Friday, February 10, 2017

Mimpi

Salam Jumaat, semua! Semoga Allah memberkati dan merahmati kalian di dunia dan akhirat 😊

Dah lama aku rasa aku tidak bermimpi, barangkali aku mmg tidak bermimpi oleh kerana mendapat tidur yang berkualiti atau barangkali bermimpi, cuma mimpi yang 'significant' kesan dramatiknya pada aku. Tapi malam khamis, aku ingat jelas kronologi dalam mimpi aku, begitu real walaupun perlahan perjalanan mimpi tersebut dan gambarannya cukup jelas. Dalam mimpi tersebut aku ditakdirkan merasai suatu peringkat yang semua wanita bujang dambakan, suatu tanggungjawab, komitmen dan kecintaan terhadap manusia selain dirinya sebagai tanda cintanya Allah pada mahluk2 nya. 

Tersedar daripada mimpi tersebut, aku terus berdoa, mengharapkan apa yang dimimpikan merupakan satu petanda yang khusus dari Allah terhadap doa2 dan usaha yang aku lakukan untuk perbaiki diri bagi tujuan pertemuan jodoh aku yang telah Allah tetapkan di Luh Mahfuz. Sekiranya gambaran jodoh tersebut merupakan zaujahku, Alhamdulillah sebab mudah hati ini untuk menerima beliau seadanya oleh sebab beliau seorang teman rapat dan mungkin sudah arif dengan karakter aku. Kami kenal boleh dikatakan lama dan banyak juga yanv berlaku sepanjang persahabatan kami. Tapi apa yang penting bersangka baik dengan Allah, mgkin bukan spesifik berkaitan jodoh tapi insha allah sesuatu yang baik akan berlaku dan sentiasa tingkatkan amalan ke arah kebaikan niat kerana Allah, semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat. Dalam soal jodoh aku sebulat2 nya berserah pada ketentuan Allah, bagi aku itu jalan yang terbaik, dari segi usaha, aku berusaha dalam perbaikan fizikal, rohani, spiritual serta mental. Dalam doa, selalu aku doakan supaya dijagakan pandangan mata dan hati aku untuk jodoh sebenarku begitu sebaliknya. 

Pernah beberapa kali cubaan beberapa lelaki cuba untuk kenal, tapi dengan lancar aku menolak mengatakan hati sudah berpunya sedangkan belum. Seperti bulan Januari yang lepas, dua lelaki yang aku kurang kenali dan baru berjumpa cuba mendekati tapi aku tolak dengan tenang. Bila difikirkan semula, lelaki2 yang boleh dikatakan berani mengatakan hasrat dihati mereka harus diberi peluang oleh sebab mempunyai rupa yang boleh tahan, perilaku yang baik serta pekerjaan yang stabil tapi dengan mudah aku tolak mentah2 untuk mengenali lebih rapat. Aku bersangka baik sebab Allah jaga jodohku untuk zaujah yang selayaknya. Amin!

Di sini aku sertakan pandangan Islam terhadap mimpi.👇🏻http://mukzizatislam.blogspot.my/2012/10/memahami-pengertian-mimpi-menurut-islam.html?m=1

Semoga mimpi2 kalian yang baik2 tu datang dari Allah. Amin!

No comments:

Post a Comment