Tuesday, December 22, 2015

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake


Assalammualaikum dan salam hari isnin, kesayangan!

Itu hari ada scroll FB ternampak pasal japanese cotton cheese cake. Tengok keseluruhan resepi agak mudah, memerlukan step yang biasa dalam baking walupun sedikit renyah. Lepas tu, weekend masuk Lavender IOI City Mall Putrajaya ternampak japanese cheese cake mmg Lavender buat packaging kecil2 for tester (RM2++) utk promosi kek mereka sempena hari Krismas. Kalau dah masuk kedai cake, x cukup syarat kalau ko  tak bantai beli sampai 2 items kan.  Maklumlah, aku pantang nampak cake or pastry dalam hati terkinja2 keriangan, tapi harus dijaga ketrampilan wanita sejati. Xpayah tunggu balik rumah, dalam kereta jugak aku dan member aku melantak cake dgn penuh kenikmatan. Teksturnya sangat fluffy penuh dengan rasa cheese. Maka dengan keazaman yang kuat, petang td jugak aku beli bahan2 cake. 


Credit resepi:Blog Cahaya Cinta Ku
dengan sedikit modification mengikut cita rasa aku


Bahan-bahan:

Bahan A
1) 300g cream cheese
2) 50 g mentega
3) 100ml fresh milk
4) 60 g tepung superfine diayak 
5) 20g tepung jagung diayak
6) 6 biji telur kuning gred B
7) 1/4 tsp garam
8) 2 tsb pati juice lemon

Bahan B
1) 6 biji telur putih
2) 1 tsb pati juice lemon
3) 140g gula castor

Cara-cara:
1) Campurkan cream cheese, mentega dan fresh milk dalam satu bekas. Panaskan ketiga2 campuran tersebut secara double boiler sehingga semua cair dan tidak bergintil. Biarkan sejuk 5 min.

2) Masukkan tepung superfine, kacau menggunakan sudip atau spatula sehingga sebati

3) Masukkan tepung jagung, kacau sehingga sebati

4) Masukkan garam dan pati lemon juice, kacau sehingga sebati 

Siap utk adunan 1

5) Dalam bekas lain yg kering, tiada minyak pukul putih telur dan pati juice lemon menggunakan mixer pada kelajuan sederhana. Step ini penting utk pastikan kegebuan cheese cake tu. *pastikan juga semasa pengasingan telur putih dan kuning tidak bercampur tau.

6) Pastikan mixer masih berputar dan naikkan pada kelajuan yg tinggi masukkan sedikit demi sedikit gula kastor sehingga adunan bertanduk atau 'soft peak' atau meringue.

Bagi yg tak tau bertanduk tu macam gambar kat atas ye. Bila kowg terbalik bekas dia melekat, tak jatuh. Siap adunan 2!

7) Campurkan adunan 1 td sedikit demi sedikit dalam adunan 2. Kacau sebati hanya menggunakan sudu atau spatula dengan lemah lembut utk elakkan angin hasil dr meringue td hilang, mengurangkan kegebuan tekstur cake nnti. 

8) Sediakan loyang baking berinci 8/9 yang telah disapukan dgn mentega pada dasar dan tepi dinding sebelum di letak kertas parchment paper dalam loyang tersebut

9) Kemudian, balut loyang tersebut dengan aluminium foil bg mengelakkan air masuk ke dalam loyang semasa membakar. 

10) Panaskan oven selama 15 min pada suhu 160oC dan sediakan air panas yang betul2 panas dalam bekas yg lebih besar dari loyang 8 inch yg digunakan kerana pembakaran menggunan teknik bren marie/pengukusan. 

11) Masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam. 


12) Selepas 1 jam, biarkan cheese cake dalam oven selama 10 min dengan pintu oven dibukakan sedikit supaya adunan tidak terkejut dengan perubahan suhu drastik persekitan luar. 


Tara! Ini lah hasilnya. I am so happy for my first trial menjadi. Actually kalau tahu basic baking Insha Allah cuba resepi cake yang lain pon akan jadi for the first time. Gebu sangat!

