Wednesday, October 12, 2016

Random Morning Greeting Video

Assalammualaikum and Good days, peeps!

Seperti biasa dah menjadi rutin harian mesti nak selfie sebelum sampai tmpt keje depan kamera fon masa memandu utk cek penampilan supaya lebih konfiden dan tampil kemas terutama depan budak-budak. Kalau nak tahu, budak-budak lagi pandai pilih, nak cikgu yang cantik dan comel tau, bukan remaja atau org dewasa jek tau memilih. Lebih2 lagi, budak2 jujur, kalau cantik dowg kata cantik la ko and budak2 ni cepat bosan, so penampilan harian ko pon xboleh sama je. Maksudnya, sehari pakai tudung bawal, hari lain pakai tudung shawl, pastu tdg loose style and the list going on and on.

Apa2 pon dalam etika berketrampilan,  konfiden diri adalah aspek plg penting yang melengkapkan keseluruhan persembahan diri ko depan orang lain terutaman pada perempuan. Seperti kecantikan, konfiden juga adalah subjektif pada perempuan umpamanya, konfiden itu dilihat dari sudut pemakaian, solekan, cara bercakap, berjalan and so on. Tapi macam aku lihat konfiden itu dari aspek yang menyeluruh. Dalam bahasa mudah, orang yang happy and sentiasa positif adalah orang yang konfiden.


Macam ni pon dikira konfiden, sebab rasa diri comel je. Patut budak2 suka (nampak tak ciri2 konfiden di situ)


Ni senonoh dan matang sikit. Matang ke?

Jadi, kesimpulannya apa jua pemakaian yang kita pakai haruslah kalau boleh pertimbangkan mengikut agenda yang bersesuaian dan tanamkan konfiden dalam diri untuk mendapatkan pakej yang lengkap dalam berketrampilan. Aspek dari saiz yang bersesuaian, warna dan tema tu pon salah satu faktor yang meningkatkan konfiden diri. Macam mana nak build konfiden diri paling praktikal selalu tgk cermin, say " i am beautiful", "i am sweet", "i am brave" and seangkatan dgnnya. Minda kita secara tidak langsung memberi respons utk bdan kita bertindakbalas dengan ransangan tadi. Itu magik yang ramai orang tak tahu. Trust me, it works. Tapi kalau tak berkesan maksudnya, kowg sendiri tak yakin dengan kelebihan yang kowg ada sebab kowg selalu terikat dengan pandangan orang lain terhadap kowg. Give a damn about it, please! Kita tak boleh memuaskan pandangan semua orang. Orang akan terus kritik apa jua yang ko buat (this kind of people biasanya insecure dgn semua benda, so sila abaikan mereka dengan masalah mereka).

Okay memandangkan kowg baca entri line by line sampai habis, aku ada hadiah utk kowg! 

Tara..nah video khas utk pembaca2 misteri entri aku! Amaran keras, sila sediakan plastik atau mangkuk untuk muntah. Have a nice day, peeps!


No comments:

Post a Comment