergantung pada kapisiti syiling dengan jumlah tertentu dan kekurangan kepakaran 'maintenance' mesin tersebut)
- CoDM maybank diakui mempunyai servis yang baik dan memusakan terutama di cawangan Equine Park, Seri Kembangan Selangor
Kowg leh baca arahan yang tertera di mesin tersebut, tekan dan masukkan syiling kowg. Mesin ni akan kirakan amount syiling kowg and keluarkan resit. Resit tu kena serahkan di kaunter bank untuk ditunaikan dalam akaun bank kowg tu. Tunaikan dalam tempoh dua puluh empat jam ye
Tak sangka peti harta karun sahabat aku tu ada syiling yang berjumlah almost RM300 jugak la. Lepas duit untuk pergi beli tiket flight or travel atau duit belanja minyak or makan kan. Sebab tu aku nekad simpan duit syiling balance seharian yang ada kat purse aku tu dalam tabung. Semoga aku istiqmah
Hopefully entri ni dapat membantu kowg dalam memupuk amalan menabung dan proses bagaimana untuk tunaikan syiling kowg tu. Selamat beramal