Thursday, November 1, 2012

Selamat Tinggal, Cinta Baru!

Assalammualaikum dan selamat merubati kesedihan, peeps!

Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah
Setiap kemanisan, pasti terselit kepahitan
Setiap yang gembira, pasti merasai kesedihan
Dan setiap yang hidup, kematian itu pasti!
That is life! Balance! Dan hanya Allah yang maha mengetahui di sebaliknya.

Gambar dipetik daripada FB Mr.G sbb aku mmg tak der simpanan gambar beliau yang statik menghadap kamera. Mungkin ada hikmahnya yang beliau tahu beliau yang kehidupan beliau bersama kami hanya persinggahan dunia yang sementara

Entri kali ini ada kena mengena dengan yang lepas. Pada hari Isnin bersamaan 29 Oct 2012, Dottie (a.k.a Labi) telah meninggalkan kami pada 6.45 a.m. tanpa aku sempat jumpa beliau buat kali terakhir. I won't say much about the causal, but it was tragic. Semua adalah ketentuan Allah. Allah lebih menyayangi beliau. I strongly believed that every happens for a reason. Mungkin, lebih memudahkan aku fokus untuk Joshua dan kurangkan aku melakukan penganiayaan jika aku mengabaikan tanggungjawab atau berat sebelah thadap mereka berdua (sekiranya Dottie masih hidup) atau kalau beliau "pergi" nanti mungkin lagi berat kesedihan yang aku tanggung. Ya, berdua lebih baik barangkali (kini-aku-dan-Joshua). Aku redha dengan pemergian beliau dan semoga beliau aman di sana. 

Mungkin tragedi tersebut beri tamparan hebat terhadap Mr.G yang menjadi saksi kejadian dan beliau serta keluarga beliau lebih terasa berbanding aku dimana Joshua dan Dottie dibawah penjagaan mereka lebih lama sepanjang Dottie masih hidup. I prayed that Mr. G will not blame himself for what had happened, he and his family managed to wrap up their sadness for the loss. Time is a best healer. I believed that Dottie received a lots of love while she was alive from me, Mr. G and his family. She's gone for good!

Walaupun aku sempat jaga dan berkongsi kasih sayang dengan beliau dalam tempoh yang singkat, tapi kehilangan beliau sangat dirasai sehingga kini. Allah bagi kita rasa kasih sayang dan dalam sekelip mata Allah boleh tarik nikmat kasih sayang tersebut. Betapa besar kekuasaan Allah terhadap mahluk-mahlukNya. Semua itu menjadikan hamba-hambaNya lebih kuat dalam menempuhi cabaran dan dugaan hidup supaya kita sedar bahawa semua adalah bersifat sementara dan kurangkan kebergantungan terhadap sesama kita. Maksudnya, kalau kita rindu/sayang/cinta akan seseorang itu, janganlah terlalu agung-agungkan rindu/sayang/cinta dia sampai kita lupa tanggungjawab kita yang lebih hak terhadap Allah. Biarlah rindu/sayang/cinta itu berpada-pada dan sandarkan perasaan-perasaan tersebut melaluiNya supaya kebergantungan kita terhadap Allah melebihi segala-galanya. 

Kini, aku dan Joshua terpaksa membiasakan diri dengan ketiadaan Dottie. It might take awhile for us to adjust the feeling of the loss. Like I said, time is the best healer. 

Joshua main sowg bila aku tak dapat nak layan dia. Joshua mula sedar ketiadaan Dottie dimana dia mengiau-ngiau mencari sesuatu. But, he seem to be playful this time unlike the 1st time we met. His playful, bite and patchy-matchy reminds me about Dottie. Allah hilangkan satu and replace sesuatu yang lebih baik. Wish mean, now the character of Dottie inside Joshua's, 2 in 1. See, what I meant? 

Bukan main serius muka Joshua tengok aku main-mainkan jari aku kat dia. Geram la tuh!

 Rutin seharian yang sering berulang, bangun-berak-kencing-makan+minum-main-tido!

Gaya tido 'Superman' yang jadi feveret Joshua. Aku rasa aku patut belikan Joshua Costume Superman bagi dia pakai. mesti comel kan (kening double jerk). Hehehe


Finally, this video ketika Joshua main wayar earpiece aku. Sakan! Sian, barang-barang dia semua kene buang sebab kene tahi dia. Nanti I belikan U yang baru ek!

Okay, peeps! Hopefully, u guys bear to write this entry. Sama-sama kita doakan orang-orang yang kita sayang yang lebih awal mendahui kita menemui penciptaNya, semoga roh beliau tenang dan ditempatkan bersama-sama kesayangan  Allah. Al-fatihah! Dan kita yang tinggal lebih kuat meneruskan perjalanan sebagai khalifah di Bumi Allah. Amin. 

"To live successfully you must have inner peace, tranquility and happiness"

Selamat Hadir, Cinta Baru!

Assalammualaikum dan Salamat menemui cinta, peeps!

