Yeah, we meet again! Y? Not happy to see me? Nak wat cmner, this is my BLOG, my territory. Just pura-pura suka drop by to read my blog, sudah. Free meh.
This is the sequel of the continuous version of my previous tribune on my sister's wedding. Pejam celik, pejam celik tak sangka kakak aku yang setahun lebih tua dari aku dah sah jadi isteri kepada Mohd Saiful Nizam dengan sekali lafaz. Padahal, masih terlekat kemas di kotak fikiran aku main tarik2 rambut masa gaduh, main kejar-kejar, main teng-teng, main getah, pergi sekolah jalan kaki sama-sama dan yang tak boleh belah insiden letak seterika panas atas kaki aku (still ader scar-bunyi cam ikan kene panggang atas bara api jek bila seterika tu kene permukaan kaki aku tu). Masa tu kiteowg ada nanny, so bile parent aku balik rumah, tgk kaki aku kene panggang memang tak dapat la selamatkan akak aku dari rotan dan bebelan yang bertalu dari Ibu aku. Biasa la kecik-kecik memang kiteowg nakal. Tapi aku dari kecik mmg kememe (kuat nangis, comel kan).Tapi orang2 dulu ada kata, kalau kecik2 kita kuat nangis, suara kita sedap bila besar nanti. Kalau kowg tak percaya, cuba interview mak kepada Datin CT Nurhaliza, kecik2 mesti kuat melalak (kembang kempis hidung aku puji diri sendiri kan, sedap ke suara Norsyalina tu?). Hahaha, harus diingatkan bahawa itu dulu okay. Oleh kerana aku rasa orang menangis ni adalah orang yang lemah, maka sekarang aku menjadi seorang yang sangat tough (bukan body builder tu, tapi orang yang tabah dan kuat). Melalut sudah ni, sila kembali ke pangkal cerita.
Bagi aku, pada malam kejadian nikah tu, rasa macam sayu sebab kakak aku akan bertukar milik kepada orang lain. Secara tak langsung, tanggungjawab, komitmen akan bertukar tangan dari seorang ayah kepada seorang yang bergelar suami. Memang aku agak emo malam ni. Dah la lupa nak sediakan stok tisu, makanya tudung la menjadi mangsa lelehan yang berbakul-bakul itu. Sudah tentunya aku yang sedikit ego ni pandai cari port untuk cover line biar orang tak nampak air mata aku meleleh. Sedih wooo! Hilang macho aku sebentar. Hehehe. Okay, balik kowg tengok jek gambar ni sebab aku dah malas nak menaip dah.
Kakak aku yang bernama Norsyaliza Binti Ramli atau nama glem die Shelly in the process of touch up by Mak Andam. Flawless okay!
Hambek ko tengok set make up dia. U olz ader ker?
Tengok! Brushes pon banyak saiz okay.
In the process wat siput rambut
Tara! 90% done.
100% done lepas spray kat jambul tu
My sister and her leo gurlz Besties ever!
"Dari majlis tunang sampai nikah ke sanding, ader jek muka dowg ni"-kata adik lelaki aku dengan nada yang agak sarcasm.
Solemnization Ceremony took place at our crib in Taman Setia Indah. Following procedure: preparing the documentations like Identity card for checking by Kadi
Penyerahan lafaz Ijab oleh my dad kepada Kadi
Here the moments. Ketaq no kepala lutut abang ipar aku ketika itu. Sebelum tu kena soal dengan Kadi, syarat-syarat nikah. Alhamdulillah, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz. Now i will pronounced u as husband and wife!
Acara sarung cincin atau digelar acara batal air sembahyang
Sudah menjadi satu prosedur bagi orang-orang yang berkahwin dengan orang Johor untuk baca lafaz janji Isteri dan Suami. Harap maklum
Lafaz penyerahan tanggungjawab kepada suami pengantin
Scene ni memang tak leh handle. Ni adalah lafaz Sakinah (tak silap orang Johor je ada lafaz ni) iaitu lafaz seorang ibu terhadap penyerahan anaknya ke tangan suami. Mula-mula steady jek Ibu aku baca, tak sampai 30 minit, dia terkandas. Berjujuran air mata Ibu aku termasuk la memberi kesan kepada tetamu yang hadir dan juga pengantin. Tapi serius, memang sangat pilu masa ni. Hati wanita bagai dirobek-robek (sifat kewanitaan terserlah okay).
Yeah, finally they made it!! Congrat Along and Epul. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Cepat-cepat buat baby, aku dah bohsan main ngan anak orang lain, Nak tunggu anak sendiri lambat lagik..hahaha
Bergambar bersama family pihak pengantin lelaki
Muka lega
Acara wajib bila family bersidang iaitu kareoke dan tarian poco-poco.
Bergambar bersama Ibu, ayah dan Wan (mak kepada ayah aku)
Pic wif beloved sibs. We are camere whore ever!!
Bersama aunty dan sepupu sepapat sebelah ibu
Bersama aunty and sepupu sepapat sebelah ayah
My sister dengan barang hantarannya. Tema ungu.
My sister wif her closest aunty (aunt Lela)
Cap pic dalam bilik pengantin. Satu jek aku tak puas hati ngan service Bridal ni iaitu aku sangat tak suka dengan prop hiasan bilik ni. Sepertinya mau aku tukar tapi apakan daya, bukan wedding aku pon. Redha!
Cinderella shoes.
Kiteowg ngan sepupu sebelah Ibu
Along dengan flower girlnya. Kalau nak tau muka aku kecik-kecik dulu mcm flower girl tu la. Orang gelarkan dia junior aku tapi aku lebih comel la. Haha, nak jugak up up kan.
Geng Leaf Hidden Village (dari animasi Naruto Shipudden). Cube try break the code yang dowg buat tuh? hahaha
Wif Aunty Zura
Wif beloved Mum
Wif beloved Dad
Wif Pak Teh Husni and Makteh Julia (adik dan ipar Ibu)
Wif Tok Cu (Uncle Ibu)
Wif Pak Long Kamal (Abg Ibu)
Wif Tok Chik, Wan Ndak and TokNdak (Uncle and Aunt Ibu)
Request dari atuk saudara nak bergambar kat pelamin
Wif the only bro we had. Love the pic though. (tgk la siapa yangh snap, hehe)
Ni jek la Pic kiteowg adik beradik yang sempat dirakam pada malam majlis nikah. Maklum la masing2 sibuk dengan task masing-masing
Walaupun tersangat la penat but we had fun being together. Wonder, bile la dapat cap pic ni lagik. Along dah ada kluarga sendiri.. HuHu (ayat pasrah)
Okay, guys. hope you enjoy viewing this entry. See you in my next newsletter. Stay cool and peace! Luv yah! ~_____^
Seronok nyer tgk post ni.. Mcm nak kawen blik jer :-)
ReplyDelete