Friday, October 13, 2017

Travelog: Kota Kinabalu-Kundasang Trip

Assalammualaikum  and Selamat bercuti, geng!

Actually memang lama berkehendak nak share travelog ngan pembaca sekalian, tapi masa selalu mencemburui aku untuk menaip banyak. Travelog kali ni berjaya di update sebab ada geng dalam percutian kali ni yang a very detailed person, she's the one who did a well written draft vacation and booked all accommodations, May nama dia then dia swuh geng yang lain check and suggest to upgrade. 

As for me, ini adalah kali ke-3 aku kat KK dan trip kali ni adalah trip bersama Geng Lima Bunga without Dibah (May, Aku, Ina and Siti)yang juga merupakan tribute utk percutian yang pertama kami dalam Malaysia bersama-sama naik flight and mungkin yang terakhir sebelum beliau mendirikan rumah tangga Mac tahun depan, Insya Allah. Ini juga adalah pertama kali beliau bersua muka dengan tunang beliau pertama kali selepas bergelar tunang, "how sweet was that?" hehehe. 

Okay, I would like to make it simple and short about our trip itinerary:

9 Ogos 2017
1. Sampai kk (7.30pm)
2. Makan kt area todak (banyak gerai, harga lebih kurang sama. untuk masakan seafood dowg ok tp utk ikan mmg tak kena selera kami sangat)
3. Check in hotel iskandar (bersih dan selesa:4/5)
Seafood kat Todak ni murah. Tapi Lobster dia mahal sikit, nak murah area Tawau (jauh la).

Orang KK panggil sayap ayam madu ( kepak ayam), feymes kat sini.

10 Ogos 2017
1. Breakfast 7.30am
2. Bertolak ke jeti 8 a.m untuk ke pulau (3 pulau : manukan, memutik, sapi. Rekemen beli tiket kat kaunter 10-Island Hop Express. Kalau nak buat aktiviti lain spt Sea walking, zipline and so on survey terus kat kaunter2 yg ada sebab kat pulau nnti lagi mahal harga dowg offer)
3. Balik ke hotel (rest, solat zohor & asar)
4. Makan lokan bakar dan puding kelapa (ptg - if sempat bergantung pada waktu balik dari pulau)
5. Malam makan di rumah member 9 p.m
6. Balik ke hotel (rest, solat maghrib dan isyak)

Ada banyak kaunter untuk kowg pilih pakej Island hop nnti. For suggestion beli kat kaunter 10 tu (Island Hop Express) setakat kami survey tu yang paling baik harga dowg offer. 

1st Island Hop: Pulau Sapi. Laut dia memang cantik and jernih.

Agak disappointed jugak sebab coral and ikan dia dah tak cantik unlike tahun 2012 my last visit. Musnah sebab sea bleaching and barangkali sebab ramai sangat pengunjung kat tepi. But dont worry you can find the best coral view kat tengah2 sedikit, kalau leh snorkeling ke tengah tu berteman la ye atau upah guider.

 Sewa set snorkeling :RM15 bersama life jacket. So siapa yang tak reti berenang jangan risau, sure kan floating punya.

 Parasailing:RM 60/person leh dapat tapi kena berdua ye.

 M was here again! Pulau Mamutik ni la baru aku and Ina dapat tengok coral view cantik hasil kegigihan nak ke tengah sebab cuaca mendung and this is last island hopping kteowg

Our 2nd Island Hopping: Pulau Manukan. Kalau pandai snap shot mmg pulau ni leh dapat moments pic yang awesome.

Siapa yang minat travel tu mesti belajar sikit dapat snap shot yang menarik baru worthy percutian kowg tu. Penting travel buddy kena pandai shot pic okay!

