Friday, June 8, 2012

Perihal Jumaat

Assalammualaikum, kaum adam dan hawa sekalian! ^__^

Salam Jumaat. Sempena hari jumaat yang mulia ni elok la kalau kata-kata yang bakal dilontarkan lebih sopan dan sedap didengar oleh halwa telinga (sejuk hati bagi sesiapa yang membaca, hehehe). 

Jumaat lepas, memandangkan aku dengan member aku (kaum hawa) tak der selera makan, so kiteowg berdua decide untuk makan kat Wong Solo, Bandar Baru Bangi sebab nak makan ayam penyet yang al-kununnya boleh menaikkan selera makan kteowg la. Jadi, kteowg gerak ke sana dalam kul 12.45pm dengan harapan banyak la table yang available, al-maklumlah peak hour tuh since the guys have to go to perform their  Jumaat prayer.

On the way to Wong Solo, kteowg akan melalui Masjid Bandar Baru Bangi (x sure la apa nama masjid dia). Majoriti penduduk di sini adalah Melayu dan Islam. This is the moment yang paling menyeronokkan bagi the most of kaum Hawa (apa tak-tak,  tak baik menipu...dosa!) especially aku la sebab leh ushar guys yang berbaju melayu, berkain pelekat, bersongkok atau berketayap jalan dengan segaknya ke masjid (lebih extravaganza superb bagi guys yang lengkap berbaju melayu bersamping sekali). Sejuk perut ibu mengandung &sejuk gak mata memandang. Ayat common aku kat member aku bile nampak guys2 yang nak pergi masjid ni "calon-calonnya ialah...(disertai bunyi alunan drum buatan mulut sendiri)..."-stok-stok wat calon suami dengan syarat yang hadir di masjid before Khatib start baca Khutbah la. Kalau pukul 1.45pm baru terhegeh-hegeh nak datang memang kena pandang sepi la kan. Sorry guys, u r just not Hawa type!

Kan sejuk mata memandang tuh (ooooo Kyuhyun). Okay, aku bukan bias disebabkan aku Fan Super Junior tapi tak dapat jumpa picture Kaum Adam yang kesegakan dan kehenseman serta kemelayuan dalam koleksi gambar aku. "Siapa bilang teruna Melayu tak menawan, tak menarik hati.."

Tiba di Wong Solo dalam 1.00++p.m., memang seperti yang dijangka, table penuh didominasikan dengan gomen dan private lady officer, ada la 2-3 meja geng-geng kaum adam still having their lunch. Aiceh, punyalah bijak, aku ngan member aku standing near that guys table dengan harapan dowg akan bangun pergi menunaikan kewajipan solat Jumaat a few minutes more. But...10 min..15 min...20 min passed...they still relax2, chillax2 sambil menghembuskan asap-asap nikotina dengan selamba badak dia, what the fuuuuuuhhhhh! Aku tabik spring la dengan that guys because they really have a high level shameless dikelilingi dengan kaum-kaum hawa disitu. Datang period? or might be they are foreigner? I dont think so. Percakapan dan penampilan memang konfem Melayu kaw-kaw punya. At least, kalau tak pergi solat Jumaat pun,  u guys must show some respects la. Siapalah aku to be a judgemental pasal kowg. But I wonder how they want to lead their family if the Solat Jumaat yang seminggu sekali berjemaah pun they can't perform. Perform it alternately? Hurm, let's read the hadith below:

Sabda Rasulullah SAW:

" Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali 4 jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang sakit" 
-Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim

You guys might be have some excuses to escape the prayer and might be you guys said "Kowang sibuk apsal? Dosa aku tanggung, kubur pun lain-lain". Come on guys, that was very lame. Kita hidup pun hanya persinggahan di dunia, apa yang dikerjakan di dunia are reflection for our life in hereafter though. Aku pun ordinary person yang tak terlepas dari leka dengan fana dunia but I always keep trying to be a better person at least not in other people' eyes cukuplah pada penilaian yang Maha Esa Allah SWT. Kita saling ingat-mengingati. Titik.