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha/Haji/Qurban" kepada semua umat Islam di dunia. Dulu masa kat sekolah aku belajar pengertian Qurban bererti menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada TERNAKAN yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr/Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrud kepada Allah (amek ko ayat buku terus aku bagi).

Mesti masa kowg baca tajuk entri kowg cakap aku ni playgirl kan! Don't judge the blogger by it's entry (hiks). Seumur hidup, aku tak pernah permainkan hati-hati lelaki walaupun wanita, oopss! Kalau tak nak lebih-lebih dalam satu perhubungan, aku shoot terus terang say that, "I'm waiting for the true owner of my ribs, if it is confirmed you are the owner of my ribs, get my approval from my parent, supaya aku halal untuk mu"(sebagai contoh je setelah aku olah2 sikit typikal ayat aku). Haha, ada bran cakap camtuh? 


Sebenarnya memang aku temui cinta baru aku. It happens last week masa aku dapat last minute call tolong ganti ngajar kat tempat tusyen di Kajang. Tak payah nak buat muka terkejut sangat okay. Yup, aku adalah guru tusyen dan private tutor juga (partime je, cari duit lebih, student kan). Then, before masuk kelas, aku terserempak ngan dua lelaki kitten yang super cute tengah main kat pintu masuk tempat tusyen aku tuh. Walaupun tengah kejar masa tapi sempat lagi aku belek kitten tuh. Kepantangan sungguh aku kalau tengok benda-benda cute ni. Saja je 2 kitten tu menggoda aku untuk touch dowg, suka la tuh! Lately ni memang aku pantang tengok kucing sbb masih berkira-kira nak membela dowg kat bilik aku di kolej yang super kecik, kata bilik bujang.

Then, after tusyen tengok2 da same 2 little kittens men kat area kereta Mr. G parking. Memandangkan ada 2 ekor, masing-masing terkam sowg satu, x pyh nak berebut. Pastu datang idea gila Mr. G, dia suruh adopt dowg 2-2 ekor skali. Aku ingat dia yang nak adopt sebab kucing dia si Yam dah beralih tuan (hehehhe-gelak evil). Rupa-rupanya dia swuh aku jaga sebab aku pun kan tengah usha2 kucing gak. Pelik, anak kucing yang cute camtuh pon tak bertuan? Bulu die fluffy cam harimau belang siberia yang kelabu putih tu, plus bersih dan tak berbau. Memandangkan kriteria sudah memadai sekadar dowg bersih, kteowg dengan excited kidnap dowg masuk dalam kereta. Kteowg assume yang dowg ni tak bertuan sbb Mr. G cakap dia selalu nampak dowg merayau, main2 kat area tu. So, x salah la kteowg adopt dia kan (sambil angguk2 tanda setuju)!

Punyalah excited kan sampai aku tak terfikir consequences aku jaga dowg dengan tidak berbekalkan pengalaman jaga kucing di dalam bilik sekangkang kera itu, tanpa apa-apa persediaan peralatan dan makanan dowg like cage and sand crystal. Belum kira lagi dari segi persediaan mental menjaga 2 mahluk yang bakal menjadi peneman setia aku di kala senang or susah. Tu yang dikatakan jodoh, it happens in a speed of light. Belum sempat aku nak letakkan nama untuk bebudak ni stripey ke, streakey ke (sbb fur dowg stripes), Mr. G lebih pantas memanggil mereka Joshua and Dottie since dowg sepasang jantan betina sempena nickname nama kereta kteowg. Pasrah jek la sbb dia pon ada share in kidnapping those little kittens. But seem they like their names, so stick with that.

Tiba jek di kolej mulalah misi mencari makanan kucing. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sebab floormates kebanyakan memang suka kucing. So, dowg mmg dah ada makanan spare to feed the kucing 'gelendangan' yang datang kat floor ktewog. Ada jugak member memang adopt 4 anak kucing same age like Joshua  and Dottie species bulu panjang. Mereka sangat membantu dalam penjagaan dan pendapat untuk urusan2 adopt kucing ni. Excited punya pasal sampai Mr. G called 6 times pun tak perasan, al-maklumlah  mode silent kan. Daripada orang tak tahu aku baru adopt kucing malam tuh, semua member2 aku jadi tahu gara-gara Mr.G la ni oleh sebab dia tak dpr reached aku by my phone, dia contact insan sejagat yang rapat ngan aku. Spoilt the suprise tul la pakcik ni. Risau sangat kalau aku tak handle dowg la tuh. "Ni M la" :p 

Dipendekkan cerita, bermulalah kehidupan aku bersama 2 Cinta Baru yang baru hadir dalam hidup aku pada 10 lebih, 22hb Oct 2012. "Selamat hadir Cinta Baru, Joshua dan Dottie"(leh wat telemovie kalau ada yang nak sponsor, contact me, okay). Ingat senang ke nak jaga 2 little kittens ni. Kena jaga and belai mcm anak kembar tahu. Luckily, aku dan biasa jaga sepupu aku yang kecik-kecik since aku menengah rendah lagi. So, should not be a problem to handle and manage both of them. Bezanya, kehendak baby lebih senang difahami compare dengan kehendak anak kucing sebab aku adalah manusia, so aku paham body language and gestures manusia. And of course pengalaman dulu dan baru mengajar kita sesuatu. Dalam hidup we can't stop learning, indeed! Stop learning means you stop growing!

