Tuesday, October 4, 2016

Di luar Comfort Zone: Aku Guru Taska

Hari ni hari pertama aku sebagai guru taska sambilan dari 7.30 pagi-1ptg di Taska De Sayang, Presint 3, Blok E12, Kementerian Kesihatan Malaysia. Salah satu antara yang aku buat di luar comfort zone aku sepanjang hidup aku. Satu pengalaman baru walaupun sebelum ni aku ada pengalaman babysitting baby and budak2 yang ada pertalian darah dengan aku since aku sekolah menengah rendah lagi. Bukan babysit jek, nursing orang tua pun ada pengalaman. Sebab tu aku pernah cakap, umur bukan ukuran pengalaman yang kowg ada. Thanks to my late mom and my parent, i had this kind of experiences. Mereka didik aku bukan dengan kemewahan, mereka ajarkan "you want something, you need to earn it"!

Mana2 kerja mesti ada risiko, lebih2 lagi bila melibatkan anak2 kecil. Tapi peluang kerja tu aku tak terima bulat2. Penting utk aku kaji dahulu latar belakang taska yang akan aku berkhidmat. Alhamdulillah, taska ni dapat feedback positif daripada parents and antara yang jadi priority list bakal2 parent yang nak hantar anak2 mereka. Kebanyakan anak2 yang dihantar oleh parent pagi td boleh nampak keserasian mereka dengan guru2 kat taska ni.

Aku ditugaskan bagi peringkat umur 1-2 tahun (toddler) seramai 32 orang bersama 3 orang guru taska sepenuh masa yang lain. So hari pertama aku perlu observe, learn and do the chores accordingly. Tak susah sangat since yang ada ramai guru taska yang berpengalaman. They know to handle the kids and the kids respect them well. Hanya ada a few yang nakal2 sikit but manageable. Seriously, setakat hari first ni tak  tense langsung and aku rasa fun handling kids ni. Kalau ko pandai handle dowg, u earned their trust and respect. Aturan kerja pun tak susah: sorting out barang2 kids from their bags, entertaining them for some activities, change diapers, singing, feeds them and put them on sleeping. Just give the instruction and they will independently did those. Well behaved sangat.

Scene lps semua kids dah diberi makan tengah hari seawal 11 lebih tengahari and put them to sleep, then dah boleh relax! 

Based on previous experience, I know to treat kids tapi aku tak nak get attached sangat this time around sebab ye la aku temporary jek.  Nanti bila kids dah selesa ngan aku,  aku berhenti berkhidmat, kesian kat kids tu and diri sendiri. This morning, without effort utk tarik perhatian kids pon, aku dah di kelilingi oleh a few kids. They all behave and manja plus cute sgt! Kids can see the aura the adults have for them to get to you.


Ni yang tidur tu nama dia Afif, dia orang pertama yang cuba grab my attention towards him, manja suka duduk kat pangku ak jek. Since dia comel sangat,  suka layan dia cakap walupun kdg2 tak paham sbb dia cakap tergagap2, sama ada nervous ngan teacher dia atau byk sgt makan pulut (teringat my friend punya statement). Kat taska tu ramai boys, ramai yang hensem2 plak tu, ni salah satunyer. Untung jadi guru taska ni 😅. Terus doa jika diizinkan Allah bertemu zaujah (my other half) kat dunia ni nak nisbah anak lelaki ramai dari perempuan, anak sulung lelaki insha allah rupa dan peribadi penyejuk mata dan hati. 😊

Task paling susah setakat ni adalah kena ingat nama kids. Tapi since mmg ak dah biasa suka ingat nama students dalam kelas, so this is like 'kacang'. Give me seminggu je, insha allah i will remember them.

Dalam pemerhatian aku, ketegasan dan penyayang adalah sifat yang paling utama kena ada pada guru taska atau mana2 pendidik selain sifat tanggungjawab. Dalam usia inilah mudah untuk mendidik untuk pendedahan pada kids tu yang mana boleh dan tak patut buat. Tak semestinya perlu bersuara tinggi, bernada lembut namun ada ketegasan. Banyak yang aku perlu belajar lagi dalam hal mendidik ni daripada orang2 yang berpengalaman dan harus disesuaikan mengikut keadaan.

Setakat ini yang dulu yang dapat aku kongsikan bg pengalaman di luar comfort zone aku sebagai Guru taska sambilan!

Dear peepers nampak tak aura pendidik kat situ? 

Salam, sekian!

No comments:

Post a Comment