Japanese cotton cheese cake ni mmg sedap makan macam tu jek tp kalau nk hias dengan topping coklat ganache, cream cheese atau blueberry and lain2 pon okay jek. Macam aku, aku buat topping blueberry jam ( tu jek yang ada) then layer dgn cream cheese topping and deco ngan strawberry (tu jugak yg ad, heheh) but seriously masuk jek combination tu. Manis and masam.

Bagi yang nak buat topping cream cheese tu leh la follow kat bawah ye:

Bahan-bahan:
1) 250g cream cheese
2) 120 g icing sugar
3) 1 tsb pati juice lemon

Cara-cara:
Campurkan semua bahan dalam bekas dan kacau menggunankan mixer pada kelajuan sederhana. Siap, masukkan dalam piping bag atau gunakan spatula sapukan atas cheese cake tersebut.



Seperti biasa, aku potong siap2, deco and agihkan kat member2 aku utk rasa dan komen. 

Japanese cotton cheese cake ni sedap kalau makan sejuk2. So biarkan sejuk dalam fridge sebelum kowg ngap tau. Konfem terangkat!

Kalau aku sll tanya kalau aku baking sebab ada orang birthday ke, ad org order ke sbb dowg pelik aku beria deco siap ad belas, box berbagai. For kowg2 punya information, inilah kebahagiaan aku. I am happy when people eat my home made cook, pastry or cake. This is the way I spread my love and happiness! Tapi tu lah, aku ikut mood. Kalau dipaksa2, konfem  apa yg kita buat x menjadi. The secret beyond is sincerity! 

Selamat mencuba kowg!

Wednesday, December 16, 2015

#Love Notes 1: Someone's First Love

I once thought chasing girl was that simple,
Later I realized,
If you really liked someone,
You might not ever noticed it,
All you know is you getting nervous every time you see or be around her,
That make your heart beating fast,
While acting cool to avoid the heart beat being heard or noticed by her.

There was time you tried to prevent misunderstanding,
But somewhat,
At the end of the day,
She didn't seem happy,
Because you are bad in explaining thing.

When you liked someone,
and saw her walked to other man she just met,
You'd suddenly realized that,
You treated her so badly,
Because you wanted to get a bit closer to her,
That moment you regretted it and wished if you'd be nicer to her before.

When you liked someone,
You'll keep every words she said in mind,
Though it sounded simple, lame and cheesy,
like "if the girls says she's okay, it meant it's not okay",
"I like blue",
Sometimes when you were alone,
Those words keep on playing in your ears repeatedly like an addicted song.

Being in loved actually make you have no gut or courage to tell her,
What is your true feeling towards her,
When you do,
You lost your words half way in the throat,
and then here come another portrayed of misunderstanding to her,
Says you make a fool of her,
and she left you thunderstruck alone.

Every night I made a wish in my prayer,
I wish I also in her wish,
Even if I know it's someone else,
Who could make her happy,
Though I know her better in every way,
But the least I could do for her knowing she'll be with someone else,
I want to tell that lucky man,
"Sometimes, she'll pretend she's ok, even when she's sad",
"She spend 5 mins to decide before choosing the same old Indulgunce Cake",
"She doesn't watch where she's going",
Protect and watch her at all time on behalf of me.


Still deep down inside here,
Letting you go to someone else is the last thing I can do,
and I still prayed and wished that I am the one for you,
For the rest of my life,
Because I LOVE YOU!

(written by me inspired by a man side)




P/S: There was a guy using name #Mr.AmariSoul in FB and IG who is the author of the best seller "Reflection of A Man" in Relationship-Dating & Mate-seeking Categories that really inspired me with his writing. What he wrote was what I already have in my mind about relationship which is mostly what we woman need and feels towards a relationship. I doubt Mr.AmariSoul is a guy since he kept secret about his true identities. He said the profile is not necessary since he need no "fame" but a change! If he is a guy, he's too far brilliant and must be in many failed relationship before (just joking).

Who Inspired You?

Assalammualaikum and Hello, dear happy peeps!