Pada awalnya memang agak sukar la sebab dulu aku dah biasa uruskan diri aku je dan tentunya mudah untuk uruskan diri sendiri. Kini, once u have adopted those kittens meaning tanggungjawab and komitmen pon dah berubah, need a huge adjustment on that. Memandangkan aku prefer dowg freely moved tanpa cage, so memang konfem la time kowg tidur akan terganggu sedikit sebab ada yang menjilat and cium ko waktu tidur dan bunyi barang2 kowg jatuh. Tu yang kowg perlu adjust susun atur barang2 kowg that fit your and their NEEDS and SAFETY.


Here, I am proudly introduced you my new loves, Joshua and Dottie!

Dottie (the upper one), at first was mistakenly taken as a male. Ciri-ciri:
1) Sangat aktif dan takut dengan orang
2) Kalau dia dah selesa dia sangat manja. Suka tidur atas katil pada waktu tengahari and malam. Suka mengigit, cium and patchy aku.
3) Playful
4) Independent and suka beralah dengan Joshua dari segi berebut makanan
5) Belum pandai mengiau
6) Bahaya kalau terlepas keluar sebab dia akan lari and sprint selaju-lajunya (semput woo nak kejar dia)
7) Bersaiz kecil berbanding Joshua dan bulu dia lebih pendek sedikit. Stripe hitam dia kelihatan obvious
8) Lebih dengar kata when I said "NO"

Joshua (the below one), at first was mistakenly taken as female. Ciri-ciri:
1) Super manja and tak takut dengan orang. Bahaya sikit kalau biarkan dia sowg2, semua orang dia nak ikut. Kena kasi ajaran "Don't talk and follow the stranger"
2) Act like a Diva sikit. Born to be a model kot, jalan pon ada style.
3) Pada awalnya tak reti nak main ngan permainan but now much better
4) Independent tapi inginkan perhatian lebih
5) Lebih dominan mungkin disebabkan saiznya yang agak besar compare to Dottie and bulunya lebih panjang dan halus berbanding Dottie. Stripes hitam tak berapa obvious, thus gray color take over the appearance.
6) Very protective and sayang kat Dottie. Manly sangat la tuh
7) Pandai mengiau tapi agak sumbang bunyinya.
8) Pandai follow owner dia kalau dibiarkan keluar dari bilik.
9) Kurang dengar kata when I said "No". Bak kata Mr. G, suka buat muka sardin kalau marah dia. But now, dah trained dia, dia paham sign kita says NO tu.

Aksi-aksi camera-whore budak-budak ni:

 Personal Picture Joshua jek yang berjaya capture sebab Dottie tak reti duk diam. Huhu. Ada gaya bajet Diva kan..kan..

 Aksi tidur dowg yang terlampau like owner dia jugak. Haru tapi maintain cute!

Sempat bersama 3 hari bersama mereka sebelum wat penyerahan hak milik sementara kepada Mr. G untuk jadi uncle dowg sempena Hari Raya Aidiladha. Aku balik raya naik bus sebab dah kena pangkah ngan my daddy, kalau drive sowg balik naik bus. Haha, kantoi sebab daughter dia drift dari KL ke JB took only 2 hrs and 15 min ngan Viva Elite. Kowg boleh buat? Pets are not allowed naik bus

Walaupun baru bersama 3 hari, sedih nak berpisah dia dasat wooo, mcm nak berpisah ngan family masa nak g boarding skool masa form 4 dulu pon tak mcam ni penangan dia. Hanya Allah tahu kesedihan and kerinduan yang tak tertanggung kat bebudak tu. Tatap gambar hanya dapat merubat kerinduan sementara saja.2 hari sekali je leh tepon Mr.G tanya pasal dowg (bukan sebab aku rindu kat Mr. G okay. Sikit tu adalah :p) Tapi tepon pon, bukan leh cakap kat dowg pun, But at least tau la perkembangan dowg. Ntah2 dowg bukan rindu kat aku pon. Pang!! Tak la membantu sangat pun method menelefon untuk merubat kerinduan aku kat dowg. Hiks!

<Menghitung hari saat-saat nak amek dowg balik>

"Sesungguhnya jodoh pertemuan itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Perasaan cinta, kasih sayang dan rindu juga adalah nikmat yang Allah semaikan antara hamba-hambanNya dengan mahluk-mahlukNya yang lain. Tetapi perasaan cinta, kasih sayang dan kerinduan yang lebih hakiki adalah terhadap Allah. Bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah dan sentiasalah berbuat baik kepada sesama manusia dan mahluk-mahluk yang lain kerana mereka yang menerima kebaikan daripada kita akan mendoakan kita. Setiap kebaikan ada balasan daripada Allah"

Sekian. Happy and peace, mahluk-mahluk sekalian!

