Friday, July 20, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433H

Assalammulaikum, muslimin dan muslimah sekalian ~_^!


Yea..yeah! Ramadhan 1433H dah menyapa. Masa sungguh pantas berlalu, rasanya pengalaman berpuasa ramadhan yang lepas pun masih segar dalam ingatan aku. Sememangnya, pengalaman berpuasa aku tiap-tiap tahun berlainan dan ada pembaharuan dari segi kematangan dan peningkatan amalan, Alhamdulillah. Perancangan dan kehangatan nak menyambut puasa kali ni dah terasa dari bulan Rejab lagi. Excited terlebih mungkin disebabkan ada geng nak masak, berbuka dan berterawih sama-sama. Walaubagaimanapun,  terasa sedih sebab tak dapat meraikan 1st raya bersama keluarga tercinta, nasib anak perantau! Ibu ayah sori tak dapat sambut 1st puasa sama-sama :'(! "Jiwa kene kental, anak muda".

Bagi sesiapa yang terlepas lintas langsung Pengunguman Puasa bulan Ramadhan 1433H bersamaan tahun 2012 boleh la klik pada video di atas! Boleh naikkan feeling puasa, hehehe :)
  


(kredit to FB page)
So, bolehlah mula baca niat puasa. Bagi mereka yang selalu terlajak bangun sahur walupun dah kunci 3 jenis jam tak bangun-bangun juga disarankan untuk baca niat puasa sebulan atau sebelum tidur tu rajin-rajinkanlah diri baca niat puasa Esok hari seperti yang tertera di atas. Tak de la lepas ni orang buat alasan tak puasa sebab tak niat puasa. Typical excuse, "It was sooooo lame"!

Berikut adalah amalan-amalan sunat ketika berpuasa:

1) Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu Magrib.  Sunat berbuka dengan kurma (atau benda manis) dan segelas air

2) Membaca doa berbuka puasa

3) Melambatkan makan sahur

4) Memperbanyakkan amalan ibadah sepanjang bulan ramadhan kerana Allah Taa'la seperti solat terawih setiap malam diikuti dengan solat Witir

5) Mulai malam 15 Ramadhan sehingga akhir bulan, baca Doa Qunut pada rakaat terakhir solat Witir

6) Perbanyakkan doa dan zikir

7) Bertadarus sama ada bersendiri atau serkumpulan

8) Beri'ktiqaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan

9) Bersedekah tidak kira wang, makanan, pakaian atau apa-apa. Jika tidak mampu, cukuplah dengan memberi senyuman kerana senyuman merupakan satu sedekah yang paling ringan dan mendatangkan kebahagian pada kita dan orang lain.

10) Menjamu orang berbuka puasa sama ada di rumah ke rumah atau di masjid.

11) Menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah dari Ramadhan-Ramdhan sebelumnya. Insyallah, apa yang kita kerjakan dengan niat kerana Allah Taala supaya kita sama-sama mendapat keredhaan dari-Nya. Amin!

Dengan rendah diri, aku ingin meminta maaf di atas segalan silap salah dan keterlanjuran kata-kata yang boleh mengguris perasaan sesiapa. Sesungguhnya, aku hanya insan yang normal yang tak terlepas dari melakukan kesalahan. Yang baik dari dari Allah dan yang buruk datang dari kita sendiri. So guys, jangan ponteng-ponteng puasa.

SELAMAT BERPUASA!

(Notes for myself: Dah setahun mula menerima kehadiran dia oleh amalannya di bulan Ramadhan..^___^)

No comments:

Post a Comment