Saturday, August 18, 2012

Here comes Eid-Mubarak 1433H!

Assalammualaikum dan Salam Ceria, rakan-rakan maya!

Wah, masing-masing sibuk buat persiapan hari raya. Rakan-rakan di FB, Twitter dan Watsapp tak kurang sibuknya meng"update status" bershopping raya, balik kampung dan tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. So, pada kesempatan masa yang singkat ini (huhuhu, sempat lagi update entry sebelum nak bergerak balik kampung, hehehehe) aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 sebagai tanda kemenangan kita sebulan berpuasa dengan ucapan:

1) Minta maaf atas kekhilafan diri, kekasaran bahasa atau tindakan yang sengaja atau tidak disengajakan mengguris hati dan perasaan kowg. Seseungguhnya aku insan biasa (habis dramatik dah ayat ni). Halalkan juga makan minum yea!

2) Yang pulang berhari raya ke kampung tu, rancang perjalanan kowg. Pandu cermat, jiwa selamat, Insyallah orang yang tersayang pun selamat! Latih diri bersifat sabar sebab mmg konfem jammed sana sini.

3) Beraya tu biarlah bersederhana, elakkan pembaziran. Ingatlah masih ada yang kurang bernasib baik tidak dapat berhari raya seperti kita.

4) Yang berada diperantauan berhari raya tanpa keluarga di sisi disebabkan urusan kerja atau belajar, mungkin agak kesedihan, tetapi bukan bermaksud hubungan kasih sayang terhenti di situ sahaja. Jangan lupa berhubung dan wish Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapa kita. Jarak bukan penghalang, teknologikan ada. Yang paling penting saling ingat mengingati adalah faktor penting keharmonian keluarga. Berbuat baikla pada mereka selagi mereka masih ada

5) Jemput beraya di rumah. Untuk kawan-kawan di KL, nanti kita celebrate and konvoi raya sama2

6) Duit raya jangan lupa beri kerana aku masih layak dapat duit raya (masih belajar lagik hehehe)

7) Makan dan minum tu beragak-agak ye. Kesihatan kena jaga. Nanti perut terkejut, 2 hari cirit tak berenti2 terpaksa telan pil cikiteon and air 100 plus

Yang paling aku suka time raya ni sebab leh gather dengan family and relatives, so leh catch up dengan recent status dowg. Aktivitu yang paling x leh tinggal, wajib ada cerita-cerita hantu as a bed time story kiteowg. LOLz! Tak lupa jugak, banyak cerita-cerita movie best kat TV. Teringat kat member aku, "alah, tak yah la tengok Malay movie, time raya nanti konfem keluar kat TV punya". Mula-mula, aku pon  tak perasan tapi seriusly from year to year, memang senario ni betul. Sebenarnya, bab-bab entertainment kat TV aku lebih excited nak tengok menjelang raya ialah iklan hari raya. For this year, I found this Iklan Bernas Awesome! Full of hidden massage. Secara tak langsung, adik-adik yang berlakon dalam iklan ni faymes dah, kene interbui sana sini. Rezeki hari raya, kan dik! 

 Wokay, saudara-saudari sekalian sebelum talian internet sesak (jangan ingat jalan raya jek sesak), Aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf seikhlas hatinya, zahir dan batin. Okay, memandangkan dah lama tak berpantun, terima pantun 2 rangkap di bawah (bab pantun 2 rangkap ni paling aku expert especially waktu yang terlampau limited ni):

Bangun pagi sarapan roti kaya,
Saya ucapkan Selamat Hari Raya

1 Syawal berbaju kurung satin,
Mohon maaf zahir batin

Budi bahasa budaya terhormat,
Pandu cermat jiwa selamat

Bershoppinh raya di Pasar Bayang,
Raikan hari raya bersama orang-orang yang tersayang

Olimpik di London Pandalela menang pingat,
Makan tu kena beringat

Pagi raya masak masakan baba nyonya,
Jumpa lagi kita dalam entri yang berikutnya

This ads also catching my eyes. So, guys enjoy watching! Terkadang kita terlupa orang-orang sekeliling kita kerana terlalu dek mengajar harta dunia. Full our life with lots of love and share them!


"SELAMAT HARI EID-MUBARAK 1433H"

 Stay peace and happy

No comments:

Post a Comment