Note: Actually entri ni dah lama dalam draft aku since last sunday, 28 Oct 2012. Baru je kemaskini kan.

Friday, October 19, 2012

I am a Morning Person!

Assalammualaikum dan Good morning, sleepy-head sekalian!


I am a typical girl who usually wake up early in the morning which they called it as a morning person. This remind me of the FB questions 2 years back asking my friend, Syahirah about "how can u described M?" and she answered that "she's a morning person because I always get to see her online in the morning". I found this very funny though. How in the earth that answer can pop-out in her mind? But then, I couldn't agree more with her. Definitely, I am a morning person. Nak tau kowg morning person ke x, cer try kuiz ni.


and my score is 28 which is

"Rise and shine. You tend to be a morning person and like to rise relatively early and not stay up too late. You don't cope very well when your sleep pattern is distrupted."

Hell yah, it was soooooo true! Aku kalau bangun lewat jek dari kul 7.30 am, it was taboo dah pada aku. Mulalah gejala dizziness. Everything will getting mess up then. Mungkin sebab dari kecik aku dah terbiasa bangun pagi, kalau bangun lewat mula la wat "muka tak siap". Antara adik beradik aku pon, aku yang paling senang kene kejut bangun pagi. My mum just called my full name "Qistina Aisyah" (bukan nama sebenar bagi tujuan keselamatan), pop! Aku terus bangun. Bertuah la sapa dapat aku jadi anak dia. Tak payah nak bazir2 air liur, sampai sakit2 tangan, sepak terajang and simbah air semata-mata nak kejut bangun pagi. Nazab nak kejut orang pagi-pagi ni. Orang selalu susah nak bangun pagi ni konfem culas solat subuh la tuh. Tak pon selalu subuh gajah (peringatan untuk diri sendiri jugak ~_^)


Normally, pagi-pagi dah jd rutin harian brisk-walk kat kawasan riadah berdekatan ngan kolej aku. Biasa orang jog or riadah petang2 tapi aku prefer pagi sebab:

1) Tak panas sangat and cahaya matahari sebelum kul 10am adalah sumber vitamin D yang baik untuk kulit kita. So, tak perlu la nak tepek sun block ke fair and love ke, natural product is the best. Hehe

2) Breeze air. Kandungan oxygen yang dibebaskan oleh tumbuhan waktu pagi  lebih banyak dan tidak tercemar (lupe la tu pasal proses photosynthesis). Baik untuk paru-paru dan otak kita.

3) Bagus untuk santapan a.k.a cuci mata (the best part). Terus terang aku katakan bahawa aku adalah pecinta keindahan. So, daripada pokok, haiwan hinggalah manusia aku suka ushar (sambil angkat kening double). Disebabkan pagi-pagi tak ramai orang yang jog or jalan2 kat situ, so boleh la syok sendiri nak excited, "wah, cantiknya burung tu!", "eii, banyaknya ulat bulu", or "pergh, hensem seh mamat ni..leh pasang umpan ni buat2 jatuh".. hehehe Apa salahnya kalau dapat killing 2 birds with 1 stone kan? Kot la boleh wat stok suami kan (baguih na boleh bangun awal pagi mesti solat subuh ye dok). Haha, neway that;s beyond my style. Aku passed by budak pompuan pon aku tengok bawah ni kan plak lelaki kan (terbukti bahawa aku ni pemalu..kuang..kuang..kuang). dan biasa route aku mesti berlainan direction berbanding orang-orang lain sebab aku kan unik.^_^ (sebenarnya sebab tak suke orang ikut ak dari belakang, hahaha). 

Kantoi curik buah!




Tenang jek kan pagi-pagi. Ingatkan tak der orang, tu yang menggedik capture pic. Tetibe ada plak sowg mamat ni passed by. Pergh, malu sebakul aku kat situ (teruskan jalan dengan muka sehinggit). Konfem kene chop budak bimbo. Hahaha, ada aku kisah!


Pastu balik kolej, bersihkan diri, bekpes and leh sambung wat keje (ni online jek lebih bukan wat keje pon) sampai la mata berpinar tengok lappy kan. 

Biasalah, morning person ni tiba waktu tidur dia akan tidur. Kalau lambat jek, tu yang mula hangin sampai kepala. Kalau dulu, kul 10.30pm tu dah kira lewat dah tu. Aku ingat lagi sowg bro yang memang close ngan aku kalau kiteowg ada meeting club yang abes lambat, dia mula risau. Sebab automatik muka aku and member aku yang spesis tidur awal ni mula buat muka toyar (kalau org tengok pon mcm nak bagi pelempang laju2 guna 2 tgn, hahaha). Terus dia surrender either dia abeskan meeting awal or dia dismissed kan ktewog awal (al-maklumlah, adik2 kesayangan+orang penting club). And lagi satu insiden yang biasa berlaku pada aku as a morning person, kalau pergi ngan member2 tengok muvie 10++pm ke midnight, konfem aku mesti terlelap punya. Member2 nak leh paham dah. Ubat mengantuk adalah tidur. So, tidue la secara berhemah kan.

