Thursday, July 3, 2014

Kewujudan dan kehilangan!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Selamat berpuasa bagi semua Muslim seluruh dunia! Semoga kedatangan bulan Ramadhan kali ni lebih bermakna dan berkat berbanding yang sebelumnya dengan peningkatan amal ibadah yang wajib dan sunnah berteraskan nawaitu kerana Allah Taala. Jangan lupa saling ingat mengingati dan bersederhanalah dalam semua perkara, sesungguhnya apa yang kita miliki adalah nikmat dan pinjaman semata-mata. 

Apa yang bakal korang akan baca di bawah mungkin sedikit sebanyak buat korang berfikir dan bermuhasabah sejenak. Entri ini aku tulis secara random setelah sekian lama aku tak mengemaskini blog ni! Bagi yang sentiasa mengikuti penulisan aku dalam blog ni ribuan terima kasih aku ucapkan atas kesudian korang membacanya dan mohon maaf sekiranya tak dapat update selalu dan mungkin ada penulisannya bersifat syok sendiri. Aku menulis  (x kira di blog or status ig or fb) sebab aku takut satu hari nanti aku lupa siapa aku, kesedihan dan kegembiraan apa yang telah aku lalui dan siapa orang-orang penting dalam hidup aku. Mungkin tak semua yang boleh dikongsi ramai tapi sedikit sebanyak ada buktinya kewujudannya!

We live for a purpose! Sehingga hari ini aku masih berpegang pada tag-line tu! Short but meaningful to me. Disebabkan masa kecik-kecik aku (umur around 4-5 tahun) aku a little bit sensitive  orang-orang sekeliling aku membuatkan aku nekad seawal usia 6 tahun aku dah tak nak nangis dan ambil pusing benda-benda yang aku rasa hurtful baik dari segi kata-kata dan perbuatan. Aku anak kedua dan aku ada seorang kakak, adik perempuan dan adik lelaki. Mungkin kalian pernah came across about anak nombor dua ni pelik dan unik. Let me corrected it. Actually sesiapa yang dilahirkan dahulu sebelum kalian tidak kira kakak atau abang yang berjantina sama dengan kalian, secara psikologinya kalian akan alter karakter kalian mengikut keperluan dan kehendak kalian. Lama kelamaan ia menjadi habit. One fine day nanti aku buat entri khas untuk anak no2 ni daripada pandangan dan pengalaman aku.

Jadi dari situlah bermulanya anjakan paradigma dalam hidup aku untuk divert my sensitivity terhadap kata-kata dan perbuatan orang lain dengan tidak mengambil pusing perkara yang kurang pentingnya pada diri aku bahawa aku ada tanggungjawab dan peranan yang lebih penting dalam hidup ini berbanding dengan coklat aku dimakan oleh akak aku atau orang irihati dengan aku sebab aku comel dan lebih talent dari budak-budak yang suka nyakat aku (lol).

Percayalah bahawa setiap kewujudan itu ada hikmahnya. Dan korang adalah salah satu bukti kewujudan tersebut. Kadang-kadang, apa yang kalian buat itu kecil tapi sumbangannya besar terhadap orang-orang tertentu. Jadi, jangan berfikir bahawa diri korang tidak berguna dan jangan pertikaikan siapa kita di mata manusia, yang penting siapa kita pada Allah. Mungkin kewujudan dan kehadiran korang tu kurang disedari tetapi kehilangan dan ketiadaan korang pasti akan dirasai.

Biasanya, kita akan merasai kehilangan sesuatu itu sekiranya sesuatu itu ada mengambil sedikit ruang dalam ingatan dan hati kita. Jarang sekali, kita akan merasai kehilangan sesuatu itu sekiranya kita tidak pernah mengambil berat kehadirannya, kewujudannya dan peranannya. Kita juga tidak akan merasai kehilangan sesuatu benda yang tidak kita hargai dan tidak kita ingini dalam kehidupan kita.


Ada sesetangah kehilangan itu memberikan kesedihan kepada kalian sebab rasa cinta korang pada benda atau orang yang korang hilang itu. Firman Allah SWT di dalam surah At Taubah, ayat ke-24, bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Kecintaan yang berlebihan terhadap perkara-perkara diatas mendapat ancaman keras daripada Allah kerana kita tidak pernah memiliki walau satu pun daripada semua nikmat yang disenaraikan tersebut. Keterikatan dan kebergantungan kepada sesuatu yang bukan milik hakiki kita boleh mendatangkan kekecewaan apabila kita kehilangannya. Rasa memiliki inilah yang akan melemahkan kita sebab ia akan menjadikan kita kecewa dan sedih yang amat sangat apabila Allah menarik nikmat-nikmat ini daripada kita. 

Jadi, jom sama-sama mendidik diri supaya kurangkan kecintaan dan kebergantungan terhadap orang atau benda-benda yang kita cintai melainkan Allah SWT. Cinta terhadap seseorang mungkin kita bakal dilupai atau ditinggalkan tapi Allah takkan tinggalkan hambaNya sekiranya kita ditimpa musibah. Ar-Rahman, Ar-Rahim! May Allah blessed all of us! Amin