Saturday, November 16, 2013

Do you LOVE ur DAD?

Assalammualaikum and monday's blue, peep!

BLUE? Why must be blue since we have all the colors. Kick your ass out there and color your day, people! Haha, mentang-mentang last week ko baru main painting kat pokok. Macam budak-budak kan ko dapat berus cat. Abes satu tangan, kasut, baju & seluar ko nak sental dengan cat. Dah tu, bila nak tanggalkan cat tu, ko lumur trus ngan thinner. Kesudahan, tangan ko macam kene syndrome-hand-burnt sbb elergik dengan thinner.


 Ihsan caption gambar from google.my since kiteowg tak dapat capture scene main painting pokok kelapa sawit sebab tangan penuh dengan cat. 
(sebenarnya nak cover keselekehan muka sun-burnt, hahaha)

Painting pokok bukan la main topik dalam entri aku hari ni, itu adalah sekadar diversion untuk kurangkan kesentapan aku semalam. Sentap sampai ke pangkal hati sehingga terasa air hangat mengalir di pipi gebus aku (metaphor abes la).  Petang semalam, lepas pergi melawat newborn baby member kteowg (aku dan sowg 1 member aku), kteowg pergi dinner terus. Seperti biasa, banyak la hal yang diperbualkan di luar daripada bidang kerja masing-masing (please la kalau kowg hang out ngan kawan kowg, AVOID CITE PASAL HAL KERJA, kalau nak gak make it simple), the very leisure topic that couldn't bring more harm to your brain to think! 

Most of the time, I am quite selective to discuss or talk serious discussion with random people. Serious discussion which I meant here are the views, ideas and perspective about life+religion. Cakap punya cakap, tak tahu macam mana kteowg boleh end up part marriage. 

Kalau kita tengok kebanyakan wanita berubah ke arah sesuatu yang lebih baik selepas menjadi isteri kerana mereka sedia maklum selepas bergelar isteri, suami yang akan menanggung dosa isteri. Alhamdulillah, perubahan ke arah kebaikan adalah sangat dituntut dalam Islam. Tapi isunya, adakah kita terfikir siapa yang menanggung dosa-dosa kita sebelum bergelar isteri? Mungkin ramai anak-anak gadis di luar sana yang belum berkahwin lupa memikirkan hal penting sedemikian. Ya, ayah kita. Pernahkan kita terfikir akan ayah kita sewaktu kita tidak menutup aurat dengan sempurna, mengabaikan tanggungjawab kepada Allah dan melakukan dosa-dosa kecil mahupun yang besar tanpa kita sedari? Nauzubillahimindzalik!

Wajarkah kita, sebagai seorang anak boleh lupa kasih sayang ayah kita sejak kita dilahirkan hingga dia mengakadkan penyerahan tanggungjawab kepada suami dengan membalas jasa ayah untuk menjawab akan dosa-dosa kita ketika dihisab pada Hari Kiamat nanti? Tak sayangkah kita pada ayah kita? 

Semestinya, hendak melakukan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik adalah memang susah, tapi aku percaya kalau kita betul-betul hendak berubah, Allah akan bantu dan permudahkan jalan kita dengan mendampingkan kita dengan orang-orang baik. Perubahan itu mestilah niat semata-mata kerana Allah Taala. Biarlah perubahan itu berkadar perlahan tetapi Istiqamah. Penghijrahan itu tidak memerlukan batasan waktu sebab kita tak tahu bila ajal bakal menemui kita. Jadi kenapa perlu kita berubah selepas berkahwin sedangkan kita punya waktu sekarang? Peringatan ini adalah peringatan untuk aku juga. 

Syukur terhadap Allah, aku masih punya peluang untuk memperoleh sesuatu yang baik. Itulah nikmat bersahabat. Saling ingat-mengingati antara satu sama lain adalah cara kita berkasih sayang sesama muslim. Terima kasih, sahabat!

Saya sayangkan ayah saya!
Don't just say, proved it!
p/s: Tahniah buat rakan-rakan yang selamat melahirkan penyambung keturunan Adam sebagai khalifah di bumi Allah. Semoga menjadi seorang yang soleh dan solehah yang berbakti pada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan agama!

No comments:

Post a Comment