Saturday, August 6, 2016

Hilangnya Permata Hati

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu, peeps!

Ada sesiapa rindu kita, senyum kambing sikit! Alhamdulillah, aku masih berpijak nyata di Bumi Allah sambil mengutip kekuatan2 yg ada untuk diri aku selepas pemergian ibunda tercinta selaku idola, bestfriend and kawan gaduh pada 5hb Jan 2016. Boleh dikatakan bukan permulaan tahun yang menggembirakan bagi keluarga kami. 

Kami redha dgn ketentuan yang Allah tetapkan untuk kami sekeluarga walaubagaimana sehingga kini masih lagi cuba utk mengadaptasikan diri dengan ketiadaan beliau. Kehilangan beliau memberi impak yg besar pada keluarga kami memandangkan beliaulah menjadi perancang, penggerak, dan penyeri agenda sama ada keluarga atau sahabat2 beliau. Khabar pemergian beliau diterima dgn respons yg mengejutkan di kalangan ahli keluarga mahupun sahabat handai memandangkan tiada khabar beliau sakit beberapa hari sebelum pemergian beliau. Oleh yang demikian, aku sebagai waris yg ada bersama beliau sebelum beliau dipengsankan dan dimasukkan ke dalam zon kecemasan, cuba mengumpulkan kekuatan bercerita kronologi akhir2 pemergian beliau. Bayangkan kalau 10 org bertanya, 10 org tu jugak la ko kene bercerita dr awal ke akhir. Dengan perasaan yg pedih akibat kehilangan dan ko kena flashback memori kesedihan tersebut seperti ko mainkan gulung2 gulungan filem dalam kepala otak ko reverse and forward utk bercerita merupakan satu torture pada diri ko. Satu yg ak boleh cakap, azab! Seharusnya, bagi yg menziarahi kematian tu eloklah bertanya kepada waris selepas waris dalam keadaan tenang dan stabil. 

Sesungguhnya perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan manusia. Pada hari2 akhir kematian beliau, kami adik beradik semua ada bersama beliau untuk meluangkan masa. Pada awalnya, since aku dan adik perempuan aku bukan tinggal dgn keluarga, kami pulang utk menyambut kelahiran cahaya mata kedua kakakku yang dijangka akan lahir pada 30 disember 2015. Puteri Ixora Qalisha lahir selepas beberapa hari pemergian arwah ibu. Alhamdulillah, dari pengurusan sehingga pengkebumian jenazah arwah ibu dan kelahiran Aura dipermudahkan. Arwah ibu disahkan meninggal di hospital disebabkan lemah otot jantung, bukti kekuasaan Allah. Jika Allah berkehendaki terjadi sesuatu, maka "Jadilah". 

Pemergian arwah ibu memberikan kesan yg mendalam pada hidup aku, cara pemikiran serta perlakuan aku. Cukup setakat aku berkongsi sampai di sini. Mungkin selebihnya akan aku kongsikan dalam bentuk fragmentasi mengikut kesesuaian entri aku. Mohon sedekahkan al-fatihan buat arwah ibuku, Norhayati Omar, semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg Allah kasihi dan dipelihara roh dan jasad beliau dr siksaan kubur dan api neraka serta tanpa dihisab. Amin, Al-fatihah! 


Pemergian arwah ibu sentiasa dirindui. Semoga Allah bertemukan kami di akhirat nanti!


No comments:

Post a Comment