Alhamdulillah, kehidupan aku dari semasa ke semasa baik, tenang dan bermakna. Aku sangat bersyukur bertanamkan niat untuk mencari cinta yang hakiki terhadap yang satu dipermudahkan jalannya. Didampingi dengan orang-orang yang banyak ilmu dan baik pegangan agamanya serta berkongsi pengalaman dan pendapat sesama mereka adalah satu kelebihan buat diri aku. Memang aku akui susah untuk melakukan perubahan lebih-lebih lagi untuk ke arah kebaikan. Yang penting niat bersertakan usaha dan istiqamah walaupun prosesnya lambat.
Memandangkan sekarang musim orang menunaikan umrah, jadi ada beberapa kenalan yang berkesempatan menjadi tetamu Allah di sana. Pemergian mereka selama 2 minggu lebih memberikan pengalaman yang sangat bermakna dan berharga untuk mereka jadikan titipan kongsian bersama. Bercerita sejarah, keadaan dan pengalaman mereka di sana sudah boleh menghibakan perasaan, apatah lagi jika benar-benar berada di sana yang lagi betul-betul dekat denganmu, Ya Allah. Subhannallah!
Insha Allah, dengan rezeki dan keizinan dariMu, persiapkanlah aku untuk menjadi tetamumu, Ya Allah! Bukan lagi negara Korea yang menjadi destinasi impian dalam list aku.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang telah secara spesifik dan peribadi telah mendoakan aku di Jabal Rahmah (tempat pertemuan antara Nabi Adam A.S. dan Hawa selepas diturunkan ke dunia dari Syurga) untuk permudahkan jodoh aku. Aku amat terharu! Semoga doa kalian memberi satu kekuatan lagi terhadap kehidupan aku. Amin!
No comments:
Post a Comment