Saturday, May 5, 2012

Tribun 1: Behind the scene- Orang kuat Belakang Tabir

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia.. ^^,

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Mei. Dengan menggunakan kesempatan yang ada, aku ingin mengucapkan :

a) Selamat Hari Pekerja bagi semua golongan pekerja (1 Mei)
b) Selamat Hari Wesak (5 Mei)
c) Selamat Hari Ibu (13 Mei)-eh, cm familiar jek tarikh tu..huhuhu
d) Selamat Hari Guru (16 Mei)
e) Selamat Hari Lahir bagi sesiapa yang menyambut hari kelahiran bulan Mei

Rewind backwards>>>

Sebelum menjelang kemasukan bulan Mei ini, aku dan family sibuk dengan persiapan saat-saat akhir majlis pernikahan dan resepsi puteri sulung ayah dan bondaku pada 28 April dan 29 April 2012. Kesibukan tu tak dapat nak digambarkan  oleh kata-kata sebab ini merupakan pengalaman pertama dalam keluarga jadi sedikit sebanyak agak kelam-kabut jugak. Tetapi dengan kerjasama dan penglibatan saudara-mara terdekat atau jauh, memudahkan sedikit perjalanan majlis untuk berjalan dengan lancar, Alhamdulillah! Jadi, disini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada orang-orang kuat di belakang tabir yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebelum sehingga tamatnya majlis resepsi di kediaman kami. You guys are the best.

My younger sister merangkap 2nd event runner (orang kiri akak aku, cameragirl)


Younger brother merangkap 3rd event runner (driver, video and cameraboy)

Aunt Zura (adik perempuan my mum) antara orang terpenting dalam event ni. Sayang aunt lebih!

Pak Teh Husni (Adik lelaki my mum) merangkap AJK kebersihan

Pak Ndak Pie (Adik ipar my mum) and Uncle Mat merangkap AJK Makanan

Ismat Lutfi yang sangat rajin dan dianugerahkan sebagai antara salah satu pekerja harapan untuk event ini. Anak sapa la ni? hehehe


Maklong (yang pakai tudung merah tu kakak ipar My mum) dan Pak Long Kamal (tiada dalam gambar) tidak melepaskan peluang sama-sama terlibat dalam gotong royong sebelum malam nikah

Tok Ndak wakil atuk saudara sebelah my mum juga sporting melibatkan diri 

Tok Cu Zul (Atuk saudara sebelah my mum) merangkap AJK Protokol

Haziq (sepupu) yang telah dinobatkan sebagai pekerja harapan. Hadiah disponsor oleh Pak Long Kamal berupa wang tunai sebanyak RM 100.

Adik Atuk (sepupu- the only puteri Aunt Zura & PakNdak Pie) merangkap pengapit pengantin

Mak Teh, Atirah dan yang lain-lain sibuk menyusun goodies untuk budak-budak

Aunt Lela dan kawannya yang merupakan AJK Protokol

Kawan-kawan Aunt Lela yang diimport khas dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur merangkap penanggar yang memastikan hidangan mencukupi dan kebersihan terjamin


Najla dan Atirah merangkap AJK goodies


Adik Awin merangkap flower girl pengantin. Yang tidur tu hanya gambar hiasan semata-mata

Kaum-kaum adam membanting tulang empat kerat untuk mendirikan 4 buah khemah

Pandangan hadapan sebelum majlis malam nikah dimana semua sibuk menjalankan peranan masing-masing

Orang-orang dapur pula sibuk membuat bunga rampai dan mengikat bunga telur

Si kecik pula merupakan penyeri majlis. Tanpa dowg sunyi gak majlis ni tanpa suara budak-budak


dan tanpa yang berbaju T-shirt ungu ni majlis mesti tak lengkap. 
Tanpa segan silu aku memperkenalkan..
aku yang merangkap 1st event runner  (orang kanan pengantin, driver, kameragirl, AJK Tugas-Tugas Khas dan Keceriaan-semua kerja aku kena cover)-Penat woooo sampai terpaksa skip kelas..:p

dengan slogan "KAMI SEDIA BERKHIDMAT"

Setelah penat bekerja seharian, yang muda mudi ber'baskin' pulak. Baskin ni aktiviti wajib kitewog sesama sepupu sepapat sebab semua ni kaki muzik. Darah seni tetap mengalir dalam darah kami. :p

Malam berinai bersama kaum-kaum hawa sekalian 

Tara!! Cantik tak? hehehe

Bagi sesiapa yang terlibat tetapi tiada dalam gambar diharap maaf kerana atas kesibukan tidak semua yang yang dapat dipotretkan dalam lensa ini. Orang belakang tabir yang sangat-sangat penting iaitu kedua ayah dan ibu yang tidak dinafikan kesibukan mereka bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar sehingga bayang-bayang mereka tidak berjaya ditangkap oleh lensa.

Sekian, untuk ketika ini. Terima kasih! Jumpa di Tribun keluaran ke-2.

Peace u all ~_^


No comments:

Post a Comment