Wednesday, September 7, 2016

Istiqomah

Belakangan ini, ada beberapa kisah artis dan selebriti yg dikenali ramai buat kenyataan terbuka ttg penghijarahan mereka ke arah kebaikan menyatakan untuk kembali kepada  sebelum ini atas sebab2 dot dot dot. Sememangnya akan menjadi kontroversi lebih2 lg berkaitan agama. Bukan isu tu yg aku nak ketengahkan kat sini, esp pada ruangan sacred blog ak ni, aku bukan pendekat papan kekunci apatah lagi ilmuan agama yg selayaknya nk menjatuhkan hukum org yg aku barely kenal. Ni realiti masyarakat Malaysia yg rata2 nya cepat menjatuhkan hukum terhadap seseorang, even buat baik pon ada haters, buat jahat lagi la kan berganda-ganda haters.

Bagi aku, mmg menyedihkan baik dr kenyataan selebriti tersebut ataupun dr maklum balas sesetengah masyarakat mengenai isu tersebut. It wasn't supposed to be that way. Tahu tak, bila seseorang tu berkehendak to be better person tu pon dah banyak yang dia pertimbangkan. Bukan sesuatu yang mudah, dan tak semua orang berani ambil risiko untuk berubah to be better. The most important thing that this people need are SUPPORT! Kalau kita xboleh nak bantu dia dengan kudrat kita, kata2 semangat dan doa adalah kata2 magis! Xperlu ko nak bermantera, pegang wand utk spell magis ke apa, magis adalah something u cant see how does it works but u can see the outcomes. Bukan susah pon nak cakap, "Good efforts, sis!" and so on. 

Tu belum lg bila dia kena istiqomah dalam melakukan perubahan dalam kebaikan. Allah dah ingatkan kita Syaitan tu musuh utama manusia, dia x akan henti menyesatkan kita lebih2 lagi orang yang nak melakukan kebaikan ni, lagi besar dugaan dia. Takkan Syaitan nak sesatkan org yang seperangai mcm geng dia kan, dah itu mission dia sampai hari kiamat. Sesiapa yang ada rasa sifat iri hati terhadap kelebihan org lain atau rasa dia cukup baik dan sempurna, mintak tlg muhasabah diri balik. Tolong recalled balik asbab2 Allah murka dgn syaitan. Sempurna hanya sifat Allah SWT. 

Kita kena sentiasa berusaha improve kan diri kita. Siapa jamin walupun kita dilahirkan dalam Islam, kita amalkan cara hidup Islam? Siapa jamin yang kalau kita selalu kita selalu bersedekah, kita dijamin masuk syurga kalau hati kita bangga diri terhadap yang kita kerjakan? Siapa berani jamin kalau seorang yang bertaqwa pada Allah dulu hingga kini, esok lusa sesat? Tiada jaminan selagi Syaitan adalah musuh utama kita. Sebab tu Allah bila kita bulatkan hati untuk berubah, buat untuk diri kita sendiri niat kerana Allah. Allah akan dampingkan orang2 bertuah tersebut dengan para2 malaikat supaya apa yang diniatkan berubah ke arah kebaikan didatangkan dengan kemudahan. Mental kita kena kuat, bila kita buat untuk kebaikan diri sendiri niat kerana Allah, akan hadir kekuatan yang sangat kuat dalam diri dan ketenangan yang luar biasa, yang mana kata2 hina atau negatif dikalangan manusia tak mampu lemahkan pendirian kita untuk istiqomah dalam kebaikan. Kena bersangka baik dan percaya Allah berada dikalangan orang2 yang ingin berubah pada jalanNya. Letakkan redha pada Allah bukan manusia. 


Kita tak boleh nak memuaskan semua kehendak manusia, tapi percayalah yang sayangkan kita tetap berada dibelakang kita akhirnya. Sebaik-baiknya kalau nak berubah xperlu nak war-warkan pada umum. Kita masih berada dalam kelompok masyarakat yg judgemental, tidak semua yang sukakan perubahan yg kita buat disebabkan kisah masa lalu kita. Mulakan yang asas dahulu, sikit-sikit tapi istiqomah. Dekatkan diri dengan Allah, mulakan dengan solat 5 waku. Improvekan dari masa ke semasa dari segi bacaan, maksud bacaan dan perbuatan dalam solat. Bila kita faham apa yang kita buat, lama2 kita enjoy lakukan dia. Kalau boleh amalkan solat sunat taubat dan tahajjud seminggu sekali. Then upgradekan kekerapan. Insha Allah lama2 jadi amalan, tak buat rasa tak lengkap. Then, baca Al-Quran dan faham tafsir ayat tersebut. Dulu, aku baca tafsir dalam english, kefahaman xmenyeluruh. Lps khatam, aku cari tafsir bahasa melayu yang aku rasa mudah  dan jelas penyampaian erti dia. Makin ko baca and faham erti setiap firman yang Allah jelas kan Al-Quran tu, ko akan rasa tsangatlah kerdil dlm Bumi Allah ni dan masa ko nak menuju akhirat tu xbanyak sedangkan amalan ko terlampau sedikit. Tu membuatkan ko rasa perlunya ko berusaha lebih dari masa ke semasa. Insha Allah! 

Al-Quran ada menjelaskan bahawa Allah ad berfirman bahawa Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia sendiri yang ingin berubah. Allah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Kalau Dia berkehendakkan beri hidayah pada hambaNya, tak terlewat satu saat pun. Tengok sekeliling dengan mata hati, kau akan nampak kekuasaan Nya. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Nya hingga hari akhirat, amin! 


No comments:

Post a Comment