Ok, that's it for now. Konfem kowg pon nak terlelap gak baca entri aku kali ni. Like I care! I am just and ordinary person who love to share the story. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kekhilafan diri sendiri. Selamat menjadi morning person, peeps

Adios and peace yah!

"The wise leads a life without insulting or harming others"

p/s: This morning I just received  bad new from my dear friend that her father passed away due to sudden heart attack! Birth and death is a cycle of life. It's strengthen yourself to be virtuous khalifah. There's always come a rainbow after rain. You don't even know what the future hold. Everything happens for a reason. Condolences to her and her family and be strong. I'm praying that her decease dad will be placed with the beloved devoted. Al-fatihah!

Thursday, October 18, 2012

Old Memoirs

Assalammualaikum dan selamat mem'blues'kan diri!

As I mentioned my previous entry that I came back home last weekend to celebrate my sister graduation day in UTM. Ntah macam mana godeh punya godeh video-cam konon nak transfer pic but guest what? Discovery of primative a.k.a. old pic of my favourite collection album. Dan album tu ntah hilang ke mana, puas aku cari tak jumpa2. Ada la tuh yang peminat misteri aku, siap album aku pon nak culik.Since the pic captured using video-cam, so harap maklum la kualiti dia bukan tahap HD okkay!

Enjoy sight seeing walaupun kowg agak geli-geliman + meremang bulu roma! Bear with them! Hahaha

Baru lps lahir ni. Tengok ibu aku tu masih dalam pantang. Susah woo lahirkan aku sebab aku lahir songsang. Tu yang degil semacam tuh ~_^ sayang ibu!

Hahaha, plump kan aku masa kecik2. Sampai ke besar plump gak. Kekal! Tu la hasil minum susu Dumex sampai darjah 1 (curi2 minum susu adik lelaki aku, ko ader?)

Ni umur 2 or 3 tahun kot. Aku tengok cm nak babap jek bontot aku masa kecik2 ni, hahaha. By theway, since my elder sis setahun  older dari aku, so ibu aku mmg suka pakaikan baju sedondon kat kteowg. Konon orang lain akan ingatkan kembar la. Kembar habes. Tengok pon tau ~_^

Aku masih ingat lagi time ni. Yeah, time ni aku baru lepas nanges sebab tangan aku tersepit pintu kereta. Sapa yang buat? Tentulah aku sendiri. Mana aku perasan tangan aku kat pintu kereta waktu tu. Tu yang muke cembeng tu, terpaksa la aunt aku pujuk and ibu aku snap pic, kasi aku diam. Neway, aku kecik2 dulu memang gembeng (term budak2 suka nanges, asyik-asyik nanges). Kecik2 jek, skunk tough babe! Kereta putih tu 1st family car kteowg, kereta Toyota enjin fuhlamak power, flat no JW apa ntah, lupe sudah!


Ak dah tak ingat dah umur ni bpe tahun sbb muka aku sama jek. Tapi waktu ni, ibu aku ajak aku g family day under company dia punya event kat Singapore. Wah, feymes sakan aku waktu ni sebab sume pakat picit pipi aku yang gebus tu sambil cakap, "eiii, comel nyer die!" (aku tak tipu kay). Itu pasal la pipi aku tembam sampai skunk. Time ni aku ingat dengan jelas bahawa aku takut ngan BADUT. Ada ke patut, aku dah takut ngan dia, dia leh plak nak cium2 pipi aku kan. Menjerit aku 150desibel kat telinga dia. Pastu pujuk bagi belon, apa kelas! Bagi la cokelat Daim ke, Cadbury pon paling kurang. Waktu kecik2 dulu, ibu, aunt-aunt and moyang aku rajin angkut aku ke hulu ke hilir g  jalan2 compare ngan akak and adik aku yang lain. Mungkin sebab dowg nak tumpang feymes sebab aku comel (perasan sekejap) atau sebab aku tak banyak songeh dan meminta2 kot. 

Time ni family vacation kat Sentosa Island, Singapore. Ayah aku slim jek dulu sampai skunk.

Gambar ni paling aku tak boleh blah, masa ni cap pic class darjah 1. Aku pakai pinafore daripada darjah 1-2. Pastu demand cakap kat parent aku x nak pakai baju putih yang pompuan nye sebab lembik, nak yang lelaki nyer kemeja jugak sebab keras. Pastu, kancing sampai atas. Dari kecik memang dah terselah boyish aku walaupun aku pakai pinafore. Singlet pon nak pakai yang lelaki punya yang ada lubang2 tu. Ntah hantu apa yang merasuk aku ni pon x tau la. Boyish2 aku ni pun ada budak minat tau masa darjah 1, siap bagi bunga and surat letak bedak. Apa hingat aku layan ke bende2 luv-luv ni. Tapi blushing gak la kena ngorat. Mcm nak lempang laju2 je mamat tu. Memori!

