Dalam sedar tak sedar, rejab pon nak melabuhkan tirai memberi laluan kepada Syaaban menjelang sebelum Ramadhan. Dah habis ganti puasa? If tak yakin dah ganti tu, bolehlah niat ganti puasa selitkan sekali puasa sunat, 2 in 1 dapat pahala (Soft and self reminder untuk diri sendiri juga >_<)
Aku memang tak sabar tunggu kedatangan Ramadhan sebab terasa yang malam dia 'hidup' di Malaysia ni dalam kebanyakan bulan Islam. Mungkin bagi masyarakat kat Malaysia ni, malam Ramdhan dah dikatakan 'hidup' dan meriah tapi bila aku berkongsi pengalaman dengan sahabat penduduk Bumi Iraq (if tak silap), dia bandingkan masih sepi bagi dia berbanding di tanah kelahiran beliau, MasyaAllah, kalau diberi keizinan dapat ke Asia Timur pada bulan Ramadhan dapat merasai sendiri pengalaman tersebut mungkin sesuatu nikmat yang besar.
Aku bersyukur dalam kesibukan duniawi aku sendiri, aku masih diberi peluang untuk mengisi sedikit masa bersama sahabat-sahabat sekeliling aku untuk menyemarakkan lagi semangat kedatangan Ramadhan. Terima kasih buat sahabat Bilik Siswazah 8 (Kak Malisa, Enio, Lia, Khunaw dan nana) atas idea bersama untuk sama-sama bertilawah Al-Quran bermula minggu kedua bulan Rejab sebelum solat Zuhur berjemaah dengan misi khatam Al-Quran 30 juzuk sebelum Ramadhan (sebagai langkah persediaan) dengan 1 juzuk bacaan setiap hari, setiap orang membaca 2 muka surat secara bergilir-gilir. Melalui pembacaan ini, kita dapat tingkatkan lagi bacaan tajwid dan berbincang tentang perkara-perkara berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Seronok dan rasa rugi kalau terlepas join bacaan tilawah ni.Jadi, aku akan pastikan tengahari sebelum waktu Zuhur aku dah berada di fakulti. Misi kami, khatam 2 kali sepanjang bulan Ramadhan. Tiada istilah malu dengan pembacaan masing-masing sebab dalam proses belajar perlu telus dan ikhlas.
Hari ni aku belajar lagi sesuatu yang baru yang buat aku terbuka minda. Dalam urusan pembelian Al-Quran, kita sebagai pembeli buat pembayaran dengan penjual naskhah Al-Quran sebagai Hadiah kerana belian barangan bermaksud barang tersebut mempunyai nilai, sedangkan ayat-ayat Al-Quran nilainya tak ternilai. Dan jangan adakan sebarang tawar-menawar dalam urusan tersebut. Perkara yang mungkin kecil tapi mempunyai nilai pengajaran yang tinggi yang kita pun tak terfikir.
Mungkin pada masa akan datang aku akan berkongsi lagi sesuatu yang baru aku pelajari daripada pengalaman persediaan Ramadhan kali ni melalui pembacaan tilawah Al-Quran secara berjemaah ni.
Selamat beramal dan sentiasa istiqamah dalam tingkatkan iman kita
^_^
Salam Akhir Rejab