Tuesday, December 22, 2015

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake


Assalammualaikum dan salam hari isnin, kesayangan!

Itu hari ada scroll FB ternampak pasal japanese cotton cheese cake. Tengok keseluruhan resepi agak mudah, memerlukan step yang biasa dalam baking walupun sedikit renyah. Lepas tu, weekend masuk Lavender IOI City Mall Putrajaya ternampak japanese cheese cake mmg Lavender buat packaging kecil2 for tester (RM2++) utk promosi kek mereka sempena hari Krismas. Kalau dah masuk kedai cake, x cukup syarat kalau ko  tak bantai beli sampai 2 items kan.  Maklumlah, aku pantang nampak cake or pastry dalam hati terkinja2 keriangan, tapi harus dijaga ketrampilan wanita sejati. Xpayah tunggu balik rumah, dalam kereta jugak aku dan member aku melantak cake dgn penuh kenikmatan. Teksturnya sangat fluffy penuh dengan rasa cheese. Maka dengan keazaman yang kuat, petang td jugak aku beli bahan2 cake. 


Credit resepi:Blog Cahaya Cinta Ku
dengan sedikit modification mengikut cita rasa aku


Bahan-bahan:

Bahan A
1) 300g cream cheese
2) 50 g mentega
3) 100ml fresh milk
4) 60 g tepung superfine diayak 
5) 20g tepung jagung diayak
6) 6 biji telur kuning gred B
7) 1/4 tsp garam
8) 2 tsb pati juice lemon

Bahan B
1) 6 biji telur putih
2) 1 tsb pati juice lemon
3) 140g gula castor

Cara-cara:
1) Campurkan cream cheese, mentega dan fresh milk dalam satu bekas. Panaskan ketiga2 campuran tersebut secara double boiler sehingga semua cair dan tidak bergintil. Biarkan sejuk 5 min.

2) Masukkan tepung superfine, kacau menggunakan sudip atau spatula sehingga sebati

3) Masukkan tepung jagung, kacau sehingga sebati

4) Masukkan garam dan pati lemon juice, kacau sehingga sebati 

Siap utk adunan 1

5) Dalam bekas lain yg kering, tiada minyak pukul putih telur dan pati juice lemon menggunakan mixer pada kelajuan sederhana. Step ini penting utk pastikan kegebuan cheese cake tu. *pastikan juga semasa pengasingan telur putih dan kuning tidak bercampur tau.

6) Pastikan mixer masih berputar dan naikkan pada kelajuan yg tinggi masukkan sedikit demi sedikit gula kastor sehingga adunan bertanduk atau 'soft peak' atau meringue.

Bagi yg tak tau bertanduk tu macam gambar kat atas ye. Bila kowg terbalik bekas dia melekat, tak jatuh. Siap adunan 2!

7) Campurkan adunan 1 td sedikit demi sedikit dalam adunan 2. Kacau sebati hanya menggunakan sudu atau spatula dengan lemah lembut utk elakkan angin hasil dr meringue td hilang, mengurangkan kegebuan tekstur cake nnti. 

8) Sediakan loyang baking berinci 8/9 yang telah disapukan dgn mentega pada dasar dan tepi dinding sebelum di letak kertas parchment paper dalam loyang tersebut

9) Kemudian, balut loyang tersebut dengan aluminium foil bg mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar. 

10) Panaskan oven selama 15 min pada suhu 160oC dan sediakan air panas yang betul2 panas dalam bekas yg lebih besar dari loyang 8 inch yg digunakan kerana pembakaran menggunan teknik bren marie/pengukusan. 

11) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam. 


12) Selepas 1 jam, biarkan cheese cake dalam oven selama 10 min dengan pintu oven dibukakan sedikit supaya adunan tidak terkejut dengan perubahan suhu drastik persekitan luar. 


Tara! Ini lah hasilnya. I am so happy for my first trial menjadi. Actually kalau tahu basic baking Insha Allah cuba resepi cake yang lain pon akan jadi for the first time. Gebu sangat!

Japanese cotton cheese cake ni mmg sedap makan macam tu jek tp kalau nk hias dengan topping coklat ganache, cream cheese atau blueberry and lain2 pon okay jek. Macam aku, aku buat topping blueberry jam ( tu jek yang ada) then layer dgn cream cheese topping and deco ngan strawberry (tu jugak yg ad, heheh) but seriously masuk jek combination tu. Manis and masam.

Bagi yang nak buat topping cream cheese tu leh la follow kat bawah ye:

Bahan-bahan:
1) 250g cream cheese
2) 120 g icing sugar
3) 1 tsb pati juice lemon

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dalam bekas dan kacau menggunankan mixer pada kelajuan sederhana. Siap, masukkan dalam piping bag atau gunakan spatula sapukan atas cheese cake tersebut.



Seperti biasa, aku potong siap2, deco and agihkan kat member2 aku utk rasa dan komen. 

Japanese cotton cheese cake ni sedap kalau makan sejuk2. So biarkan sejuk dalam fridge sebelum kowg ngap tau. Konfem terangkat!

Kalau aku sll tanya kalau aku baking sebab ada orang birthday ke, ad org order ke sbb dowg pelik aku beria deco siap ad belas, box berbagai. For kowg2 punya information, inilah kebahagiaan aku. I am happy when people eat my home made cook, pastry or cake. This is the way I spread my love and happiness! Tapi tu lah, aku ikut mood. Kalau dipaksa2, konfem  apa yg kita buat x menjadi. The secret beyond is sincerity! 

Selamat mencuba kowg!

No comments:

Post a Comment