Entri yang lepas dah beriltizam nak rajin-rajin update entri, tapi disebabkan kekangan keadaan lebih mudah untuk update status di IG walupun terpaksa tulis status panjang berjela. Mau muntah orang yang baca and jadi follower setia aku. Aku ada sebab untuk rajin update di IG, bukan disebabkan nak banyak 'likes' atau 'fame' tapi momento-momento, idea, pandangan pada kala aku update tu adalah antara sesuatu yang berharga dan bermakna untuk masa-masa lalu aku, seolah-olah macam diari aku (which i never had before) yang berbentuk 'timeline' hidup aku. Kadang-kadang bila aku baca balik status aku yang lepas, buat aku terfikir macam mana aku boleh buat ayat sedemikian, see tulah yang dikatakan eksklusif. Dan manalah tahu, satu hari, aku hilang ingatan, IG ni boleh membantu dalam mencari apa yang hilang dalam kotak fikiran aku yang sememangnya berharga pada aku as long as aku ingat password and username aku (have to jot them somewhere, haha). Kedengaran agak kelakar tapi ya, itu salah satu sebab kenapa ak selalu update status, hehehe. Expect for the worst adalah harus untuk survival hidup kowg tahu!


Lately, aku banyak sedar apa yang diomok2kan oleh ibu bapa kita dulu ada yang tak releven nak diguna pakai zaman sekarang. Contoh:

"belajar tinggi-tinggi, nanti senang dapat kerja"

Ramai graduan yang ada ijazah sarjana pon masih belum mendapat kerja belum lagi nak yang ada ijazah sarjana muda, diploma. Kalau dah bekerja pon rata-rata bukan dalam bidang yang mereka belajar sewaktu di kolej atau universiti, "dream job" apatah lagi. Persaingan dalam dunia perkerjaan kini sangat sengit menyebabkan kita tak boleh nak memilih untuk bekerja, Bagi kebanyakan graduan, dah dapat tawarn bekerja yang bukan pilihan mereka dikira bersyukur, situasi ini lama-kelamaan membawa kepada sifat kebergantungan yang tinggi pada pihak-pihak yang menawarkan peluang pekerjaan, padahal graduan-graduan ini mempunyai profil yang outstanding dari segi akademik dan penglibatan aktiviti  pada peringkat dalam dan luar universiti mereka. Menampakkan mereka dimonopoli dan tiada kebebasan memilih. Rata-rata berpendapat sudah memadai bulan-bulan terima gaji berbanding kualiti pencapaian dan matlamat hidup mereka. Ini membuatkan aku fikir, sains dan teknologi maju ke depan tetapi mentaliti kebanyakan dari kita kebelakang disebabkan tekanan hidup sedemikian. Belum lagi, bila aku sentuh bab polisi yang ada dibuat bukan untuk memudahkan tapi menyusahkan orang awam. 

Walupun dalam tekanan yang tinggi dalam hidup kini masih ramai juga yang mampu berdikari sendiri tanpa bergantung pada orang lain dan dalam masa yang sama tidak terlalu mengejar-ngejar kehendak duniawi, cukup apa yang mereka lalukan boleh memberikan kebahagian pada diri mereka dimana ini memberi satu inspirasi yang baru kepada aku, Mereka bukan kalangan tokoh-tokoh terkenal atau selebriti, hanya orang-orang biasa sekeliling kita yang cukup merendah diri dengan apa yang mereka capai berbekalkan semangat yang tinggi, tidak mudah berputus asa, sentiasa melakukan kebaikan walaupu kecil serta semestinya fikiran mereka adalah yang bukan-bukan biasa. Hatta mereka hanya memungut tin-tin atau botol-botol kosong saja untuk kelansungan hidup. 

Kalau masa kecik cikgu tanya siapa sumber inspirasi, selain ibu bapa mesti ada jadikan tokoh dan selebriti terkenal sebagai sumber inspirasi, contoh macam aku dulu aku jadikan Albert Einsten sebagai idola aku. Tapi sayangnya tak cukup memberi kesan dalam kerana beliau wujud dalam model not in real life now. Aku perlukan seseorang yang nyata untuk di 'observe' lantaran untuk dijadikan sumber inspirasi, Macam manapun Eisten mempunyai fikiran yang unik, awesome dan berani terhadap teori-teori dalam perkembangan Sains. Bagi aku. lebih mudah untuk jadikan orang disekeliling kita sebagai sumber inspirasi yang boleh pengaruhi kehidupan kita ke tahap yang lebih baik. Konteks inpirasi tu bukan hanya menumpu pada insan itu secara menyeluruh, tapi kualiti apa yang seseorang itu ada contoh sifat berani mencuba, bangun semula walupun beberapa kali gagal mencapai sesuatu, berfikiran di luar kotak, dan lain-lain yang boleh dijadikan titik tolak untuk upgrade diri ko. 

