Seronok ada peluang berjemaah dekat masjid especially solat magrib ke isya'. Tapi sayang, peluang yang ad tu kebiasaan dia bila waktu kesibukan bukan waktu kelapangan yang ada. Maksudnya, sementara tunggu perlaksaan tugas pukul 8 mlm, ko berhenti jemaah waktu magrib di masjid instead of masa lapang ko di rumah xbuat apa, ko x rebut peluang yang ad untuk berjemaah. Kena pertingkatkan dari aspek itu, Insha Allah.
Lupa masih dalam hari2 terakhir umat Islam menjalankan Ibadat Haji di Makkah tatkala ini. Justeru, terdengar takbir raya bergema seusai solat jemaah magrib oleh imam, sayu dan terkesan hingga laju jugak empangan kat mata ni mengalir deras menuruni pipi. Diseka air di mata dan pipi perlahan-lahan, supaya jemaah kiri dan kanan xperasan. Syukur Allah masih lembutkan hati ini. Syukur masih kuat anggota badan menunaikan solat. Insaf. Semoga aku dan orang2 yang aku kasihi hidup dalam Iman dan Islam, mati kami dalam Iman dan Islam dan ditempatkan dalam Syurga dengan Iman dan Islam. Amin!
Pada kesempatan ini, aku nak laungkan sokongan aku terhadap usaha #woman'sboattogaza khususnya wakil dari Asia Tenggara iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan dan Puan Norsham Abu Bakar dimana masing2 membawa kapal yang boleh muatkan 15 orang perlarian Palestin dari kekejaman rejim zionis bersama2 wakil2 wanita lain dari beberapa negara. Semoga usaha dan misi mereka dipermudahkan Allah. Mereka serikandi hebat!
Dengan itu saya Norsyalina Ramli menyatakan sokongan saya terhadap usaha dan misi, Woman's Boat to Gaza!
Ikuti perkembangan mereka di FB Aqsa Syarif atau Rose2Rose. Insha Allah kalau diizinkan Allah, kita terpilih utk jadi Serikandi hebat seperti mereka. Amin!
No comments:
Post a Comment