Time raya kat kampung masa aku Darjah 5. Rambut sepesen jek semua. Rambut tempurung kelapa. Tapi aku tetap maintain cute, hahaha

Hah time ni masa awal2 launching komuter dan aku tak pasti tahun bila. Cube kowg fokus apa yang akak aku pegang. Yup, Hp zaman dolu-dolu sebelum kuar 3310. Besar punya. Bukan takat baling anjing boleh mati, manusia pun leh ajal wooo. Dan sekali lagi aku tekankan, baju aku dan akak aku sedondon. Kalau kowg perasan rambut kiteowg maintain pendek sebab:
1) Jiran kteowg dulu banyak kutu. Banyak gila! Kutu tu berpindah rumah pulak kat rambut ktewog sebab rambut ktewg lagi best, harum!
2) Sebab aku and kakak aku suke gaduh kecik2. Gaya aku gaduh biasalah balas2 touch. Pastu dah geram sebab masing2 tak nak kalah, tu yang tarik rambut tu. Adegan tarik rambut tu tersemat rapi dalam ingatan aku. Haish! Bikin malu wooo

Family vacation dengan kedua-dua wan aku ke Langkawi. Darjah 5 ke 6 camtuh la.  Dan sekali lagi ditekankan baju aku and akak aku sedondon lagi (boleh la since size still sama, ahahaha)

Pose masa vacation kat hotel yang kiteowg menginap di Langkawi. Jangan komen apa-apa ek

Time ni Form 2 or 3. Time ni badan dah start membesar sebab manja. Pergi balik sekolah bus angkut. Sekolah jauh weh. Jalan kaki sekarian pon x sampai2 umah lagi. Hahaha


Form 4 and 5 masa kat MRSM Pontian, 1st batch nyer senior sangat heaven. No bullies ek time ni sebab we all adalah senior yang sangat happening. Al-fatihah buat arwah Najmah (tudung hitam gambar bawah) yang telah kembali ke rahmatullah masa aku 3rd year kat UPM.

and finally time konvo kat MRSM abes form 5. Officially tamat sekolah! Really miss the moment in those time back in schools. Almost 9 years dah tinggalkan zaman persekolah dan zaman kenakalan. 
 Grad seat ikut CGPA weh.. Maintain cool all the time.

Aku-adalah-aku-dari-dulu-hingga-kini.Insyallah-akan-memperbaiki-diri-ke-arah-yang-lebih-baik-dari-masa-ke-semasa.
(Muncung kat bibir memang trademark dah)

Thanks to all people who directly and indirectly involve and influenced my life back on those time to be what I am today either good and bad way. Thanks for those memories too. Love you guys tight!

-close curtain-
 Smile and happy always. Peace no war!

"Life's like a play, it's not the length, but the excellence of the acting that matters"
-Seneca- 

Congratulation on your Graduation day!!

Assalammualaikum and happy Tuesday, peeps!

Oct is the month of GRADUATION DAY in many public or private Institution especially for the local fresh graduate students. Thus, I want to take this opportunity to congratulate our sisters and brothers who just or will pursuing their Sijil, Bachelor Degree, Master Degree and Doctor of Philosophy on their graduation day this year. You guys did great after all the hardships you have been through. What u left behind are the memories those time back but you bring along the valuable knowledge and experience you gained throughout your life!

Last Sunday, 14th Oct 2012 was my little sister graduation's day. Finally, her efforts and hard works that she put in all those 4 years in her Bachelor Degree Chemical Polymer have been paid with a scroll of certificate and a dean medal (berat wooo!! jual kat tukang emas laku kot..ngeh..ngeh..ngeh). And it's already 1 month ++ she's been employed by Petronas as an engineer in Pethlin Kerteh, Terengganu (jd org ganu mg, hihihi). Although, she has been offer by her lecturer to further her study in pHD (jump trus like her sister too, hehhe) since she has an outstanding CGPA but she has turned it down to let her sister finished her pHD 1st and gained experience in working field as engineer b4 continue with her plan to be long term dream job as a lecturer. So thoughtful she is, isn't. Love u, dear sis!

So, here's my wishes for your success:

Congratulations! Well Done! 
Your brilliant days have begun,
You are on the road of success,
and you are on the way to progress,
Your efforts have been crowned, 
success you have now found,
Many more will come,
Hope you will strong enough,
and you deserve to go very high.

Pagi-pagi my dad kejut bangun swuh siap on behalf my mum masuk hall since my mum not fully recover form her sickness. Dengan balik x prepare baju formal, nasib baik my mum ada baju kurung yang leh fit width and my height (mmg keje gila tul). 

