Thursday, November 1, 2012

Selamat Tinggal, Cinta Baru!

Assalammualaikum dan selamat merubati kesedihan, peeps!

Setiap yang bertemu, pasti akan berpisah
Setiap kemanisan, pasti terselit kepahitan
Setiap yang gembira, pasti merasai kesedihan
Dan setiap yang hidup, kematian itu pasti!
That is life! Balance! Dan hanya Allah yang maha mengetahui di sebaliknya.

Gambar dipetik daripada FB Mr.G sbb aku mmg tak der simpanan gambar beliau yang statik menghadap kamera. Mungkin ada hikmahnya yang beliau tahu beliau yang kehidupan beliau bersama kami hanya persinggahan dunia yang sementara

Entri kali ini ada kena mengena dengan yang lepas. Pada hari Isnin bersamaan 29 Oct 2012, Dottie (a.k.a Labi) telah meninggalkan kami pada 6.45 a.m. tanpa aku sempat jumpa beliau buat kali terakhir. I won't say much about the causal, but it was tragic. Semua adalah ketentuan Allah. Allah lebih menyayangi beliau. I strongly believed that every happens for a reason. Mungkin, lebih memudahkan aku fokus untuk Joshua dan kurangkan aku melakukan penganiayaan jika aku mengabaikan tanggungjawab atau berat sebelah thadap mereka berdua (sekiranya Dottie masih hidup) atau kalau beliau "pergi" nanti mungkin lagi berat kesedihan yang aku tanggung. Ya, berdua lebih baik barangkali (kini-aku-dan-Joshua). Aku redha dengan pemergian beliau dan semoga beliau aman di sana. 

Mungkin tragedi tersebut beri tamparan hebat terhadap Mr.G yang menjadi saksi kejadian dan beliau serta keluarga beliau lebih terasa berbanding aku dimana Joshua dan Dottie dibawah penjagaan mereka lebih lama sepanjang Dottie masih hidup. I prayed that Mr. G will not blame himself for what had happened, he and his family managed to wrap up their sadness for the loss. Time is a best healer. I believed that Dottie received a lots of love while she was alive from me, Mr. G and his family. She's gone for good!

Walaupun aku sempat jaga dan berkongsi kasih sayang dengan beliau dalam tempoh yang singkat, tapi kehilangan beliau sangat dirasai sehingga kini. Allah bagi kita rasa kasih sayang dan dalam sekelip mata Allah boleh tarik nikmat kasih sayang tersebut. Betapa besar kekuasaan Allah terhadap mahluk-mahlukNya. Semua itu menjadikan hamba-hambaNya lebih kuat dalam menempuhi cabaran dan dugaan hidup supaya kita sedar bahawa semua adalah bersifat sementara dan kurangkan kebergantungan terhadap sesama kita. Maksudnya, kalau kita rindu/sayang/cinta akan seseorang itu, janganlah terlalu agung-agungkan rindu/sayang/cinta dia sampai kita lupa tanggungjawab kita yang lebih hak terhadap Allah. Biarlah rindu/sayang/cinta itu berpada-pada dan sandarkan perasaan-perasaan tersebut melaluiNya supaya kebergantungan kita terhadap Allah melebihi segala-galanya. 

Kini, aku dan Joshua terpaksa membiasakan diri dengan ketiadaan Dottie. It might take awhile for us to adjust the feeling of the loss. Like I said, time is the best healer. 

Joshua main sowg bila aku tak dapat nak layan dia. Joshua mula sedar ketiadaan Dottie dimana dia mengiau-ngiau mencari sesuatu. But, he seem to be playful this time unlike the 1st time we met. His playful, bite and patchy-matchy reminds me about Dottie. Allah hilangkan satu and replace sesuatu yang lebih baik. Wish mean, now the character of Dottie inside Joshua's, 2 in 1. See, what I meant? 

Bukan main serius muka Joshua tengok aku main-mainkan jari aku kat dia. Geram la tuh!

 Rutin seharian yang sering berulang, bangun-berak-kencing-makan+minum-main-tido!

Gaya tido 'Superman' yang jadi feveret Joshua. Aku rasa aku patut belikan Joshua Costume Superman bagi dia pakai. mesti comel kan (kening double jerk). Hehehe


Finally, this video ketika Joshua main wayar earpiece aku. Sakan! Sian, barang-barang dia semua kene buang sebab kene tahi dia. Nanti I belikan U yang baru ek!

Okay, peeps! Hopefully, u guys bear to write this entry. Sama-sama kita doakan orang-orang yang kita sayang yang lebih awal mendahui kita menemui penciptaNya, semoga roh beliau tenang dan ditempatkan bersama-sama kesayangan  Allah. Al-fatihah! Dan kita yang tinggal lebih kuat meneruskan perjalanan sebagai khalifah di Bumi Allah. Amin. 

"To live successfully you must have inner peace, tranquility and happiness"

No comments:

Post a Comment