Jangan pandang rendah pada pada pakcik yang pungut kotak-kotak, tin-tin kosong untuk dijual, siapa tahu disebabkan kegigihan dia mencari bahan-bahan tu dalam tong sampah lalu mengasingkan sumber tersebut untuk dikitar semula selain mendapat wang yang dijadikan sebagai sumber rezeki beliau dan anak-anak beliau. Mungkin bagi kita tampak jijik dan kotor tapi disebabkan tindakan beliau selain kelansgungan hidup itulah mampu memelihara sumber-sumber semujadi kita. 

"A simple act can make a tremendous impact on a person's life"
-anonymous-

Mungkin aku belum ada pencapain yang hebat dimata orang lain, tapi aku mahu jadi sumber inspirasi pada orang lain. "Inspired, be inspired!". Aku gembira bila ada students aku yang jadikan aku sebagai sumber inspirasi dowg. Sudah semestinya, aku suka berkongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup aku yang boleh jadikan inspirasi kepada mereka untuk masa depan. Tak kiralah apa jua taraf hidup, kedudukan kowg, jom gettting inspired and be inspired.


Sunday, October 25, 2015

Mesin menaip fikiran!

Assalammualaikum dan salam pertemuan semula!

Pergh macam x tebal plak habuk kat blog ni ye! Nasib skunk ad vakum, kalau x jenuh la nk menyapu la plak. Yg penting, kowg mesti rindu kat aku kan! Hahaha, rindu ke? Xpayah nk tipu, walaupun aku dh berabad x update tp ak selalu ushar pageviews ak okay! Neway, terima kasih sudi layan2 konon baca blog aku. Lama x menulis, terasa sesuatu hilang dalam pengisian hidup aku. Lately ni, sangat sibuk kejar dateline nk siapkan research study aku part last and fokus writing thesis! Dah bosan berada di takuk yg terlampau lama ni. Doakan  aku cepat2 dpt doctorate, x sabar bk berbakti pada anak bangsa, berkongsi apa yang aku ad dan matlamat plg penting dapat gaji besar boleh belanja parent aku !

Dari masa ke semasa ada jek ak taip tapi sekerat, sudahnya ak buat kat collection kat draft. Aku ni kalau jenis idea menulis  tu berlimpah ruah keluar berdasarkan kejadian dan insiden pd waktu tersebut jek. Alamat kalau x update time tu mmg kontang terus kat kepala otak ni, terkandas! Sebab tu ak rajin update status kat ig aku tapi harap maklum  la, panjangnya boleh tahan. Ada ak kisah kowg nk baca ke tak. Pelik pulak time sekolah dulu karangan asyik x cukup idea jek! Tapi BM aku A okay, tapi mmg ayat skema badut la xmasuk metafora, parabola berbagai lagi.

Alangkah bagusnya kalau ad mesin or peranti yang boleh type terus apa yang ad dalam kotak fikiran aku bila ak synchronise dgn otak aku pada waktu aku malas nk menekan papan kekunci utk menaip! Senang dan bolehlah selalu update entri. Sila ye abg2 dan adik2 engineer elektronik dan mekanikal sila sahut cabaran dan invent device mcm ni. Barulah boleh dibanggakan produk ciptaam guinuine sebab xde lagi mana2 syrkt or persendirian invent. Pastu prototaip dia bg ak test ye, kasi free jek sebab bg idea suruh invent, sumpah xmintak royalti. 

gambar hiasan

Okay, apa2 pon jaga diri kowg baik2 ye. Skunk ni dgn masalah jerebu, culik menculik, terajang menerajang. Sifat kemanusiaan dan rasionalisme semakin deplete! Mana hilang? Disebabkan sifat ketamakan dan kejarkan dunia, semakin kabur penglihatan utk bezakan yang mana baik mana buruk. Tolong2 cari semula apa yang hilang. 

Dengan tagline baru utk blog ak "My wisdom box of thought (to be acknowledge), heart (whispered that cant be heard) and soul (that kept hidden)! Deep sungguh. Lolz. Semoga kowg sentiasa berada dalam rahmat Allah !