Wah, maroon jugak robe UTM ek, sama la cm UPM nye. Aiceh, dah cukup bergaya la tuh? hehehe

Sempat lagi my dad curi-curi snap gambar kteowg gune video kamera setting jek (mesti ayah bermonolog yang anak-anak dara dia ni cam-whore, hahaha)

"check pose cantek x?" 

"why so serious?" (muncung mmg tak leh belah kan M)
Comel kan akak baju biru tu betulkan robe adik die. Kowg ader kakak cmtuh? (smbil wat kening double jerk)

Hah, ni baru bukan snap curi-curi. My dad mmg tak suke bergambar mcm anak-anak dia ni. Kalau bergambar pun mesti masam (pakai susuk la tuh, kidding!). Neway, tak nampak cm bini muda ayah aku kan. Siot tul akak aku dia ckp, " abes la ko. Mesti org ingat ko bini muda ayah...". Rasa cam back kick jek kat akak aku. Mana ada bini muda pakai beg polkadot, jam digital PUMA and siap bawak headphone sangkut kat beg lagi. Haha, mmg awkward pon masuk hall sbb org tengok atas bawah, al-maklumlah yang masuk hall bese parent. Mana x tkjut orang dalam hall budak-budak x matured tetibe jd parent kan. ~_^

Fortunately, dapat seat dekat ngan my sis nyer seat. Ungtunglah, leh capture pic dia byk2. Malu tau I kene bangun expose2 tangkap gambar dia. Kantoi ngan budak kosmet dia yang aku ni kakak dia. Mana xnya dok panggil, "kak ngah..kak ngah". Baru nak pancing sowg anak ikan, hahaha (gilo). Bosan wo menunggu dowg g atas stage amek scroll. Barulah aku paham perasaan parent aku pada ketika akak aku dan aku masa dowg attend konvo ktewog past few years back. Peliknya, masa aku kat dewan konvo tak der plak bosan. Al-maklumlah, excited nak naik stage amek scroll. 4 years for a scroll, dengar cam tak berbaloi jek kan, hahaha (org yang conservative jek fikir camtuh)




Yeah, finally dapat gak bau udara segar kat luar walaupun tengah terik. Actually, tengah tunggu my mum, sis, bro-in-law and pakwe  adik aku untuk snap pic. Siap booking cameraman semata-mata nak cap pic konvo dia ni tau. Tapi pic dalam entri ni sume dari sumber video-cam and hp kamera jek. 

-ok.tamat.pasal.konvo.adik.aku-

"The roots of education are bitter, but the fruit is sweet"
-Aristotle-

"It is not enough to have a good mind, the main thing is to use it well"
-Descartes-

Happy Graduation Day, people!

Sajek menggedik nak letak gambar konvo waktu kat MRSM dulu (2nd time convocation after tadika)
  Me staying as same old days till now!

Peace and Happy!

Wednesday, October 3, 2012

Drawing is part of my life

Assalammualaikum and happy spending your earnings, peeps!

Wah, untunglah orang-orang berkerja, ni kan waktu pay-day! Duit keluar dari bank mesti kepuk-kepuk punya. Plus, Perdana Menteri kita plak baru jek bentangkan BAJET 2013 and we knew already positive and negative  responses and the feedbacks from government and non-government worker. The issues being a hot topic lasting for 3 days. I don't have the rights to say more but as a concerned-citizen, the rise and reduction of the allocations will affect our economics-cycle (either pro and con) which the reason behinds all this to make it balance and stable for a long period of time. Don't be too dispute nor excited about the BAJET. All we need to do now is "working as what you being paid". Some just been too irresponsible and care-less about their job, all they did end of the month they being paid for nothing! NOTHING! It happened in our community. I didn't specifically refer to anyone, but if you feel offended, accept my apology! Your integrity play important part here. Your commitments and hard-works indirectly give contributions in our economic stability. Be a smart and responsible citizen, people!

Haha, seems like I am talking like a good citizen. Well, I am trying too contribute something soon to our country. Although, I am full time graduate-student which is sponsored by Kementerian Pengajian Tinggi, I worked as a part-time tutor either at home or tuition centre. I love teaching since young that's is why I want to be a lecturer+reseacher+consultant. At first, it's all about money, but then the money not become the issue. It was my passionate to help young people in their studies. It's feel like a satisfaction when what I taught being understood by them and the student and family appreciations and experiences are much more greater value compared to the pay I've been received. I do hope this is the beginning of my contribution to my nation and country and I will be a great educator onwards.

Actually, this is what I did when I asked my students to answer the question papers, left me hanging (boring). If many students like in the classroom occupied by 30++, it's still enjoyable watching their behavior and attitude during test. But what did u expected, there was only 4-10 students (stok-stok baik +dengar kata), it's no thrill and fun watching them answering the paper. Thus, I sketched something that crossed to my mind. I still remembered since I was young if the teacher asking about your hobby, drawing would always in my list. When you drawing, you  senses tend to focused with your mind. You will find the inner peace while you drawing and you trained to keep yourself thinking and imagining things! It's the secret to keep you young and ageless. No pain to be endure and no money will be charge to keep you young. Just don't stop thinking and imagine. LOL!

