Di saat aku sibuk memaksakan diri menyumbat makanan tengahari td yang tak abes (kalau membazir jd kawan syaitan tp kalu mkn terlampau kenyang tidak la pula dinyatakan perumpaannya cume diketahui org yang mkn kenyang di dunia adalah org yang plg lapar di akhirat. Jd, aku mengambil inisiatif makan secara perlahan utk kurangkan risiko kekenyangan, hehe), tetibe aku dpt panggilan telefon dr komrad aku. Ingat ader projek baik punyer, tak tersangka lak die mengingatkan aku tentang perkara baik, psl amanah iaitu jaga kelas. Bukan aku terlupe, tp sajek jek nk melupekan seketika kerana memory space otak aku almost full sbb diisi dengan bende2 yang kurang pentingnya. Nasib bek RAM tinggi, kalu tak memanjang lagging jek la aku nk memproses signal2 yang dihantar ke otak aku yang tak seberapa banyak neurotransmitternye akibat makan jeruk yang tak hingat dunia itu utk give response. Kalu la ader aplikasi external hard disk kan best atau at least leh upgrade memory space internal hard disk otak aku pon boleh la.
Memandangkan aku manusia yang sering terlupe pada amanah, tidak terlarat pula aku ingin menambahkan dosa2 yang sedia ada, maka pergila jua aku kelas yang diamanahkan utk aku jagai itu dengan ikhlas. Oleh kerana niat aku baik dan ikhlas, Allah itu maha pemurah lagi maha menyanyangi, maka dipermudahkan urusan2 aku menjaga klas tersebut, Alhamdullillah. Sebelum aku melangkah lebih jauh biar aku cerita psl bende yang diamanahkan tersebut. Memandangkan aku penerima GRF (Graduate Research Fellowship-elaun yang aku terime tiap2 bulan utk kelansungan hidup aku sbg graduate student, tidakla pula fellowship ini diberi free semata2 bak kata orang putih, no pay, no gain), makanya setiap semester aku diamanahkan utk assist class atau practical lab under supervisor aku sebanyak 6 kredit hrs. Supposedly, on paper aku kene assist 3 class, tetapi memandangkan supervsr aku orgnyer bermurah hari and very understanding, aku kene practical lab *** (nama course dirahsiakan bg tujuan keselamatan). Walaupun aku ni termasuk dlm golongan org2 yang kurang rajin, tp aku ader gak assist klas2 yang lain indirectly gak.
Usually, this course was registered by under graduate students (2nd year). Dowg adalah dikalangan org2 yang beruntung sebab:
1) diajar oleh lecturer yang dah kurang garangnya (kalu dulu zaman2 kiterowg, beliau dikenali dgn kegarangannya-bukan ak yang ckp, org lain sbb aku nyer view lain sikit dr org lain, heheh), siap student leh gurau2 lagik ngan die..betullah zaman dah berubah
2) ada pula dibantu oleh akak2 (opss, terngaku akak la plak kan) dan abg2 yang cute lagik baik hati dan sporting yang sedia menghulurkan bantuan (maka rugila sape2 yang tak mendaftar kos ini)-reason yang plg kuat..hahaha
Nak dipendekkan citer, aku ganti shift ngan komrad aku yang tepon aku td sbb die nk g lunch plak, so aku keseorangan dan kesepian di temani sahabat sejatiku, tochiba-chan key-in data online (bahasa kasarnyer Online tenet, naseb bek ader wireless kalu tak konfem keje aku berbual2 ngan budak lab tu..lagi la org tak caya aku ni dah ader degree). Sedang aku cocentrate key-in data online, tetibe makmal tersebut jd hingar bingar suara budak2 berckp sebatu radius suaranya (tu yang aku kagum org2 muda ni, semangat nyer berkobar bile berckp. Tunggu la bile ko dah suku abad nnti, konfem nk abeskan ckp satu ayat pon tergagap2, hehe). Baru la aku tersedar yang student dah ramai yang dtg. Aku tak pulak nk marah sbb dgn tak sengaja aku terpikir, adakah masa umurnyer seusia dengan dowg, adakah mungkin aku spt dowg pd penilaian org lain yang sentiasa semangat bile berckp. Mungkin juga sbb aku ni kdg2 pekak orgnye, maka pendengaran itu sengaja dibataskan, jd suara yang keluar dr peti suara itu mungkin tidak terlalu kuat kedengaran di corong telinga aku walupon frekensinya sudah beratus2 desibelnya.
Perhatian aku teralih pula pada kumpulan budak2 girls yang sangat komited pada keje lab nya. Dengan tanpa dipaksa-paksa, kotak memori aku dengan lajunya memutarkan roll filem back da same course while i'm doing a lab work with my best 5 best friend and my above comrade (panjang jodoh alu ngan komrad aku rupenyer). Aku sangat beruntung kerana geng2 aku jenis komited wat keje secara tak langsung aku pon ter"induced" utk komited sama sebab masa sekolah menengah dulu aku adalah org yang paling suke mengelak keje2 amali lab terutama lab kimia. Adakah sebab aku tiada geng yang komited atau aku tidak minat subjek kimia itu kerana aku tak suke pada cikgu yang mengajar (manusia suke meletakkan kesalahan pada orang lain, hehe) atau aku ni mmg jenis yang pemalas (mungkin juga)? Soalan itu aku biarkan sepi tergantung kerana intention aku bukan nk menjawab soalan tersebut pon. Betullah, zaman sekarang Allah bagi "cash" atas yang kita wat dulu. Buktinya, subjek yang aku tak minat dulu iaitu Kimia inilah yang aku tak boleh lari kini sbb bidang aku wat kini most of it, is about chemistry. A token of appreciation credited to our Islamic figure in chemistry, Al-Razi yang hebat mempelopori ilmu-ilmu kimianya hingga kini (kalu beliau masih idup, mesti aku nk berguru ngan die, tak la aku tak minat kimia dulu kini dan selamanya, hehehe).
