First of all, I would like to dedicated my gratitude to all viewer who kindly drop by and spent your time reading this chaotic blog. Really appreciate it!! Heart u guys a lots! ^_______________ ^
Sorry guys, lately ni kurang meng'update" blog (bukan lately jek pun, selama ni tuan empunya blog ni pon mmg malas nak mengupdate blog). Tapi demi kowg, aku sanggup berhempas pulas update kan jugak blog ni walupun kebanyakan entri ntah apa-apa atau lebih berunsurkan syok sendiri (ader aku kisah, hehehe). Berbalik pada tajuk entri kali ni, sesungguhnya permainan badminton merupakan 1st listed sukan fevret aku selain basketball, netball, handball, softball, football, volleyball, pingpong, tennis dan segala-segala yang melibatkan ball ball la. Walupun tak sehebat mana bermain di gelanggang tapi pencapaian tu boleh dibanggakan (senang cerita, kalau secara tetiba disenaraikan sebagai pemain beregu badminton saat-saat akhir tanpa latihan yang konsisten, Insyallah aku konfiden leh berentap walaupun aku kalah, hahhaha, yang penting konfiden and enjoy main sukan ni, titik).
Setelah hampir 2 tahun lebih tangan aku tak memegang raket badmintonn, pada hari ini bersamaan 4 April 2012 tepat pada pukul 8.30 malam dengan bangganya aku meninggalkan cap jari pada Syafiq Suid merangkap penaja raket aku dulu hingga kini dan aku telah mencemar duli di BSC Sports Club, Seri Kembangan (tempat training Datuk Lee Chong Wei kalau tak silap, jgn main-main). Sports Club ini mempunyai hampir 20 gelanggang badminton (kalau tak silap la) dan prasarana yang terdapat di sini boleh dikatakan selesa (ada tandas, bangku berehat, kaunter jualan minuman dan makanan dan barangan badminton , bangku berehat dan penonton, surau tidak pasti pula akan kewujudannya sebab tak sempat nak explore, huhuhu). Bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk mencari gelanggang badminton boleh la menyewa gelanggang di sini (nak tempat selesa kena la keluar modal sikit, hehehe). Kadar sewa gelanggang yang dikenakan adalah seperti berikut:
1) Weekdays for 2 hours rental (RM 70/court)
2) Weekend for 2 hours rental (RM30/court)
Perbezaan kadar sewa boleh dikatakan besar antara weekdays dan weekend mungkin disebabkan rata-rata rakyat Malaysia suka bersukan pada hari-hari bekerja berbanding Sabtu dan Ahad (hari off-day untuk spend time dengan family). Jadi, pihak Sports Club ni pun buatlah promosi untuk menggalakan rakyat-rakyat Malaysia bersukan badminton pada hari tersebut dengan meletakkan kadar sewa yang murah dan berbaloi-baloi (itu mengikut teori big bang aku la tapi logik apa).
Bagi sesiapa yang tak tau gelanggang badminton macam mana sila tengok gambar di atas. Walaupun gambar di atas bukan diambil di dalam dewan BSC Sports Club, tapi panorama di dalam sama seperti di atas. Harap maklum
Tada...Ini la aksi yang aku paling suka sama ada ketika menonton atau bermain badminton. This action we call it "Vertical Jump Smash". KO BOLEH BUAT DER? Pantang dapat bola lambung, ngan aku-aku sekali terlambung nak smash tajam la kunun..Haha, x semua cubaan menjadi. Tak menjadi, macam la aku tak biasa buat muka tebal 2 inci kan
Kalau turun gelanggang, kowg tak der raket and bulu tangkis, tak usah tunjuk pailang la nak men. Selain daripada skil dan strategi permainan, pemilihan raket yang sesuai dengan keupayaan pemain jugak penting (dari segi material dan ketegangan tali tangsi). Contohnya, stok-stok orang macam aku yang mempunyai kekuatan tangan yang sederhana (nampak jek mcm tough kan), normally aku pakai raket badminton dari komposisi carbon fiber material contohnya graphite sebab material jenis ni ringan dan kinetic energy transfer dia bagus. Jangan terkejut kalau aku katakan kowg boleh dapatkan nanomaterial-based contohnya Fullerene dan carbon nanotubes dimana mempunyai ketahanan yang lebih tinggi. Dari aspek tali tangsi pula, ketebalan yang sesuai adalah 0.7-0.73mm (yang tebal lebih tahan lama tapi kebanyakan player prefer yang nipis 0.62-0.68mm) manakala ketengangan tali tangsi pula adalah 80-110N (tender to be bouncy, hence, increase more power). Pro-player prefer ketegangan yang lebih tinggi iaitu 110-160N kerana dikatakan baik untuk pengawalan bola tangkis (walaubagaimanapun ia bergantung kepada ketangkasan pemain).
Dipendekkkan cerita, setelah 2 jam beraksi di gelanggang secara bergilir-gilir (aku layan main doubled jek sebab aku tak tamak ruang, hahaha), kiteowg pun balik dengan penuh kepuasan selepas berkurun tak main. Sempat lagi singgah mamak, melantak malam-malam. Diet tunggang terbalik, hehehe. Pastu, esok bangun pagi, tak sakit belakang pulak kan. Yelah, pro-player pun warm-up sebelum main. Sadis!!
Okay, ni macam dah terlebih rajin pulak nak menaip. Enough for now. Kalau kalian tetibe lebih berminat nak tau pasal permainan badminton ni lepas terbaca entri aku kali ni, boleh jek drop comment kat bawah ni manalah tau aku leh share ngan kalian. Tak pun, leh jek google pasal permainan ni.
Stay healthy dan "Majulah sukan untuk diri sendiri", peeps!!
<Waktu sebenar kejadian: Wed, 4th April 2012)
No comments:
Post a Comment