Friday, March 22, 2013

Sesuatu yang mendamaikan

Assalammualaikum dan Salam Hari Rabu, kalian!

Tengahari tadi aku telah melakukan sesuatu yang memelikkan. Belum pernah aku pergi kedai runcit, beli majalah. I repeat, "MAJALAH" bukan KOMIK, ye! At first, aku dah ambil Majalah Wanita, Fauziah Gous as cover girl dia but then I found Mingguan Wanita keluaran 8-14 Mac, Nelydia dan Raja Ema lebih intriguing. Seperti mana kepantasan aku berjalan, memandu, berfikir, begitu juga dengan tangan aku mempunyai skil yang sama untuk grab majalah tersebut dengan sepantas kilat tanpa membelek isi kadungan majalah tersebut.  Memang mudah bagi aku untuk buat keputusan bila melibatkan pemilihan antara 2 majalah tersebut, cover yang menarik dan gerak hati! 

Belek punya belek, aku jumpa sesuatu yang best dalam satu petikan cerpen dari keluaran majalah tersebut dimana kata-kata bait yang disampaikan sangat menyejukkan hati. Tak perlu kata-kata romantis yang berbunga-bunga untuk buatkan jiwa terbuai oleh pengucapannya. Penyampaian yang cukup jelas dan tegas disamping penuh simbolik.

    Dania, telah banyak yang ingin melamarku, orang yang datang ke rumah adalah orang-orang istimewa. Umumnya memiliki ketua di tanah kelahiran  mereka. Namun ada yang datang dari luar pulau, hanya untuk mendaftarkan diri sebagau mertuaku.  
   Dania, mereka sangat cantik, namun aku hanya mahu menjadi imammu. Aku hanya ingin menemanimu, tak hanya di dunia ini, Insha Allah hingga akhirat nanti.
  Lamaranku yang ditolak, tidak membuatku putus asa memilikimu. Rasa itu semakin menggebu-gebu bukan kerana kecantikan wajahmu yang berhasil meluluhkan hatiku. Namun kecantikan hatimu yang belum aku temukan. Semoga penilaianku tentangmu tidak berlebihan. Penilaian ini aku buat, bukan untuk merayumu, agar kamu mahu menjadi isteriku melainkan sebagai wujud kekagumanku atas karya ciptaan Allah, yang telah mengenalkanku denganmu.
    Dania, setelah pulang menimba ilmu di Mesir aku akan melamarmu kembali, tunggulah kehadiranku. Aku berharap lamaranku yang kedua beiring redha Allah dan kita sah menjadi suami-isteri, menjadi imam dan makmum yang saling berlumba meraih restu illahi!                  
-Faruq Zaein-

Aku akui, sememangnya bukan semua orang tertulis takdirnya untuk bertemu dengan pasangannya yang telah ditentukan dalam Lauh Mahfuz itu indah dan mudah. Ada yang berkali putus cinta dan kecewa yang pada awalnya menyangka perhubungan itu kekal sehingga diakad nikahkan, tanpa diduga putus dipertengahan. Ada juga yang bercinta jarak jauh 3-5 tahun lamanya, siapa sangka jodohnya adalah sahabat baik yang setia bersama susah dan senang. Beruntunglah sekiranya sudah ditetapkan olehNya bahawa cinta pertamanya adalah jodoh untuknya. Barakallah! Allah mempunya rahsia yang besar yang Dia tentukan untuk hamba-hambaNya. Sesungguhnya, Dialah Maha Mengetahui akan semua perkara. Dia memberi apa yang hambaNya lebih perlukan bukan yang hambaNya minta.

Kenapa perlu bersedih wahai hati sekiranya jodoh yang ditetapkan untukmu tiba lewat?
Bukankah orang-orang yang bersabar itu telah dijanjikan oleh Allah besar ganjarannya...
Allah telah menetapkan sesuatu yang lebih baik setimpal dengan kesabaran hambaNYa untuk jodohnya,
Mungkin masa itu tiba lewat supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri kita,
Mungkin masa itu tiba lewat untuk pasangan kita juga memperbaiki diri mereka untuk menjadi yang terbaik utuk kita,
Mungkin masa itu tiba lewat untuk kita lebih kenali Allah dan diri kita,
Kehidupan di Bumi Allah itu ternyata indah perjalanannya sekiranya kita betul-betul cinta pada Allah,
Sesungguhnya cinta Allah itu lebih azali haknya dan tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya.
Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani zatnya.
..."dan ingatlah bahawa tidak pernah Allah turunkan sesuatu ujian itu diluar kemampuan hamba-hambaNYa"
  
Semoga Allah pelihara hati, perasaan dan diri ini untuk orang yang benar-benar berhak ke atas hambamu ini. Insha Allah, kita sama-sama perbaiki diri kita dan istiqamah dalam melakukan perubahan yang baik kerana Allah Taala.

No comments:

Post a Comment