Ada satu kisah yang aku nak kongsi dengan kalian. Kisah yang tak begitu 'fancy' atau glamer mana tapi memberi inspirasi pada orang marhaen macam aku ni. Semoga boleh kita jadikan tauladan bersama.
.
.
Pada suatu tengah hari hujung minggu yang tak begitu sibuk seperti hari-hari bekerja, disebabkan kemalasan yang menebal dalam setiap salur darah yang mengalir dalam badan aku, aku buat keputusan untuk membeli sahaja makanan tengah hari di Food Court Sri Serdang. Tanpa membuang masa, aku menuju ke gerai makan kesukaan aku untuk beli lauk kegemaran aku iaitu ikan keli bakar, sayur ulam dan sambal tempe. Aku ni jenis orang yang kalau makan mesti nak berkuah, jadi aku ambil air asam campur sambal kicap and sedikit kuah ayam panggang, barulah umph makan dengan ikan keli bakar.
Semasa memberi fokus menuang kuah-kuah tersebut dalam plastik, hidung aku yang sensitif ni menangkap bau sedikit hapak di sebelah kanan aku. Kemudian, sekilas pandang ada susuk lelaki tua yang kurus tinggi disebelah aku mengambil lauk dalam pinggan beliau. Rupanya lelaki tua tu yang biasa aku jumpa di kawasan perumahan aku terutama di gerai makan tepi tasik pada waktu malam dia lepak di situ seusai pulang dari masjid. Aku toleh dan sempat melemparkan senyuman sebelum aku berlalu pergi hendak ke kaunter bayaran.
Sewaktu aku beratur, seorang abang di belakang aku yang lagaknya seperti pelanggan yang sudah biasa di gerai itu memberitahu adik di kaunter bayaran, "Nanti kira sekali ye dengan pakcik Nayan punya. Orang penting ni!". Waktu abang tu cakap orang penting ni, otak aku terus ingat VIP or 'somebody' ke, sesuatu yang tidak menarik minat aku untuk tahu. Lepas tu sbang tu pun sambung, "Kalau dia tak de, siapa nak gali kubur kita, tanamkan kita". Aku terus 'turn on' dengan statement abang ni. Seraya dengan itu, abang tersebut memanggil seseorang yang digelar Pakcik Nayan. Aku teruja nak tahu siapakan gerangan orang penting ni yang daripada yang yang dibualkan tadi pakcik ni penggali kubur. Aku menoleh ke belakang dan tanpa aku sangka lelaki tua yang berbau sedikit hapak tadi la pemilik gerangan Pakcik Nayan tadi. Pakcik Nayan dengan segan menolak permintaan abang tadi kerana merasakan dia terpaksa 'skip' beratur yang panjang tu, tetapi dengan rasa hormat pelanggan-pelanggan yang beratur panjang tadi laluan Pakcik Nayan untuk bahagian depan kaunter untuk adik kaunter kira supaya bil boleh dibayar oleh abang belakang aku tu.
Apa yang aku saksikan tadi adalah suatu keindahan dalam hidup bermasyarakat atau lebih spesifik ialah hidup bermasyarakat Islam. Masya Allah! Bahagia sungguh aku rasa tatkala itu sebab dalam keadaan masalah dunia yang memeningkan ini masih ada nilai kasih sayang dan hormat menghormati terutama pada insan yang tiada pangkat dalam masyarakat tapi masih menjadi orang yang penting bagi masyarakat setempat. Di situ aku nampak sebuah harapan.
Apa yang yang hendak 'highlight' sebagai tauladan daripada kisah di atas ialah:
1) Jangan memandang rendah pada kerjaya seseorang kerana setiap kerja itu selagi halal sama pentingnya pada orang itu sebagai sumber pendapatan dan pada orang lain yang memerlukan khidmat mereka. Jangan sombong, sebab suatu hari nanti memang kita perlukan orang lain untuk memandikan, menkafankan, mensolatkan serta mengkebumikan kita.
2) Sentiasa berbuat baik sesama manusia walupun nilai itu semakin berkurangan dalam masyarakat kita. Insha allah kalau kita mulakan diri, yang lain akan contohi. Tak salah buat orang lain happy kan.
3) Jangan cepat 'judge'atau 'assume' orang lain. Sifat menghakimi itu hanya sifat zat pada Allah SWT sahaja.
Aku harap, apa yang aku sampaikan kat sini jadi pengajaran untuk aku dan pembaca lain untuk menjadi yang lebih baik. Amin!
No comments:
Post a Comment