Thursday, October 13, 2016

On paper vs reality

Assalammualaikum and Happy lunch, peeps!

Bagi guru2 PT3 di luar sana mungkin sekarang tengah sibuk and pening kepala dengan soalan2 PT3 kan especially utk Sains dan Matematik. Ruangan Whatsapp tutor2 utk hari selasa dan rabu busy dengan perbincangan terkini pasal soalan2 keluar. Macam aku, aku kurang ambil port, just skroll gak apa soalan yang keluar yang boleh aku jadikan rujukan utk pengajaran tahun depan. Memand dah jadi kebiasaan masa belajar dulu pun lps exam aku tak suka bincang2 jawapan, bukan boleh ubah pun kan. Usaha dah pun dibuat dalam tahap yang baik, seterusnya perlu tawakal.

Memandangkan tutor2 pun boleh pecah kepala  fikirkan penyelesaian, apatah lagi pelajar2 PT3. Tutor pecah kepala bukan sebab tak boleh jawab tapi tak tahu nak terangkan dalam bentuk mudah utk tahap2 PT3 tu. Kadang terpikir jugak aku apa relevennya soalan tu kalau skop pengajaran tingkatan 1-3 kan dah ditetapkan. Tu masalahnya kalau penetapan sistem dan perlaksanaan pembelajaran tak seiring. Kesian pelajar jadi mangsa ketidakberhasilan sistem yang dilaksanakan, guru2 pun turut terbeban. Hurm, apa2 nak bising2 sangat pun tak berhasil, terpaksa adaptasi la dengan keadaan. 

Dah jangan stress2, tak elok utk kesihatan dan emosi. Jom chill2 dengan screenshot kat bawah ni:
Ni antara soalan yang give headache tutor


Maka tutor2 pun bertungkus lumus menjawab soalan yang difikirkan jawapan nya releven


Cuba dan terus mencuba pelbagai kaedah yang mudah difahami oleh pelajar..

Terus buat troll whatsapp mcm ni bile semua dah pening๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Kan senang tanya terus!

Soalan on paper vs reality..pelik2 dan menyusahkan macam sistem jugak lahaiii

No comments:

Post a Comment