Saturday, December 17, 2016

Hindari Janji Syaitan

 Something to share when I recited Al-Quran this morning...

 
Surah Ibrahim ayat 22. Sedangkan Syaitan pon dah buat pengakuan terhadap janji yang syaitan taburkan adalah palsu, nauzubillahiminzalik!

Ni ayat Al-Quran yang aku amalkan selepas solat. Sedar akan lemahnya Iman ni dengan goda-godaan Syaitan. Selalu kene ingatkan diri yang Syaitan tu akan sentiasa goda untuk menyesatkan kita hingga hari kiamat dalam pelbagai muslihat. Jika kita merasakan diri baik dr orang lain pun satu muslihat Syaitan. Jangan pernah mudah selesa dengan apa yang kita capai lebih2 melibatkan ketakwaan pada Allah. 
 

Dan surah Ibrahim ni pun ada menyatakan bahawa Nabi Ibrahim Alaihissalam pun sentiasa buat permohonan2 doa sedangkan baginda dah dijadikan maksum oleh Allah walupun Allah maha mengetahui apa yang zahir dan batin dalam hati Baginda Nabi Ibrahim, tapi masih lagi meminta pada Allah. Terasa betapa kerdilnya diri ni, betapa sombong dan bongkaknya bila selesai solat, bila sujud doanya ala2 kadar. 😥😥. Meminta-mintalah pada Allah walaupun zahir dan batinnya kita telah diketahui olehNya walupun dalam keadaan apa sekalipun, even diluar waktu solat.

Hopefully, penulisan ini jadi renungan bersama untuk tingkatkan ketaqwaan kita ke tingkatan yang lebih baik, Amin!

No comments:

Post a Comment