Memandangkan hari ni adalah hari terakhir berpuasa tahun ni, so nak tanya, adik-adik, abang-abang, pakcik-pakcik sekalian ni puasa cukup ke tak (sajek x nak mention ladies and women sbb we all dapat cuti berganti okay)? Yang berpuasa cukup, TAHNIAH, yeah! Tapi yang x cukup posa ni, jangan nak melebih-lebih pulak shopping raya sebab kemenangan 1Syawal adalah untuk orang-orang benar memanfaatkan erti dan kelebihan bulan Ramadhan (exceptional bagi yang terpaksa membatalkan puasa atas sebab faktor-faktor kesihatan).
Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah nak meninggalkan kita. Kalau ditilikkan semula, sejauh manakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan yang penuh kelebihan dan gandaan pahala ini untuk meningkatkan amalan kita terhadap Allah? Cuba ambil masa seminit dua untuk kita muhasabah diri tentang amalan-amalan yang telah kita kerjakan sepanjang bulan ini:
a) Adakah kita hanya sekadar mengejar pahala puasa sahaja tanpa melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti bersedeqah, berselawat, qiammulail, membaca Al-Quran, solat terawih dan lain-lain yang besar ganjaran pahalanya
b) Sejauh manakah kita boleh mengawal nafsu, pandangan mata, kata-kata daripada perkara-perkara yang yang sia-sia sebab kita tahu bulan Ramadan, syaitan diikat. Jadi, pada bulan ini menunjukkan sepnuhnya diri kita yang sebenar tanpa pengaruh dan hasutan syaitan.
c) Bagaimanakah kita memanfaatkan bulan Ramadhan selama 30 hari ini sebagai platform untuk mengubah tabiat-tabiat yang kurang baik kepada yang lebih baik seperti merokok, bangun pada awal pagi (sahur) dan melakukan solat-solat sunat pada malam hari, kawal diri menjadi orang yang penyabar, menutup aurat dan sebagainya.
Semua persoalan di atas boleh dijadikan kayu ukur supaya kita boleh menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik pada masa akan datang. Bagi pengalaman sepanjang bulan Ramadhan ni, banyak pengalaman yang mengajar aku tingkatkan kesabaran dan mengawal diri dari nafsu makan, pandangan mata (xleh ushar-ushar orang hensem, kalu terushar "Subhannallah", rezeki ~_^), dan berkata perkara yang kesat dan kurang faedahnya. Tetapi agak terkilan sebab sehari tertinggal solat terawih disebabkan terlajak tidur sebab kepenatan dan tak dapat khatam Al-Quran. Hopefully, apa yang aku kerjakan pada bulan ini diterima Allah, Insyallah!
Frankly speaking, bila dah usia menginjak suku abad (saja nak mengantoikan umur aku kan), apa yang aku betul-betul nantikan adalah kedatangan bulan puasa berbanding Hari Raya Aidilfitri. Berbeza masa kecik-kecik dulu, kedatangan Hari Raya lah yang paling dinanti-nantikan sebab leh balas dendam makan macam-macam selepas sebulan berpuasa, wat collection duit raya, main bunga api and mercun, pakai baju dan kasut baru (pastu eksyen ngan kawan-kawan sape paling banyak baju raya dan yang paling lawa). Pokok pangkalnya, semuanya bertulangkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk. Tapi waktu kecik, kita bukan fikir semua tu, yang penting keseronokan. Nostalgia sungguh! Persiapan bulan puasa aku pun melebihi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Adakah disebabkan faktor umur atau sebab aku dah tak dapat duit raya? Hahaha, mungkin. Mungkin, perasaan excited nak menyambut Hari Raya akan berubah sekiranya ada kehadiran orang baru dalam hidup aku kot (boyfriend SUAMI o ANAK-ANAK, hahaha). Looking forward for this though!
Huhuhu, terasa sedih pulak nak bulan Ramadhan nak meninggalkan kita. Hopefully, kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan 1434H tahun depan. Insyallah. Semalam baru lepas dapat berita sedih daripada sahabat bahawa ibunda beliau telah meningal dunia kelmarin semasa mengerjakan umrah di Makkah bersama ayah beliau dan jenazah beliau diuruskan dan ditanam di sana. Semoga, roh ibunda beliau ditempatkan bersama-sama kekasih Allah. Ibunda beliau adalah dikalangan orang-orang yang beruntung sebab meninggal dunia pada bulan Ramadhan dan tanah suci Makkah. Amin!
Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah Ta'ala dari segala bala bencana, hasutan dan penipuan Syaitan dan Jin serta perkara-perkara yang memudaratkan. May Allah blessed us! Stay peace and calm, my dear peeps. ~___^
Just for gag: Walau jauh manapun kita terpisah, kita melihat langit dan bulan yang sama.
No comments:
Post a Comment