Aku nak share ngan kowg dua fenomena yang betul-betul mengkagumkan aku dan jarang aku lihat. It did happen in Bandar Baru Bangi:

Firman Allah SWT :

" Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan seruan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan Solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat sebenarnya)," -Surah Al-Jumu'ah : 9

1st phenomenon

Refer to that verse Quran above, ada satu stesyen minyak Petronas yang tutup operasi perniagaannya sementara untuk memberi penghormatan untu Solat Jumaat. If the owner was a Muslim, Alhamdullillah, pendekatan beliau harus dijadikan contoh tauladan bagi peniaga-peniaga Muslim yang lain. If the owner was a non-muslim, hopefully satu hari dibukakan hatinya untuk terima hidayah Allah dan ini menjadikan cabaran kepada peniaga-peniaga Muslim yang lain. Why they can do, we as Muslims can't?

2nd phenomenon

<Kesinambungan cerita di Wong Solo di atas>
Finally, after 20 minit penantian baru lah kiteowg dapat table nun di hujung berdekatan dengan kitchen dowg. That guys yang kurang malunya itu masih tetap pendirian untuk tidak berganjak walaupun ramai lagi kaum Hawa yang masih menanti table yang kosong. Strong and sturdy contention (Semoga Allah merahmati mereka). Pekerja-pekerja di Wong Solo ni mostly lelaki. My observation didn't end here. So, I wonder macam mana pula kelonggaran yang ditetapkan bagi syarak Islam tentang mereka yang berkerja di restoran pada waktu genting di mana mereka bergantung pada kerja tersebut sebagai punca rezeki mereka. Aku recalled balik apa yang aku dah belajar kat sekolah dulu bahawa:

Pengecualian dari menunaikan Solat Jumaat (mereka hanya perlu Solat Zuhur spt biasa):

1. Sakit- sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratkan penyakitnya
2. Hujan- Jika hujan itu membawa kesukaran untuk ke masjid
3. Musafir
4. Takut dizalimi- orang yang bersembunyi kerana takut dizalimi
5. Perang- Orang yang berada di medan perang




Sedang aku sibuk refreshen the memories, sedar-sedar pekerja2 lelaki dowg yang tadi sibuk amek pesanan, hantar pesanan, yang masak dan cuci pinggan tadi dah hilang sedikit demi sedikit. Baru aku tahu yang dowg pergi Solat Jumaat. Tugas-tugas dowg diambil alih oleh pekerja-pekerja kaum hawa termasuk owner Wong Solo (ambil alih peranan di dapur) manakala anak owner ambil peranan sebagai cashier. Pendekatan dan budaya yang macam ini kita perlu terapkan dalam perniagaan Muslim di Malaysia. Baru perniagaan  maju sebab dapat keberkatan dari Allah. Allahuakbar! Tersenyum dan sejuk hati aku sambil sambung mengadap makanan depan mata.

Here, some info related to Solat Jumaat

Solat jumaat- solat fardhu 2 rakaat pada hari Jumaat menggantikan solat zohor dibuat secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Hukumnya, Fardhu Ain (wajib keatas setiap lelaki muallaf dengan syarat-syarat: 

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Lelaki
6. Sihat
7. Bermastautin atau bermukim-tidak wajib bg org musafir

Syarat sah solat Jumaat:

1. Didirikan dalam waktu Zuhur
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan spt di masjid, dewan, padang etc etc
3. berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu
4. Didahului dengan 2 khutbah

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:

1. Mandi Sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke masjid
2. Memotong kuku
3. Memotong, mencabut atau mencukur bulu (ketiak, hidung, misai)
4. Bersugi
5. Memakai bau-bauan
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang cantik dan bersih
7. Bersegera ke masjid
8. Berniat Iktikaf
9. Solat sunat tahiyatul masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid
10. Perbanyakkan berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi 

" Sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" - Hadis Riwayat Abu Daud


Sekian, pengisian rohani pada entri kali ini. I am just an ordinary girl who still seek for HIS Mercy and Blessings. May, all of us be blessed. Amin! 

"Jika rohani (hati) kita sihat, jasmani (tubuh) kita turut sihat"
Inner and outer peace, u allz!
All iz well


No comments:

Post a Comment