Friday, September 13, 2013

Anugerah Syawal

Assalammualaikum dan Salam Syawal, sahabat-sahabat muslim!

Yup, aku masih berada di koordinat N 2.9837 E 101.7350 dan aku tau raya dah seminggu berlalu tapi disebabkan pagi ni aku terbangun terlebih awal around 4 a.m dimana otot-otot mata mahu 'workout' katanya, maka tangan mula kencang menaip papan-papan kekunci sambil ditemani sahabat setia, Joshua. 

  Joshua dan "whhat!!!"nya
-tagline dalam movie Growns up 2

Jadi, pada kesempatan ini aku nak ucapkan belated Selamat Hari Raya Aidilfitri, kalau ada terlanjur kata tersilap buat harap mohon maaf dari hujung kapilari darah hati okay! Jemput datang rumah (ehhh, ghayo dah abih la, ehehehe). 


Seperti biaso, Syawal kali ni 1st ghayo kek kampung noghoghi sombilan. Eh, tak cayo ko den waghih ni! Cumo yang membezokan ghayo tahun ni ngan taun-taun lalu ialah den berghayo ngan anak buah baghu. 

Memperkonakan anak buah den Puteri Airis Qalisya binti Saiful Nizam, 2 bulan lobih. 
Namo e nak panjang tapi mummy dio panggil Airis gak, tak do plak dipanggil puteghi ko hapo.
Welcome to Ramli & Yati's hierarchy generation 2, dear Airis! Be a devoted Caliph and awesome person better than your Aunt Sya.

Kalau ditanya apa yang best time raya bila umur dah mencecah suku abad ni (walaupun pada realitinya peningkatan umur tidak berkadar terus dengan karakter) ialah:

1) Beraya ngan keluarga baru, in my case my 1st niece. So, hirarki keluarga dah mula bertambah dan berkembang. Last year, dapat abang ipar! Tahun depan dengar ura-ura, bakal dapat adik ipar untung-untung juga dapat suami, lolz! 

2) Dapat berkumpul satu family dan sanak saudara. Maklumlah, masing-masing dah bekarier dan berkeluarga, agak susah nak dapat cuti. So, this is the time where most of the roots in one pot! Catching up with each other dan bergosip.

3) Masih menerima duit raya daripada parent, uncles and aunties, and ada juga dari non-relatives. Kalau dari kaum kerabat tak malu la nak amek, tapi kalau orang luar bagi agak awkward sikit la weh. I dah suku abad uolls!! Kadang-kadang terpaksa pakai attire yang menampakkan kewanitaan dah, tapi tapi dan tapi masih dihulurkan lagi sampul raya, dowang kata "tak pe, sekolah lagi kan". Suka la tuh, orang cakap dia awet muda, :P. (subhannallah ciptaan Allah). Tipu la kalau tak suka dapat wit raya lagi, orang dah bagi kita ambik je la kan.

4) Excited sebab dah tiba masanya untuk bagi wit raya kat nenek, anak buah, adik dan sepupu-sepupu yang lum kerja. Kalau ada rezeki lebih, tahun depan dapat bagi ayah ibu, uncles dan aunties sekalian.

5) Dapat melantak macam-macam. Cuma bila dah separuh abad ni, metabolisma kowang berkadar songsang dengan peningkatan usia. Makanya, pengambilan juadah haruslah berpada-pada. Biasanya, memandangkan rumah ditandang oleh sanak-saudara yang ramai, toilet juga terhad, jadi elakkan mendapat cirit-birit. Sayangi perut anda!

6) Mesti la happy sebab cuti lebih lama dari cuti-cuti yang lain.

7) Bergambar sakan. Ye la, masing-masing ada hp and kamera canggih, tak payah kowang beria-ria susah2 capture gambar. Yang paling penting gambar kowang banyak. Hehehehe

macam ni...

ehhh..mana-mana pun ada terselit ko...hihihi







Ehh..dah nampak matahari dah. Okay, enough for now. So, guys see you in the next entri. This time, I plan to update the entry frequently and short. I will use this blog as my diary as well. Bear with me. 

So, stay peace, calm and happy, peeps!

<<Wassalam>>

No comments:

Post a Comment