Assalammualaikum and Salam 1Malaysia, peeps!!
Hopefully, aku tak terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H kepada semua muslim diserata dunia..Semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan kehidupan kita diberkati oleh Allah....Insyallah ^_^
Before ni memang plan nk update entri sekerap yang mungkin. Usaha tu dah ada tapi sekerat jalan je. Tak caya? Meh tengok draft list ni, penuh tapi tak penah nak edit balik pun. Haha, kalau dah pemalas tu malas gak.
Okay, sebelum melalut lagi, kali ni punya entri berkisarkan perjalanan merentas barat ke timur dan timur ke barat Semenanjung Malaysia dalam masa 37 jam. Amacam, hebatkan! Kalau sesiapa yang konfius2 tak tau mana barat, mana timur Semenanjung Malaysia tu, tengok peta kat bawah ni. Dah boleh agak dah antara korang ni mesti yang "failed" geografi. Ak pun student gak, dulu..kini dan selamanya..haha. Lupa nak wat intro plak kan. Okay, one month ago, i've been invited by 1 of my friend, Mr. Ridzuan Daud (RO Mardi Jelebu) to join him and his colleagues for a vacation to Cherating Beach Resort, Pahang on 10th-11th Dec. Actually, at the same date, there's another 3 events concurrently took place. Walau bagaimanapun, kena decided yang 1st come basis, okay. The journey took place as far as 265km to Cherating from Serdang but due to some unpredictable countercheck, it exceeded than expected. Hehe, baru la challenging namanya.
See, almost 85% crossing west to east from Serdang to Cherating Beach Resort, Pahang
Pada hari kejadian (lama tak sebut ayat ni), kiteowg berkumpul di Mardi, Serdang untuk bekpes dulu. Konvoi ni melibatkan 2 kereta (Unser dan Persona), 2 pemandu (Haidee and Wan), 2 co-pilot (Salleh dan Gundam), dan boss-boss terhormat (Kak Faim-Izzah-Sabrina-Ibul-Min dan M-Aiza).
Tak beretika, pagi-pagi dah wat dosa mencuri ikan gapi di kolam tuttttt(tempat terpaksa dirahsiakan bg tujuan keselamatan)-Jangan tiru aksi ini-
Dah lepas buat projek, perut terasa lapar la plak. Batang hidung geng2 lain tak nampak lagi. Nasib baik ada wat bekal "trifle" hasil air tangan aku and Syu (geng masak aku merangkap sifu). First trial dah leh jadi, 2nd..3rd trial konfem leh bukak bakery sendiri. Padahal, dengan tak tau sukatan main bedal jek campur bahan-bahan. Hebat la, syu!
Jeng-jeng...ni la TRIFLE yang digembar-gembur kan tu. Belum rasa lagi dah terluir kan. Agak2 rase nak order leh calling2 nanti..ahaaaa, sempat wat promosi lagi! Bekpes kiterowg disajikan berserta nasi lemak, cucur jagung cili (sedap wooo...aku makan je, dah 1/4 bekas) and air mineral. Burp, alhamdulillah..@_@
Setelah semua ahli lapor diri, kiterow pon berangkat meneruskan perjalanan. Excited terlebih la plak!
Ni la muka-muka excited tadi. Sekarang tengok apa dah jadi. Kesian Wan, terpaksa drive sorang-sorang..hehehe
Baik punya cover pakai spec
Lepas 2 jam lebih perjalanan, kiteowg singgah makan tengahari di Gambang. Pastu, bila masing2 dah kekeyangan, sambung balik perjalanan ke Cherating. Seorang member konvoi telah menelefon "person in-charge" vacation utk bertanyakan lokasi penginapan kami. Setelah mendapatkan tunjuk arah ke lokasi tersebut, kami pelik kerana terpaksa melalui Pekan, Pahang. Jeng jeng jeng.
Di titik inilah bermulanya detik-detik kekeliruan. Bila tiba di chalet tersebut, baru la kami tahu yang kami telah ditipu. Segala perkhidmatan yang djanjikan palsu2 belaka, alahai. Nak wat lagu mana, deposit dah dibayar. Percutian terpaksa diteruskan walaupon kedukaan menghimpit diri (bagi org jenis aku yang bkn beach-type ni, tak de beri impak kekecewaan yang besar tapi mmg tak sampai hati tengok geng2 lain kecewa). I believed that there's always a reason behind it (aiceh, think positive nak sedap kan hati, hehe). So, sebagai pengajaran, always do crossed-checked and double checked before the trip. Kalau boleh, bila pergi trip yang jauh2 ni dapatkan recommendation vacation kowg dari sumber yang dikenali dan dipercayai kesahihan perkhidmatan yang ditawarkan, okay!
Tak nak citer banyak. Pictures can't lie about the feeling we had that time..
