Drama My Father is Strange ni bukan meletup macam Descendent of the Sun tu, rating dia pun around 20-30% jek! Aku tau pon sebab colleague aku tgk YouTube sambil gelak-gelak. Satu ketidakpuasan bila orang lain tgk cerita sambil gelak-gelak ni, mesti aku sibuk nak follow jugak.
Drama ni mengisahkan sebuah keluarga yang biasa-biasa taraf hidupnya, parent yang mempunyai seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan. Bapanya merupakan pemilik dan tukang masak restoran (kecil) Father's Snack yang kadang-kadang dibantu oleh isteri serta anak-anaknya. Isterinya merupakan ex-nurse sebelum menjadi fully house wife. Anak sulung merupakan anak lelaki jobless, 5 kali gagal amek entrance exam utk jadi gov servant, anak kedua merupakan seorang yang highly well paid lawyer, anak ketiga merupakan seorang intern di syarikat entertainment and yang last merupakan seorang instructor yoga.
Di bawah merupakan link utk drama tersebut. Worth to watch:
Watak anak kedua(lawyer)- her flaws, perfection and complexity banyak reflected to myself, that’s why i said this drama is real. Banyak jugak karekter lain yang reflect karekter family ak yang lain.
Apa yang membuatkan aku rasa jalan cerita ni menarik sebab ia mengetengahkan kehidupan sebenar sebuah keluarga yang sederhana taraf hidupnya tinggal tinggal bersama di bandar metropolitan yang ikatan keluarganya sangat utuh dalam menempuhi pelbagai cabaran seperti yang kita selalu hadapi hari-hari. Pendek kata, jalan cerita ni REALISTIK dan sedikit sebanyak mengingatkan aku dengan keluarga aku sebab aku datang dari family yang sederhana, mahukan sesuatu kena berusaha lebih bukan keluarga 'silver spoon' bahkan kebanyakan watak yang dimainkan dalam drama ni juga memberi reflect kepada karekter kami sekeluarga.
Pemacu tunggak dalam utuhnya semangat kekeluargaan dalam drama ini adalah ibu bapa sebagai nakhoda yang mencorakkan masa depan anak-anak. Pentingnya ibu bapa yang cool at the same time tegas yang prihatin dengan masalah anak-anak untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan sifat kasih sayang sesama keluarga. Apa masalah yang mereka hadapi akan dibincangkan bersama melibatkan semua ahli keluarga, "Together we are strong". Tapi malangnya, nilai kekeluargaan ini semakin pudar dan perhatian ibu bapa lebih beralih kepada kebendaan melebih perhatian terhadap anak-anak yang membesar. Aku masih lagi mendokong bahawa pendidikan bermula dari rumah. Jadi ibu bapa jangan sewenang-wenangnya menunding jari pada orang lain sekiranya anak melakukan kesalahan. Tilik dari mana silap didikan yang diberikan oleh kalian di rumah.
Kenapa my father is strange, it is because..
“ A father is neither an anchor to hold us back nor a sail to take us there but a guiding light whose love shows us the way”.
No comments:
Post a Comment