Sunday, November 20, 2016

Musim Majlis Graduasi Taska

Kebanyakan parent yang ada anak berumur 4 atau 6 tahun mesti sibuk hadir majlis graduasi anak2. Tak sangka masa sangat pantas meninggalkan kita. Masih ingat aku majlis graduasi tadika abim aku, sijil dia masih dalam simpanan dokumen ayah dan arwah ibu aku. Mungkin sebab itu majlis graduasi pertama aku antara memori yang penting yang mereka mahu simpan bg zaman kanak2 kami. Aku masih ingat, aku pelajar terbaik pada waktu tu **down memory lane**

Sekarang, aku pula yang manage student taska 4 tahun untuk bergraduasi. Walupun aku partimer dan baru sebulan lebih bekerja, pihak taska mahu aku sama2 terlibat dengan aktiviti taska. Since, aku ada kelapangan, aku terima untuk terlibat. 

 
 
Ni muka tak sihat sepenuhnya, demam tak pulih sepenuhnya. Tapi, mental kena strong, tak leh layankan demam sangat. Dah la lewat gerak dari rumah, dalam perjalanan ada road block plak, nasib baik masih ramai cikgu2 pon belum tiba lagi 😂

 
Taska aku nama dia Taska De' Sayang. Dia banyak cawangan, owner dia Dato' Amnah binti Daud, dibantu oleh anak dia, Kak Tini. Taska ni banyak cawangan, di Putrajaya ada 3 iaitu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Luar Negeri (KLN). Untung jadi penguasa taska di bawah kementerian woo, ada pembiayaan yang diselenggara di bwh kementerian, sebab tu yuran taska dia pun murah. Taska aku di bawah KKM. 

Tahun ni, tuan rumah majlis graduasi adalah dibawah selenggaraan taska KKM tetapi masih lagi dibantu oleh taska2 yang lain. Tema baju cikgu taska pulak ialah warna royal blue and warna tudung kuning, di mana tudung di sponsor oleh owner dan warnanya dipilih oleh anak beliau. Pemilihan warna tudung mendapat sedikit ketidakpuashatian para guru kerana warna yang yang sedikit pudar. Orang zaman sekarang advanced bab2 matching ni, tapi redha jek bertahan pakai samapi 5-6 jam je. 

 
Ni sebilangan daripada 29 pelajar taska aku yang bergraduasi tahun ni. Beratur sementara menunggu yang lain tiba. Yang comel tgh tgk kamera tu nama dia Fattah. Terus jatuh cinta pandang pertama kat dia lepas kena bagi handle aturkan perjalanan masuk dowg ke pentas waktu persembahan nyanyian nanti.

Budak2 sekarang pantang gak nampak kamera, terus pandai pose. Yang sebelah aku tu, Mia Khaleesya and yang sowg lagi tu Zara. 

 
 Selfie dgn cikgu2 taska aku sementara nak tunggu majlis bermula. Bukan main masing2 make up ye! Ada 12 orang cikgu yang menguruskan taska ni. Semua full timer kecuali aku, hehehe. Semua hantu wefie, tak larat aku nk bergambar sangat.

Ni antara persembahan pelajar taska aku, nyanyian Jagalah Bumi oleh Boboiboi. Kelakar pun ada. Yang lain, tak sempat snap sebab kena handle budak2 pakai jubah pulak. Tahun ni, taska kteowg semua dapat saguhati jek, dengar kata ada biased sebab judges ada pihak KKM, wallahuawa'lam. Kita happy2 jek.

 
Dan inilah geng2 cikgu pelajar2 toddler (1-2 tahun) yang sekepala. Kak Zai (sebelah kiri tu) dalam 8 tahun bekerja tau kat taska. Budak2 panggil dia mama. Dah semua cikgu2 dalam kelas tu dowg panggil mama. Kak Zai ni walupun dia senior tapi dia tak sombong. Yang lagi 2 org tu kawan cousin aku, sebab dowg la aku tahu situ ada partime, hehhee.

Ok, majlis graduasi ended up smooth. Biasalah ada sedikit cakap2 blkg organiser itu ini kan. Yang penting aku nak balik berehat. Dah la tak sempat grab breakfast, so tak leh telan ubat. Lunch pun lewat 😅😅, nasib baik lunch datuk sponsor nasik berlauk.

Ramai puji aku nyer cutting jubah tu cantik. Tapi dowg tak tahu yang jubah tu aku alter sendiri jahit tangan dengan demam2 yang teruk tu aku menggigil jahit. Bukan sikit2 punya alter tau. Bila bgtau dowg, dowg pon terkejut aku jahit sendiri sebab nak flawless dari luaran. Actually, aku dah hantar alter dengan sowg makcik, dia dah buat seperti yang aku request cuma ukuran dia masih lagi besar. Memang tak berpuas hati bila aku sarung semula. Nak hantar semula tak boleh sebab dia baru admit masuk hospital rabu yang lepas suspected denggi, tak sampai hati nak bragging kat dia. Tak pe, aku dah biasalah dengan last minute task macam ni, resourceful katanya. Lps ni boleh aku buat jubah abaaya sendiri kan 😊😊.

Ok, tahniah bagu semua pelajar yang bergraduasi tahun ni tak kiralah peringkat umur anda. We live once, cheers!

 

No comments:

Post a Comment