Berbalik pada citer td, aku dan geng2 aku seronok wat lab amali kos ni sbb masa ni la kiter akan apply teori yang kiter blaja kat dalam class (kiterowg mmg stok2 yang suke apply teori yang kiteowg blaja dalam percakapan harian, lagi senang nak ingat). Tak sia-sia org2 dulu kuarkan pepatah, ilmu yang tak diamalkan spt pokok yang tak berbuah (nape dikaitkan ilmu ngan pokok itu tidaklah diketahui, mungkin sbb dulu2 luas pemandangan dengan pokok2 yang hijau sbb demand pembangunan kurang berbanding supply natural sources yang kita ada, tapi skunk demand melebihi supply, tu yang hangat isu global warming tu).Bezanya geng2 kiterowg ngan kumpulan girls kat atas td, kiter wat keje tangan ngan mulut seriringan (ilmu itu lagi berkesan kalu kiter apply dan bahaskan), walupon most of da time content perckapan itu tidak la sejajar ngan apa yang kiter tengah buat tu. Kadang2 geng aku antara yang plg lambat balik bukan sebab kiterowg ni wat keje lembap wat keje tp sebab tersilap pilih alatan distillation yang sangat lambat ia berfungsi. Tapi tu la yang menjadi resepi penambah rase dalam persahabatan kami (Miss U alot, geng sesemak).
Yang paling aku tak leh blah, ade sowg budak dalam lab amali tu suke menyakat budak lain. Tiap2 kali lab mesti ader jek yang die jadikan orang lain bahan sakatan die. Budak yang dijadikan bahan tu tak pula melawan balik (aish, kalu aku memang kene balik la). Aku bagi panggilan kat die misbun la sbb misbun karakter die yang suke kacau org dan die sedikit hitam. Ptg td, die borak2 ngan aku. Ntah macam mana melalut sampai die tahu aku minat Naruto (mungkin la juga die perasan pic wallpaper lappy aku gmbar Naruto kot). Pastu die ckp la, "akak, kat klas ni pon ader sowg yang muke sebijik Naruto, kak". Pastu aku pon excited la nk tgk. Die pon panggil budak yang sebijik mukenyer cm Naruto dan tunjuk kat aku. Time tu sume perhatian teralih pada si Misbun, budak Naruto dan aku (ni yang aku lemah ni kalu publisiti2 murahan ni). Ade ke patut si Misbun ni swuh budak Naruto tu senyum kat aku and tunjuk kat aku die punya 3 line garisan kat pipi supaya menyamai Naruto bile die senyum. Malu kot aku (walupon aku ni otai2, tapi aku pompuan jugak). Dah budak Naruto tu tersipu2 malu ngan aku sebab die kene jadi bahan. Lps tu melekat kawan2 die yang lain panggil die Naruto (sorila dik, sebab aku ko kene jd bahan, bengong tul la si Misbun ni, diam2 sudah). Ingatkan si Misbun kacau sampai setakat tu jek tak sangka berlarutan plak. Kesian plak la kau tgk budak Naruto tu, so secara tak sengaja aku sound si Misbun tu, "aish ko ni, keje lab ko dah siap belum? Tak de keje lain ek nk wat asyik kacau die..". Tak tersangka lak aku, sound aku tu mendapatkan sorakan tepukan budak2 lain (macam aku wat persembahan plak yang deserve standing ovation kan..aku rase dowg yang support aku td tu mesti penah jd bahan si Misbun). Aku rase sebab b4 this, tak der org yang berjaya tegur si Misbun spt aku kot (advantagenyer sebab aku ni senior dr dowg). Terkulat2 si Misbun lepas tu. Aku tak der la niat nk marah die sbb si Misbun ni baik budaknya tapi aku lebey kesian kat budak Naruto tu. Mungkin sebab muke die cm Naruto, tu yang aku try protect die tu. Teringat plak aku, sempena aku suke menyelamat org, komrad aku tujukan lagu kat aku, "M, penyelamat Bumi, Boboiboy!". Nak di jd kan cerita, Si Misbun ni mengingatkan aku akan seseorang, walopun seseorang ni memang suke wat prank tapi lebey pada gurauan2 manja (aku la tuh).
Cukup la setakat tu aku nk update. Best gak bila kiter pikir balik memori2 lepas. Kadang2 yang pahit tu la terasa manisnya kini bila dikenangkan. Memory is the diary that we all carry about with us .Kalu diberi peluang aku utk kembali zaman2 dahulu, aku tak nk sbb sume yang aku lalui tu dah terlalu manis utk aku telan. Aku pilih utk jalan yang baru, which is da the road not taken. Tak tau ape yang ahead onwards but when it comes on making choices, what i believe that discover a new thing there's always an Opportunity cost (economically term yang membawa maksud, kos lepas).
Just For Gags: Pemilihan tajuk entry, nape perlu 1352 kbytes tu bukan la aku calculate actual memori aku kat atas tu tp sebab aku suke nombor2 tersebut yang ader date birth aku and feveret number aku.. heheh