Last shot untuk kowg, hahahah

11 Ogos 2017
1. Check out hotel (5 a.m) 
2. Pergi ke memorial park 
3.  Singgah Kinabalu park sekejap untuk bergambar. Kemudian terus ke dairy farm (anggaran 2jam dalam ni)
4. Lunch (solat zohor & asar)
5. Naik ke Ranau (fish spa Tagal Sg Moroli and hot spring)
6. Check in kiram village (rest)
7. Dinner 8.30pm

Memorial Park, kaki bukit atau entrance/exit bagi hikers yang nak daki Gunung Kinabalu

We will come again Insya Allah as hikers. This time mampu bagi support pada abang2 hikers jek


Desa Dairy Farm a.k.a New Zealand katanya

Kami berempat bersama lembu2 tenusu yang terselindung di balik kami tu 


Viram Village yang berkonsepkan garden cottage ni adalah tempat kami bermalam.

Broccoli Cabin 2 tingkat ni la kami tempat kami bermalam. Ada 2 single bed and 1 queen sized bed. 


Fish Spa Tagal Sg Moroli. Memang drama sangat kat sini, serious aku geli tengok masuk dalam sungai yang banyak ikan saiz besar. 


12 Ogos 2017
1. Check out hotel (7 a.m dan breakfast)
2. Singgah di pasar2 jual sayur/buah (just tengok2 je la apa yg dijual)
3. Turun ke arah KK akan melalui rumah terbalik, 3d muzium dan jambatan tamparuli
4. Sampai bandar KK around 1.30 p.m (lunch, solat zohor & asar)
5. Pergi ke pasar philipines 2.30pm (lebih kurang sejam setengah di sini)
6. Bergerak ke Tanjung Aru (tengok sunset sambil makan2 tepi pantai)
7. Pergi ke Suria Mall (solat maghrib & isyak), lepak food court atas sambil tengok2 pemandangan laut sementara tunggu kol 8.30 p.m
8. Bergerak ke Airport

After check out dr Kiram Village. Nak dapat best shot utk pic yang ada Gunung KK ambil awal pagi sebelum pukul 10.00 am. If terlambat, gunung terlindung awan.

Breakfast kat Sabah Tea Plantation view mengadap Gunung KK. Ktewog order tea yang bermacam jenis dengan Scone.

Nasi linopot ni orang local nyer makanan bekpes. Ktewog beli kat gerai berhampiran dengan Kiram village. Harga RM2 (nasi dijual berasingan ngan lauk sayur tu)

Rumah terbalik dan sejarah nya.

Best Shot yang leh dapat


Harga-harga bayaran: 

A) Kereta : rm250/4 (rm62.50)

B) Hotel Iskandar KK : rm200/4 (rm50)

C) Kiram village kundasang : rm150/4 (rm37.50)

D) Pulau: 
1. Yuran pintu masuk rm1
2. Jeti tax and entrance fees rm7.63
3. 1 pulau rm22, tambahan setiap satu pulau lagi rm15 (2 pulau : rm 37, 3 pulau: rm50)
4. Sewa set barang snorkeling : rm15
     * Banana boat (rm35/pax) min 3-4 orang, parasailing (rm75/pax) min 2 orang, flyfish (rm75/pax), jet ski (rm190/ unit/30mnt), sea walking (rm180/30mnt/pax)

E) Kinabalu park : rm3 

F) Dairy farm: rm5

G) Kundasang memorial park: rm2

H) Tagal Sg Moroli fish spa : rm5 (rendam kaki shja)

I) Sabah tea plantation : percuma kecuali lawatan ke kilang dikenakan bayaran rm10

J) Rumah terbalik : rm10.60 dan 3d museum : rm24.40. Kombo : rm31.80 *suggest masuk rumah terbalik shja

K) Jambatan tamparuli : free

*kalau ada masa di Ranau boleh singgah ke strawberry park Mesilau : rm3

Hopefully, sedikit sebanyak dapat bantu persediaan percutian kowg ke Kota Kinabalu nanti. Diingatkan kalau ada pasport, bawak pasport lebih convenience if tak nnti masa kat imigresen airport KK kowg akan terima resit masuk Sabah, please keep it until kowg punya flight return back ke semenanjung tau kene return balik that resit to imigresen kaunter.
Have a safe journey? >_<

No comments:

Post a Comment