As I mentioned my previous entry that I came back home last weekend to celebrate my sister graduation day in UTM. Ntah macam mana godeh punya godeh video-cam konon nak transfer pic but guest what? Discovery of primative a.k.a. old pic of my favourite collection album. Dan album tu ntah hilang ke mana, puas aku cari tak jumpa2. Ada la tuh yang peminat misteri aku, siap album aku pon nak culik.Since the pic captured using video-cam, so harap maklum la kualiti dia bukan tahap HD okkay!
Enjoy sight seeing walaupun kowg agak geli-geliman + meremang bulu roma! Bear with them! Hahaha
Baru lps lahir ni. Tengok ibu aku tu masih dalam pantang. Susah woo lahirkan aku sebab aku lahir songsang. Tu yang degil semacam tuh ~_^ sayang ibu!
Hahaha, plump kan aku masa kecik2. Sampai ke besar plump gak. Kekal! Tu la hasil minum susu Dumex sampai darjah 1 (curi2 minum susu adik lelaki aku, ko ader?)
Ni umur 2 or 3 tahun kot. Aku tengok cm nak babap jek bontot aku masa kecik2 ni, hahaha. By theway, since my elder sis setahun older dari aku, so ibu aku mmg suka pakaikan baju sedondon kat kteowg. Konon orang lain akan ingatkan kembar la. Kembar habes. Tengok pon tau ~_^
Aku masih ingat lagi time ni. Yeah, time ni aku baru lepas nanges sebab tangan aku tersepit pintu kereta. Sapa yang buat? Tentulah aku sendiri. Mana aku perasan tangan aku kat pintu kereta waktu tu. Tu yang muke cembeng tu, terpaksa la aunt aku pujuk and ibu aku snap pic, kasi aku diam. Neway, aku kecik2 dulu memang gembeng (term budak2 suka nanges, asyik-asyik nanges). Kecik2 jek, skunk tough babe! Kereta putih tu 1st family car kteowg, kereta Toyota enjin fuhlamak power, flat no JW apa ntah, lupe sudah!
Ak dah tak ingat dah umur ni bpe tahun sbb muka aku sama jek. Tapi waktu ni, ibu aku ajak aku g family day under company dia punya event kat Singapore. Wah, feymes sakan aku waktu ni sebab sume pakat picit pipi aku yang gebus tu sambil cakap, "eiii, comel nyer die!" (aku tak tipu kay). Itu pasal la pipi aku tembam sampai skunk. Time ni aku ingat dengan jelas bahawa aku takut ngan BADUT. Ada ke patut, aku dah takut ngan dia, dia leh plak nak cium2 pipi aku kan. Menjerit aku 150desibel kat telinga dia. Pastu pujuk bagi belon, apa kelas! Bagi la cokelat Daim ke, Cadbury pon paling kurang. Waktu kecik2 dulu, ibu, aunt-aunt and moyang aku rajin angkut aku ke hulu ke hilir g jalan2 compare ngan akak and adik aku yang lain. Mungkin sebab dowg nak tumpang feymes sebab aku comel (perasan sekejap) atau sebab aku tak banyak songeh dan meminta2 kot.
Time ni family vacation kat Sentosa Island, Singapore. Ayah aku slim jek dulu sampai skunk.
Gambar ni paling aku tak boleh blah, masa ni cap pic class darjah 1. Aku pakai pinafore daripada darjah 1-2. Pastu demand cakap kat parent aku x nak pakai baju putih yang pompuan nye sebab lembik, nak yang lelaki nyer kemeja jugak sebab keras. Pastu, kancing sampai atas. Dari kecik memang dah terselah boyish aku walaupun aku pakai pinafore. Singlet pon nak pakai yang lelaki punya yang ada lubang2 tu. Ntah hantu apa yang merasuk aku ni pon x tau la. Boyish2 aku ni pun ada budak minat tau masa darjah 1, siap bagi bunga and surat letak bedak. Apa hingat aku layan ke bende2 luv-luv ni. Tapi blushing gak la kena ngorat. Mcm nak lempang laju2 je mamat tu. Memori!
Time raya kat kampung masa aku Darjah 5. Rambut sepesen jek semua. Rambut tempurung kelapa. Tapi aku tetap maintain cute, hahaha
Hah time ni masa awal2 launching komuter dan aku tak pasti tahun bila. Cube kowg fokus apa yang akak aku pegang. Yup, Hp zaman dolu-dolu sebelum kuar 3310. Besar punya. Bukan takat baling anjing boleh mati, manusia pun leh ajal wooo. Dan sekali lagi aku tekankan, baju aku dan akak aku sedondon. Kalau kowg perasan rambut kiteowg maintain pendek sebab:
1) Jiran kteowg dulu banyak kutu. Banyak gila! Kutu tu berpindah rumah pulak kat rambut ktewog sebab rambut ktewg lagi best, harum!
2) Sebab aku and kakak aku suke gaduh kecik2. Gaya aku gaduh biasalah balas2 touch. Pastu dah geram sebab masing2 tak nak kalah, tu yang tarik rambut tu. Adegan tarik rambut tu tersemat rapi dalam ingatan aku. Haish! Bikin malu wooo
Family vacation dengan kedua-dua wan aku ke Langkawi. Darjah 5 ke 6 camtuh la. Dan sekali lagi ditekankan baju aku and akak aku sedondon lagi (boleh la since size still sama, ahahaha)
Pose masa vacation kat hotel yang kiteowg menginap di Langkawi. Jangan komen apa-apa ek
Time ni Form 2 or 3. Time ni badan dah start membesar sebab manja. Pergi balik sekolah bus angkut. Sekolah jauh weh. Jalan kaki sekarian pon x sampai2 umah lagi. Hahaha
Form 4 and 5 masa kat MRSM Pontian, 1st batch nyer senior sangat heaven. No bullies ek time ni sebab we all adalah senior yang sangat happening. Al-fatihah buat arwah Najmah (tudung hitam gambar bawah) yang telah kembali ke rahmatullah masa aku 3rd year kat UPM.
and finally time konvo kat MRSM abes form 5. Officially tamat sekolah! Really miss the moment in those time back in schools. Almost 9 years dah tinggalkan zaman persekolah dan zaman kenakalan.
Grad seat ikut CGPA weh.. Maintain cool all the time.
Aku-adalah-aku-dari-dulu-hingga-kini.Insyallah-akan-memperbaiki-diri-ke-arah-yang-lebih-baik-dari-masa-ke-semasa.
(Muncung kat bibir memang trademark dah)
Thanks to all people who directly and indirectly involve and influenced my life back on those time to be what I am today either good and bad way. Thanks for those memories too. Love you guys tight!
-close curtain-
Smile and happy always. Peace no war!
"Life's like a play, it's not the length, but the excellence of the acting that matters"
-Seneca-
No comments:
Post a Comment