Tuesday, September 20, 2016

Kalkulator

Dulu masa sekolah menengah, 
Kalkulator saintifik ni mmg keperluan,
Susah wo kalau 'dia' xda.

Hari akhir persekolahan sekolah tingkatan 5,
Budak2 asrama kan,
Entah kenapa overly excited konon tak sabar,
Nak berubah title dewasa,
Ditinggal2 nya kalkulator tu kat dalam kelas,
Memandangkan aku antara orang last keluar daripada kelas,
Yelah terasa sentimental sikit sebab aku xsuka jd dewasa,
Bukan satu peringkat yang kita boleh reverse,
So kena betul2 nikmati utk saat2 terakhir,
Bila nampak kalkulator saintifik yang terabai kat atas meja tu aku ambil,
Dalam 5 yang aku jumpa gak,
2 aku buat stok simpanan aku,
Dan lagi 3 aku tinggalkan kat junior,
Sedekah amal jariah katanya,
Gembira bebudak ni dapat kalkulator free,
Upgrade version dr 380MS ke 570MS,
Rezeki jangan ditolak,
Benda free kan.

Rupa-rupanya,
Bila masuk Matrikulasi and Universiti pon,
Kalkulator ni masih lagi keperluan,
Nasib aku punya masih lagi simpan dgn baik,
Ntah mana lagi 2 yang ak buat simpanan tu,
Hilang tanpa jejak,
Pedulikan yang penting aku punya masih ada.

Lps dapat skrol degree,
Ingatkan xperlu lagi guna kalkulator saintifik,
Meleset tanggapan aku lagi,
Rupanya khidmat 'dia' masih diperlukan,
Sambung pulak belajar ke peringkat yg lebih sikit,
Tuntut ilmu tu biar smpai ke liang lahad, 
Tak cukup rasanya ilmu di dada,
Sebenarnya tak perlu pon tuntut ilmu itu dimestikan belajar di U,
Kat mana2 pon boleh.

Satu hari, 
Bila tekan 'ON',
Tiada paparan di skrin,
Mungkin sudah kehabisan bateri barangkali,
Pernah sebelum ni terjadi,
Gantikan dengan bateri yang baru,
'Dia' kembali berfungsi,
Tp sudah diganti yang baru pun x berfungsi,
Tak kan jangka hayat 'dia' dah tiba,
Belum sempat aku buat ucapan perpisahan,
Ko pergi tanpa pesan,
Orang kata google ada semua jawapan,
Aku cari tp jawapan dia mengecewakan,
Google cakap kena ganti yang baru,
Hiba sekejap.

Sudahnya cari kat kedai,
Tiada model yang sama,
Kalau ad yang sama pon harganya terlalu mahal,
Tak pe ak try cari kat mudah.my,
Mmg kita berjodoh,
Model yang sama, 
Jauh lebih murah dari harga kedai,
Walupun reused tp khidmat dia still tip top,
Ak beli,
Pemilik bertukar tangan,
Dan kini aku punya ko kembali,
Lain tapi hampir sama,
Ko adalah keperluan,
Pelengkap hidupku.
I love u kalkulator saintifik CASIO FX-570MS.


No comments:

Post a Comment