 I used what I have that time to sketch. Kalau ader arang pon jalan.

 Sempat lagi quoted something for the picture.


I love hand-making cute stuff during my free-time using available material in my room. 
Eg: I'm making this card below decorated using the preserved Crysanthemum flower petals from Cameron Highland gave by Mr. G as a reminiscence from him and I give-away this cute laminated cards to my dear friends!


Okay, happy spending a great time!!

My 1st trial "Tomyam Campak"

Assalammualaikum and happy having your meal, peeps!

Hahaha, saje jek nak pancing kowang-kowang yang diet itu terliur dan batalkan niat berdiet kot tuh.. ngeh ngeh ngeh (evil smile double jerks). Sedap wooo! Siapa yang tak suka kalau dapat makanan free and home-made lagi. Baru jek plan nak try wat carbonara cheese sea-shell, craving pasta kununnya. Pop pop, dapat call ada orang nak antar delivery bolognese sea-shell pasta. Macam cerita Ginnie in the bottle plak kan. Tapi ni tak pakai jin untuk make ur wish come true. Ni version teleport make ypur wih come true. Hahaha. Carbonara cheese next time on schedule kay.

Entah tetiba, tekak ni craving meal yang masam2. Nak buat kimchi soup, stok kimchi dah abes la pulak. So, tomyam jek la terlintas kat kepala otak ni sebab barang-barang beli kat kedai runcit pon ada. Kebetulan ada mushroom tiram banyak lagi. Apa lagi, pakai campak dan campur la semua sekali dalam 1 periuk, tu yang jadi nama TOMYAM CAMPAK tu. Actually, this is my 1st time nak masak tomyam ni. Cara nak buat semua dah ada kat dalam kepala otak ni cuma x de peluang nak praktis jek. 

RESEPI TOMYAM CAMPAK

Bahan-bahan yang kene campak 
(untuk 8-10 orang dewasa makan dalam sukatan 1 periuk nasi 2L)

Perencah tomyam:
2-4 ulas bawang putih ditumbuk
2 labu bawang besar ( kalau nak kuah lag pekat leh guna lebih sikit) ditumbuk
3 sudu cili kering yang dah dikisar (bagi sesiapa yang nak guna terus tomyam paste pon boleh)
4-5 cili padi dibelah dua (kalau nak berapi lagi suka hati kowg la nak tambah)
3 batang serai yang ditumbuk sedikit
(nak letak halia dan lengkuas pon boleh)
5 helai daun limau yang diracik-racik sedikit biar keluar bau dan rasa
5-10 biji air perahan limau kasturi (ikut tahap kemasaman tomyam kowang) 

2 bahagian dada ayam yang di potong kecil 
4 ekor sotong (nak letak udang, fish ball, fish cake pon leh..ikut bajet and selera kowg)
1 batang daun saderi
200g cendawan tiram
1 batang lobak merak dipotong bulat kasar
1 bouquet sebesar tangan kubis bunga
2 labu bawang besar dipotong 6
2 biji tomato dipotong 6

Cara-cara masak

1) Panaskan periuk dan letak minyak sikit jek utk kowg tumis bawang putih, bawang merah, cili kering, cili padi and serai.

2) Masukkan ayam dan sotong dulu, kasi empuk. Yang pakai tomyam paste tu boleh la letak lepas ayam/ sotong dah empuk.

3) Tambah air ikut kelikatan yang kowg nak. Pastu adjust taste tomyam kowg ngan kemasaman limau dan garam. Ada gak yang letak gula untuk adjust taste tomyam tu, terpulang. Ada jugak yang letak tepung jagung untuk kasi kuah tomyam tu pekat sikit, tapi aku tak pakai sebab takut nanti tepung dia. That's why aku pakai bawang besar yang ditumbuh byk sikit. So the originality taste of the tomyam preserve!

4) Then, masuklah sayur yang keras2 dulu mcm carrot, saderi, bawang besar pontong 6 tu dulu. Agak-agak dah lembut baru masuk kan cendawan, kubis bunga and tomato. Dalam 30 seconds kowg dah leh ttp api tu (bagi sesiapa yang duk kolej masak pakai rice cooker mcm aku mmg susah sikit nak control, mesti syr die terlebih masak. So, disarankan lepas carrot, saderi dah masak, kowg switch off trus and cabut pluck rice cooker kowg, after 2 minute bru kowg masukkan tomato, cendawan and kubis bunga tu)

Jeng..jeng..jeng!
It taste quite ok la for the beginner like me. But some compliment sedap though siap mintak resepi (blushing..blushing). I always put some secret ingredients in my cooking which are my love and sincerity. Don't cook when u are in not a good mood or it will affect the taste of ur cooking.
Boleh la melantak. This tomyam can be eaten with rice or mee. Nak ratah macam tu jek macam aku pon no hal la. 

Selamat mencuba. Makan jangan lupa baca BISMILLAH!