Assalammualaikum and Hello, dear happy peeps!
Entri yang lepas dah beriltizam nak rajin-rajin update entri, tapi disebabkan kekangan keadaan lebih mudah untuk update status di IG walupun terpaksa tulis status panjang berjela. Mau muntah orang yang baca and jadi follower setia aku. Aku ada sebab untuk rajin update di IG, bukan disebabkan nak banyak 'likes' atau 'fame' tapi momento-momento, idea, pandangan pada kala aku update tu adalah antara sesuatu yang berharga dan bermakna untuk masa-masa lalu aku, seolah-olah macam diari aku (which i never had before) yang berbentuk 'timeline' hidup aku. Kadang-kadang bila aku baca balik status aku yang lepas, buat aku terfikir macam mana aku boleh buat ayat sedemikian, see tulah yang dikatakan eksklusif. Dan manalah tahu, satu hari, aku hilang ingatan, IG ni boleh membantu dalam mencari apa yang hilang dalam kotak fikiran aku yang sememangnya berharga pada aku as long as aku ingat password and username aku (have to jot them somewhere, haha). Kedengaran agak kelakar tapi ya, itu salah satu sebab kenapa ak selalu update status, hehehe. Expect for the worst adalah harus untuk survival hidup kowg tahu!
Lately, aku banyak sedar apa yang diomok2kan oleh ibu bapa kita dulu ada yang tak releven nak diguna pakai zaman sekarang. Contoh:
"belajar tinggi-tinggi, nanti senang dapat kerja"
Ramai graduan yang ada ijazah sarjana pon masih belum mendapat kerja belum lagi nak yang ada ijazah sarjana muda, diploma. Kalau dah bekerja pon rata-rata bukan dalam bidang yang mereka belajar sewaktu di kolej atau universiti, "dream job" apatah lagi. Persaingan dalam dunia perkerjaan kini sangat sengit menyebabkan kita tak boleh nak memilih untuk bekerja, Bagi kebanyakan graduan, dah dapat tawarn bekerja yang bukan pilihan mereka dikira bersyukur, situasi ini lama-kelamaan membawa kepada sifat kebergantungan yang tinggi pada pihak-pihak yang menawarkan peluang pekerjaan, padahal graduan-graduan ini mempunyai profil yang outstanding dari segi akademik dan penglibatan aktiviti pada peringkat dalam dan luar universiti mereka. Menampakkan mereka dimonopoli dan tiada kebebasan memilih. Rata-rata berpendapat sudah memadai bulan-bulan terima gaji berbanding kualiti pencapaian dan matlamat hidup mereka. Ini membuatkan aku fikir, sains dan teknologi maju ke depan tetapi mentaliti kebanyakan dari kita kebelakang disebabkan tekanan hidup sedemikian. Belum lagi, bila aku sentuh bab polisi yang ada dibuat bukan untuk memudahkan tapi menyusahkan orang awam.
Walupun dalam tekanan yang tinggi dalam hidup kini masih ramai juga yang mampu berdikari sendiri tanpa bergantung pada orang lain dan dalam masa yang sama tidak terlalu mengejar-ngejar kehendak duniawi, cukup apa yang mereka lalukan boleh memberikan kebahagian pada diri mereka dimana ini memberi satu inspirasi yang baru kepada aku, Mereka bukan kalangan tokoh-tokoh terkenal atau selebriti, hanya orang-orang biasa sekeliling kita yang cukup merendah diri dengan apa yang mereka capai berbekalkan semangat yang tinggi, tidak mudah berputus asa, sentiasa melakukan kebaikan walaupu kecil serta semestinya fikiran mereka adalah yang bukan-bukan biasa. Hatta mereka hanya memungut tin-tin atau botol-botol kosong saja untuk kelansungan hidup.
Kalau masa kecik cikgu tanya siapa sumber inspirasi, selain ibu bapa mesti ada jadikan tokoh dan selebriti terkenal sebagai sumber inspirasi, contoh macam aku dulu aku jadikan Albert Einsten sebagai idola aku. Tapi sayangnya tak cukup memberi kesan dalam kerana beliau wujud dalam model not in real life now. Aku perlukan seseorang yang nyata untuk di 'observe' lantaran untuk dijadikan sumber inspirasi, Macam manapun Eisten mempunyai fikiran yang unik, awesome dan berani terhadap teori-teori dalam perkembangan Sains. Bagi aku. lebih mudah untuk jadikan orang disekeliling kita sebagai sumber inspirasi yang boleh pengaruhi kehidupan kita ke tahap yang lebih baik. Konteks inpirasi tu bukan hanya menumpu pada insan itu secara menyeluruh, tapi kualiti apa yang seseorang itu ada contoh sifat berani mencuba, bangun semula walupun beberapa kali gagal mencapai sesuatu, berfikiran di luar kotak, dan lain-lain yang boleh dijadikan titik tolak untuk upgrade diri ko.
Jangan pandang rendah pada pada pakcik yang pungut kotak-kotak, tin-tin kosong untuk dijual, siapa tahu disebabkan kegigihan dia mencari bahan-bahan tu dalam tong sampah lalu mengasingkan sumber tersebut untuk dikitar semula selain mendapat wang yang dijadikan sebagai sumber rezeki beliau dan anak-anak beliau. Mungkin bagi kita tampak jijik dan kotor tapi disebabkan tindakan beliau selain kelansgungan hidup itulah mampu memelihara sumber-sumber semujadi kita.
"A simple act can make a tremendous impact on a person's life"
-anonymous-
Mungkin aku belum ada pencapain yang hebat dimata orang lain, tapi aku mahu jadi sumber inspirasi pada orang lain. "Inspired, be inspired!". Aku gembira bila ada students aku yang jadikan aku sebagai sumber inspirasi dowg. Sudah semestinya, aku suka berkongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup aku yang boleh jadikan inspirasi kepada mereka untuk masa depan. Tak kiralah apa jua taraf hidup, kedudukan kowg, jom gettting inspired and be inspired.
No comments:
Post a Comment