I liked this picture the most..Sorry, Gundam meng"hanjeng" ko, i really dont meant it..Actually, ur down expression really affected me.. Next time kite plan another vacation that really work dan ko secara automatik adalah pengarah programnya, Gundam..hehe
Nak dipendekkan cerita, kiterowg go on jek stay di Sri Merchong Chalet ni. Walaupon aktiviti dalam tentatif spt mandi-manda, bermain di pantai serta berkarok x dpt dijalankan, at least we have another 11 members to be happy on our vacation with our own ways, right! It wasn't the place that offer u to be happy, it is how the person surrounding that make you happy. At least we are happy spending our vacation together in our own ways..hahaha
First time berkayak..naik muscle kat tangan..hahha..Rugi tak cap pic Gundam, kak Aiza and Salleh terjun air payau ni.. (rugi sebab tak dpt amek the moment dowg naik atas pelantar, semput gelak...LOL)
Aktiviti sebelah malam lps penat berkayak iaitu berBBQ sambil berborak2. Kalau dah ada 11 orang sengals, cer bygkan cam mana gegak gempita malam tu diiringi hujan lebat. Nasib baik tak der ribut petir dan kilat. Dah macam bencana alam dah. Best part, sape yang kalah main poker and UNO kene penalti. Ader BRAN? Aku kalau takat 2 bowl tembikai berisi SARSI terlebey gula tak der hal la, ader org tu sampai kene telan 2 ketul ayam (hasil idea sendiri, last2 kene batang hidung sendiri). Bak kata Karam Singh, "what u give u get back, la" kasi cash punya! Dengan bahagia, Gundam menyahut kekalahan dia. Saksikan video di bawah sebagai bukti kekalahan beliau..LOL
Esoknya, jam 8.00 pg sudah disuruh berkumpul. Ada miscommunication di situ. Ingat xtvt pagi tu, nk ke pantai. Rupa-rupanya, nak check-out dari chalet la plak. Hehe, gelabah puyuh baru nak mandi masing-masing.
Tengok, kiterowg tak mandi pon nampak macam dah mandi kan. Jejaka-jejaka di luar sana, jgn percaya pada keindahan luaran saje (cantik ke orang kat atas tu?)..Realiti adalah terlalu pahit untuk ditelan.
Tungu punya tunggu, finally kiterowg check-out at 10 pg gak. Mana taknya, tunggu yang bangun, yang mandi la, yang nak selamat kan bot tenggelam la dan mcm2 excuses. Bak kata Abon dalam maharaja lawak MEGA minggu ke-7, "inilah jadi kalau janji org Melayu, janji Jawa tak mcm ini.." (jawa pon melayu, mmg lucu la lawak ni-gelak smbil guling2). Kiteowg bersarapan dulu di Pekan sebelum meneruskan perjalanan ke Cherating Beach Resort. Tak tercapai milestone's vacation kiterowg kalau tak jejak kan kaki ke pasir2 pantai Cherating.
dan akhirnya.....kiterowg tiba juga di Cherating
Gundam, Wan dan Salleh jek yang "sangkeng" mandi laut sbb cuaca tak berapa elok. Kiteowg photoshoot sambil2 makan aiskrim. Nyum-Nyum (macamla kat Serdang tak der aiskrim). "Yang penting kita enjoy"...
Dalam jam 3pm lebey, kiterowg gerak berangkat dari Cherating singgah ke Kemaman untuk drop by Salleh (Salleh ni RO kat MARDI terengganu, tak ingat la mana spesifik tempat dia). Sempat lagi berhenti makan Keropok Lekor, Satar & Otak-otak (kebeluran sebab skip makan tengahari disebabkan waktu yang limited). Otak-otak terengganu berbeza dari otak-otak johor tau. OOT isinya original ikan+rempah, OOJ isinya campuran ikan+rempah diadun dgn tepung..Sgt marvellous sampai menjilat jari!
Selepas hantar, Salleh kami 2 kereta berpecah bergerak ke Serdang. Geng WVT (kereta Wan) singgah makan malam di Temerloh sebelum meneruskan perjalanan balik Serdang. Pasti berhenti lagi di McD Genting Sepah, supper sambil main tiup-tiup belon. Perangai mengalahkan budak2 umur 5 tahun. isk isk isk..
Jam 11pm lebih, baru la kiteowg sampai di Kolej Serumpun. Masuk je UPM, otak mula serabut sebab dah kena fikir balik tasks yang mendatang..Sigh~sigh~Percutian sudah tamat saat menjejakkan kaki ke bilik setelah mendaki 96 anak tangga blok P7 (siap counting sbb bdn & anggota tgn sarat ngan brg2, hahaha..sempot masing2 naik tangga tak payah digambarkan). A good vacation is over once you begin to yearn for your works.
We do have an enjoyable moments spending time with our beloved friends in this trip. A vacation is like love-anticipated with pleasure, experienced with discomfort, and remember with nostalgia. A vacation is needed to rest our mind and body, so that we become more effective and have a quality performance in carry out our daily tasks. But don't forget to do a check list and crossed-check, buddies! Peace yah! Salam..~_^