Wednesday, January 30, 2013

Joshua and his Hidden Talent #2 I am Vegetarian!

Assalammualaikum and happy summer day, peeps!

Satu petang, aku teringin nak makan meggie pizza extra vegie. Bosan sebab asyik makan benda yang sama. Nasib orang bujang duduk kat bilik kolej pulak tu, yang ada rice cooker tu pun kalau nak masak. So, petang tu aku beli la maggie, telur and sayur sawi 1 ikat. Bila aku sampai kat bilik, macam biasa Joshua akan tunggu aku, merengek-rengek minta keluar. Tapi bila dia nampak aku bawak plastik, dia stop merengek and hidu-hidu plastik tu. For your info, Joshua memang suka main plastik, pastu kalau pemegang plastik tu tersangkut kat leher dia, dia akan berlari dengan plastik tadi ikut terbang kat leher dia macam Superman. Macho la konon macam tuh!

OK, sambung. Apa yang memeranjatkan aku bila aku toleh kat Joshua, guess what, peeps? Dia tengah mengunyah sayur sawi yang aku beli mentah-mentah tu. Ayat yang pertama keluar dari mulut aku selepas rahang aku jatuh tengok Joshua ialah, "Whhhhhhhhhhhaaaatttt? Kucing makan sayur ker?". Aku pon tak kunyah sayur sawi yang pahit tu mentah-mentah. Dengan perasaan yang terkejut dan impressive terlebih, aku sua kan dia lagi ngan leafy part sayur sawi tu kat dia. Dia kunyah macam aku makan chewing gam. Slumber dunno relax dia kunyah. Sua punya sua kat dia, abes gak la dalam 6 sayur dia telan. Nasib baik aku sempat rekod sebagai bukti. 

So, aku capture video dia kunyah sayur tersebut dengan cool sebagai perangsang semangat budak-budak kecik, kakak-kakak, abang-abang, mak-mak dan bapak-bapak budak yang tak makan sayur. Kalau kucing boleh makan, tak kan kite yang manusia yang jauh lebih hebat ciptaannya tak boleh makan sayur. Fikir-fikirkan la!
 
Sila abaikan bunyi penata yang agak pelik itu. Sesungguhnya, tuan empunya diri juga tak sanggup mendengar suara pelik itu. Happy watching, peeps!

No comments:

Post a Comment