Tuesday, June 6, 2017

Undescribed Feeling

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera !

Sekejap dah seminggu umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Bila imbas berpuasa zaman kanak-kanak dan zaman dewasa ni ternyata banyak yang berbeza. Kalau dulu mmg seronok, bila kita kanak-kanak kalau berpuasa mesti disogokkan oleh parent makanan kegemaran terhidang depan mata sebagai pembakar semangat untuk kita berpuasa penuh tetapi itu semua bukan lagi yang sesuatu yang kita nanti-nantikan sebagai pembakar semangat bila tiba bulan Ramadhan bila kita menginjak dewasa iaitu ganjaran pahala. Alhamdulillah!

Semalam aku berkesempatan berbuka di masjid berhampiran rumah sahabat aku selepas dia jemput aku beriftar bersama dia kebetulan di masjid berdekatan beliau menjemput Imam daripada Makkah dan Madinah untuk mengimamkan solat terawih dan memberi tazkirah di masjid tersebut. Difahamkan bahawa jemputan Imam daripada luar merupakan program tahunan di masjid tersebut dan menurut beliau, kebiasaannya imam dari Makkah ni bacaan surah dalam solat pendek tetapi bacaan doa panjang. . Sedikit kelainan dalam majlis2 iftar yang aku attend sebelum ni biasanya tazkirah disampaikan oleh Imam dalam BM tetapi kali ni imam sampaikan dalam native language beliau (arab) dan dialih bahasakan dalam BM oleh imam tempatan yang fasih dalam berbahasa arab. Walupun tazkirah yang disampaikan pendek tetapi padat dan penuh 'deep'.

Tapi apa yang aku nak highlight dekat sini adalah sesuatu perasaan yang meruntunkan hati dan syahdu timbul sewaktu bacaan doa imam tersebut selepas solat. Aku rasa kowg pon pernah lalui pengalaman macam ni kan. Betapa besarnya hikmah yang Allah berikan pada aku waktu tu sedangkan aku jauh sekali memahami bahasa arab walhal aku ambil arab sewaktu aku bersekolah agama  di Johor (sekolah agama sebelah pagi atau petang sebelum atau selepas sekolah keb), hanya beberapa perkataan yang aku faham dimana maknanya biasa aku baca dalam doa harian.

Betapa untungnya orang2 middle east yang yang menjadikan bahasa Al-Quran sebagai native language mereka, mudah untuk mereka mendalami setiap apa yang dibacakan dalam solat, Al-Quran serta hadis. Aku cuba tahan air mata yang bergenang di hujung kelopak mata bagaimanapun tertewas tumpah juga akhirnya sehingga sedu-sedan akibat cubaan menahan air mata tadi. Ajaibnya, dalam solat dan doa, kefahaman kita bersatu walupun berasal dari berlainan bangsa, bahasa dan warna kulit, semua mengharapkan keredhaan terhadap pencipta yang Esa.

~tamat~

No comments:

Post a Comment